Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, June 18, 2016

PUASA DAN KELEMAHAN JENTERA KETARA DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR!!!



Bukan kecil tanggapan salah tentang berpuasa... baik di kalangan orang Islam, apatah lagi di kalangan bukan Islam.

Berpuasa seringkali dikaitkan dengan keaktifan. Walaupun semakin ramai yang berjaya menepis tanggapan bahawa berpuasa akan membuatkan kita jadi lemah dan tidak aktif, tetapi dari segi amalannya, tanggapan tersebut dibenarkan kerana seringkali menjadikan puasa sebagai alasan mengapa mereka malas melakukan apa-apa.



PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar jatuh pada bulan puasa. Sebelum ini, PRK Kuala Besut juga jatuh pada bulan puasa. Keadaan juga hampir sama iaitu kelembapan dan 'kurangnya' sambutan untuk keluar mengundi di kalangan pengundi.

Sebagai rakyat Malaysia yang sudah biasa dimuakan dan dimanjakan, pelbagai alasan boleh dijadikan penyebab untuk mereka tidak melakukan sesuatu. Jangan ditegur kerana pasti ada yang membela dan terdapat juga orang politik yang turut sama menyibuk membela demi mendapatkan political mileage.


Kalau dahulu, para pengundi akan keluar beramai-ramai dan sendiri-sendiri, tetapi selepas kemudahan pengangkutan diperkenalkan oleh parti-parti politik yang bertanding, maka akhirnya faktor pengangkutan menjadi alasan utama dan dianggap sebagai satu kewajipan. Sekaligus membuatkan mana-mana parti bertanding yang gagal menyediakan kenderaan pengangkut, akan berhadapan dengan masalah besar.

Kecekapan pengangkutan memainkan peranan utama dalam mengeluarkan para pengundi untuk membuang undi. Daripada kenderaan yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang sehinggalah penggunaan motosikal yang dilihat lebih cekap memandangkan jalan-jalan raya sekitar kawasan pengundian yang sesak.


Di Kuala Kangsar, puasa dan kelemahan jentera dikatakan sebagai punca rendahnya pengundi keluar mengundi pada ketika artikel ini ditulis. Apatah lagi, walaupun langit cerah tetapi tanda-tanda hujan akan turun sudah kelihatan di langit membuatkan ramai yang memilih untuk memeruk di dalam rumah dan enggan menunaikan tanggungjawab mereka.

Yang menariknya, LEMAU ini tidak sahaja berlaku kepada pasukan Barisan Nasional, tetapi juga melibatkan PAN dan PAS. Calon BEBAS, Izzat Bukhary sudah boleh balik kerana memang dia akan kehilangan deposit buat kesekian kalinya dan kali ini di Kuala Kangsar.


Sehingga setakat artikel ini ditulis, peratusan yang keluar mengundi hanyalah 53% atau 54% sahaja.

Admin kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebelum Zohor tadi di sekitar Kuala Kangsar...


No comments:

 
Blogger Templates