Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 22, 2016

MAHATHIR TAK PERNAH KALAH, BUKAN KERANA KEHEBATANNYA PUN.... JANGAN DUK PERASAN!!!



Walaupun telah kalah dan dimalukan dengan keputusan dua PRK minggu lepas, rupa-rupanya juak-juak di sekeliling Tun Dr. Mahathir masih tidak berputus asa untuk meneruskan kempen menggunakan isu-isu basi yang diulang-ulang. Kesemua isu-isu tersebut telah pun dijawab tetapi kerana mereka sendiri tidak mempunyai isu lain, terpaksalah mereka mengulang-ulanginya sambil menekan-nekankan bahawa ia tidak pernah dijawab dengan harapan, orang ramai akhirnya akan percaya bahawa semua soalan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir tidak pernah dijawab.

Cabaran agar Tun masuk ke dalam mana-mana parti politik, atau menubuhkan parti politik baru bersama-sama kaum penjuaknya, tidak dilayan. Sebabnya ialah mereka tahu dan juga sedar, perjuangan Tun sudah tidak ke mana kerana sekarang ini, segala tingkah laku dan tindakannya sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri, telah pun terdedah sedikit demi sedikit.

Benar dia telah memajukan negara, tetapi kemajuan tersebut sebenarnya adalah untuk mengkayakan, membilionairekan kroni-kroninya dengan menggunakan wang negara. Kemajuan dan pembangunan itu bukan untuk rakyat, sebaliknya melindungi kepentingan hanya sekelompok SUPERBUMIPUTERA yang dibela oleh Mahathir. Rakyat hanya digunakan untuk membayar dan memastikan kekayaan SUPERBUMIPUTERA ini terus menimbun. Daripada sekalian projek mega pada zaman Mahathir, rakyat sekadar dipuaskan hati dengan janji-janji melambung seperti Wawasan 2020 dan slogan-slogan retorik seperti BERSIH, CEKAP, AMANAH.

Benar pada zaman Mahathir, rakyat tidak banyak bunyi seperti pada zaman Najib. Sebab pada zaman itu, rakyat terlalu sibuk cari duit untuk menampung hidup yang semakin menjerut. Zaman Mahathir memerintah, tidak ramai yang berkemampuan untuk membeli atau memiliki kenderaan, tidak ramai yang mampu memiliki rumah sendiri di bandar-bandar, sebaliknya lebih ramai penghuni setinggan yang menanti masa dihalau sehelai sepinggang oleh penguatkuasa PBT. Tidak ramai yang boleh melakukan ibadah umrah 3 atau 4 kali setahun. Kuota Haji pun sentiasa mencukupi dan tidak seperti sekarang, tidak mencukupi. Mahathir telah meningkatkan bilangan bil yang perlu dibayar, yang dari hanya elektrik dan air, kepada Indah Water, ASTRO, kenaikan tambang bas sekolah dan sebagainya...

Dan yang paling menarik, Mahathir mengawal kesemua itu dengan MENGEKALKAN GAJI RENDAH untuk rakyat!

Mahathir mungkin dilihat kuat pada zamannya. Dia kuat bukan kerana dia atau juak-juaknya tetapi kerana sokongan ahli-ahli UMNO. Ahli-ahli UMNO pernah hampir mahu mencampakkannya seperti yang mereka lakukan pada 1969. Kalau bukan kerana tipu helah, Mahathir awal-awal lagi sudah kehilangan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Apabila dia menang, dia memastikan rakyat perlu disibukkan dengan mencari wang untuk membayar segala macam bil yang diwujudkan untuk mengkayakan kroni-kroninya. Ada sedikit perubahan status hidup kerana kemasukan pelabur-pelabur asing, tetapi pada masa yang sama,  rakyat juga perlu bekerja lebih 16 jam sehari untuk menyeimbangkan gaya hidup masa itu walaupun juak-juak Mahathir yang lahir pada awal 90-an kata, harga barang pada zaman Mahathir murah.

Memanglah murah tetapi nak cari duitnya susah!

Namun kompromi pada tahun 1999 melibatkan Suqui dan Dong Zhong adalah rahsia awam yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukan sahaja melanggar Dasar Pendidikan Negara, tetapi juga memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan tanpa perlu Mahathir mengusulkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk tujuan kemenangannya pada PRU tahun tersebut.

Sekarang, semua masalahnya diwarisi oleh orang lain. Masalah beratus bilion wang negara masuk ke akaun proksi, didiamkan begitu sahaja walaupun jelas di hadapan mata, syarikat-syarikat yang digunakan untuk menyonglap wang negara, akhirnya terpaksa di'bail-out' atau dilupuskan atau diberikan pinjaman mudah dari kantung negara sebelum 'hilang lenyap'. Dan Mahathir bercakap besar kononnya zaman dia tidak ada masalah. Juak-juaknya juga cuba menipu, menyokong pendapat kononnya zaman Mahathir memerintah Malaysia adalah zaman kemakmuran.

Kemakmuran kepala hotak depa!!!

Yang makmur cuma beberapa orang SUPERBUMIPUTERA yang sampai sekarang masih lagi berkeliling Tun Mahathir malah yang paling kuat mencucuk apabila IPP mereka diambilalih oleh 1MDB!

