Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 20, 2016

KALAU TUN MAHATHIR DEMAM PANAS PUN, DAH TIDAK MENGHAIRANKAN DAH!!!



Ia seperti ketika kemuncak era Reformasi apabila Tun Dr. Mahathir hanya boleh memendam perasaan apabila gambar-gambar menunjukkan orang ramai yang berjumlah ratusan ribu, keluar menyerbu jalan-jalanraya untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan bantahan kepada pentadbirannya, malah mendesaknya untuk meletakkan jawatan pada penghujung 1990-an. Dan untuk menunjukkan dia masih kekal relevan, Tun Dr. Mahathir menguatkuasakan undang-undang dan menangkap seberapa ramai penentangnya sebelum dihumban mereka ke dalam tahanan.

Tetapi itu dahulu, sewaktu dia berkuasa. Sekarang dia sudah tidak berkuasa. Dia sudah pencen. Dia sudah jadi pesara. Namun golongan berkepentingan di sekelilingnya tidak membenarkan Tun Mahathir pencen dan bersara. Mereka mahu Tun Mahathir terus bekerja sampai mati dan kerja-kerja itu pula adalah untuk memastikan tembolok mereka kembong dan merening termasuklah kuasa yang mereka idam-idamkan pula, berada dalam tangan.

Dalam dua PRK, Tun Mahathir membuatkan puak-puak DAP dan PKR cukup seronok kerana mereka menjangkakan, Tun Dr. Mahathir akan memberikan impak besar terhadap sokongan orang Melayu khususnya kepada UMNO-BN. Namun Tun Dr. Mahathir amat mengecewakan para peminat dan mereka yang begitu yakin Tun Mahathir tidak bercakap kosong terutama sekali membabitkan dakwaan-dakwaannya. Tun langsung tidak membawa atau menampilkan sebarang bukti bagi menyokong segala dakwaanya terutama dakwaan terhadap Najib dan Rosmah Mansor.

Kesempatan yang begitu baik, telah dibuang oleh Tun Dr. Mahathir dan pasukannya. Deklarasi yang kononnya telah ditandatangani seramai 1.2 juta orang juga nampaknya tidak membawa apa-apa makna kerana tidak sampai 10% daripada jumlah tersebut hadir dalam ceramah Tun Dr. Mahathir. Malah di Chandan Puteri, Kuala Kangsar, tanpa wartawan yang mendominasi sebahagian besar kerusi di bawah khemah, mungkin Mahathir sekadar berucap di hadapan bunian dan jembalang ghaib sahaja.

Keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas menunjukkan pengaruh Mahathir bukan sahaja sudah tiada, bahkan golongan muda yang menjadi sasaran, tidak menghiraukannya. Bayangan oleh mereka yang ada di sekeliling Mahathir kononnya, fenomena yang pernah dibuat oleh Anwar Ibrahim, mampu diulangi oleh Mahathir, ternyata meleset sama sekali.


Bagi seorang negarawan yang banyak jasanya dalam pembangunan negara ini, apa yang berlaku kepada Mahathir adalah sesuatu yang amat memalukan. Mahathir tidak sepatutnya berada dalam keadaan sekarang. Kalau bukan kerana gangguan dan permintaan daripada kaum kroni serta desakan untuk menaikkan anak lelakinya memintas proses untuk menjadi Perdana Menteri, sudah tentulah Mahathir akan menerima penghormatan sewajarnya dari rakyat.

Pentaksub Mahathir yang masih gemar menggonggong Mahathir dan mengheretnya ke sana ke mari seringkali berkata, semua yang Mahathir lakukan adalah demi rakyat tetapi nampaknya rakyat sudah lama menolak pembabitannya dalam politik negara selepas bersara. Rakyat cuma mahu melihat bekas Perdana Menteri bersikap seperti bekas Perdana Menteri, bukannya seperti tok dalang untuk menaikkan sesiapa yang disukainya sebagai Perdana Menteri.

Nampaknya lepas ni, kalau Mahathir demam panas pun, ramai yang akan mencemik dan memanjangkan bibir masing-masing.

Kerosakan Mahathir bukannya kerana perbuatan Najib, tetapi kerana para penggonggong dan pentaksubnya yang menguburkan Mahathir sebelum orang tua itu menghembuskan nafas terakhir lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Tidak timbul isu "duniawi dikejar sampai hujung usia" atau "susu lembu terus diperah meskipun sudah pencen" kalau Penggonggong terdiri dari kaki-kaki zuhud dan tidak memandang dunia ini lebih dari segala-galanya.

Iktibar jelas di sini ialah ... tak salah buat baik pada sesiapa termasuk penggonggong namun biar ada batasnya bagi mengelakkan kecanduan. Kecanduan adalah tragedi dan perlu dielakkan. Insan kecanduan akan langgar semua batas sempadan bagi mengatasi kecanduan.

Bayangkanlah kalau yang diperah dan dikerah oleh penggonggong itu adalah insan yang ada kaitan dengan kita ... apakah perasaan kita?

Ted Manoff said...

Macham orang makan tak tau berhenti. .alamatnya pechah perut terburai lah

Anonymous said...

Ted Manofff.the proooOOOTTT... kat mana2 ko hada jer... blog putramerdeka.com dah mampos trrus ke...dah lama tak posting baru... atau 20k dah kena tarikbalik...kah kah kah

 
Blogger Templates