Najib kalau tidak mahu ada penentangan, perlu membodohkan rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang 22 tahun. Sekat segala kebebasan bermaklumat, media mahupun memberi pendapat, kritikan apatah lagi fitnah mehnah seperti yang Mahathir sendiri lakukan sekarang. Pastikan rakyat bergaji rendah dan kurang mendapat sebarang kemudahan. Ancam mereka dengan undang-undang keras. Pastikan juga Najib tidak bercampur dengan rakyat biasa kecuali dalam acara-acara penuh protokol seperti yang Mahathir buat.

Lagi sukar rakyat bertemu Najib, seperti yang Mahathir buat, itu lebih baik untuk Najib menghilangkan sebahagian besar masalahnya sekarang.

6 comments:

Anonymous said...

aku merasa lahir , hidup & membesar zaman mahathir . aku lahir 2 tahun lepas mahathir angkat sumpah jadi perdana menteri . hidup zaman mahathir ,membesar di zamannya membentuk diri yg teguh & berhempas pulas. bukan mcm budak2 skrg . semuanya disuap ke mulut.

zaman mahathir , tiada istilah mewah , tiada istilah kebebasan bersuara . kalau ada yg berani melawan mahathir , dia akan dikucilkan serta merta dengan pelbagai akta . paling kami takuti ketika itu adalah ISA. ISA ini akta untuk komunis sewaktu zaman darurat malaysia dulu. tapi mahathir menggunakan untuk mendiamkan suara2 penentangnya .

kami tiada internet , tiada astro , tak selalu masuk stadium tengok bola atau melepak minum kat mamak sampai pagi. life hidup zaman mahathir adalah ala kadar . falsafahnya simple. kau nak duit , kau kerja kuat . kau nk pangkat , kau kena ada CABLE dalaman. zaman mahathirlah lahir pelbagai istilah . cable , kroni , nepotisma ,jolok bawah meja dll . banyak istilah dan perangai buruk masyarakat tercetus di zaman mahathir. budak2 yg lahir 90an hingga 2000 ke atas apa tahu. sebab kau tak merasa duduk bawah pemerintahan mahathir .

patutnya generasi 90an & 2000 bersyukur selalu dengan keadaan skrg. walau pun kononnya dihimpit dengan kesusahan kos sara hidup , tetapi ramai lagi budak2 zmn skrg boleh pergi jalan2 melancong , beli kereta , motor baru , beli smartphone yg pelbagai jenis dan harga. gaya hidup mewah , makan makanan yg sedap selalu . itu yang kau org panggil kezaliman najib. kalau najib zalim , dah lama kau mampus kebuluran . jangan mimpi kau nk tido lena sebelum rumah kau dibom pengganas. renung balik kehidupan rakyat di zon perperangan seperti syia. nanti kau akan faham,betapa bertuahnya kau duduk di negara ini yg diperintah oleh najib tun razak. kau menyumpah najib saban hari , tetapi bila ada bantuan , skim2 bantuan untuk rakyat ,kau tanpa malu memohon. bila berjaya , kau sakau semua . muka tak ubah seperti tampal dgn kulit babi. perangai pun mcm babi. babi yg tak kenal erti bersyukur .


sekian. wasalam

generasi yang pernah merasa gas pemedih mata

juragan 69 said...

Hahaha...kesian sngt dgn lu bhai,sbb yg mnjd penyokong dan pemakan dedak tun yg maha jahat(Ikut hujahan lu)adalh pemimpin 'TERsuci lg maksum'skrg ni...maknanya mmng benar lh perjuangan pmbngkang selama ini yg menentang umno dan bn, kerana kebodohan ahli umno yg ttp mnyokong firaun(mahafiraun) yg mnjd presiden umno.
dulu, kini dan selamanya rakyat dibodohkn oleh kebodohan ahli umno pertahankn 'syaitan' yg jd presiden umno...bhai masa tun jd pm lu dh jd ahli umno atau lu ahli dap/pas atau pkr yg menentang umno yg asas kerajaan bn...hahaha 20 lg atau lbh awal lg lu juga akan keluar nista yg sama kpd presiden umno skrg ni...asalkn presiden umno waktu tu snggup ...
isk isk bodoh dan bangangnya ahli umno semasa era tun...dan benarkh ahli umno skrg ni lbh bijak mnyokong presiden umno skrg ni...bhai knp erk umno tk ambik tindakan atas kekejaman tun dulu...tkkn nk biarkn je jenayah kejam yg tun tlh lakukn sblm ni...atau ini mmbuktikn dulu,kini dan selamanya ahli umno kekal bodoh bangang dan dayus...bhai mana kisah duit tebusan tu...

Anonymous said...

zaman aku zaman madey...kerja kilang nak beli kapcai pun susah. zaman sekarang kerja kilang..cikai2 pun bolih beli kereta kancil. balik raya tak perlu panjat tingkap bas. korang hado?

Anonymous said...

Salute bro.. Agree with you..

Anonymous said...

jurangan 69 , anon atas tu cakap realiti. kau sembang serupa pukimak ckp pasal umno. dasar budak makan tahik . bengap abadi kau ni siyal. mampus lagi baik

juragan 69 said...

Hahaha ada aku komen apa anon atas atau bawah ckp. .klu bodoh pun jgn ditonjol sngt bhai..kesian anak cucu lu klu lu tunjuk sngt Kebodohan dulu kini selamanya..pukul brp ya lu buka puasa..bkn apa pagi2 dh tk jaga akal dan mulut, bertuahnya umno ada ahli cam lu..

 
Blogger Templates