DAP seringkali memberitahu mereka adalah parti yang tidak berduit. Ada ramai juga Melayu-Bumiputera yang percaya, DAP adalah parti Cina miskin yang tidak pandai rasuah, tidak pandai berniaga dan tidak pandai berkartel atau berkongsi gelap.
DAP seringkali meraih simpati daripada para penyokong dan mempublisitikan kemiskinan parti itu menerusi jamuan makan malam, jualan spin-off, kutipan derma dan sebagainya. Pembabitan penuh penyokong terutama dalam memberikan derma kepada parti dilihat suatu cara atau kaedah paling berkesan bagi meraih sokongan tidak berbelah bahagi apabila para penyokong berasakan, mereka turut menyumbang kepada parti, walaupun pada masa yang sama, sumbangan tersebut sebenarnya tidak ke mana-mana pun.
Semenjak penubuhannya, sudah berapa banyak tabung derma yang diwujudkan oleh DAP?
Antara yang paling popular adalah Tabung Derma Bukit Cina pada tahun 80-an ketika DAP menerusi Lim Guan Eng dan Kit Siang berusaha menawan Melaka sebagai negeri pertama di Malaysia yang diperintah oleh DAP. Konon-kononnya derma tersebut akan digunakan untuk menyelamatkan Bukit Cina, yang telah dihadiahkan oleh Sultan Mansor Shah kepada puteri dari China, Hang Li Po yang diperisterikannya pada abad ke-15 sebagai tanah warisan eksklusif Cina Malaysia.
Apa sudah jadi dengan derma tersebut?
Begitu juga dengan derma untuk menyelamatkan empat orang ahli keluarga pemimpin DAP Sarawak yang diculik oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf. Apa yang berlaku kepada derma itu, dan ke mana ianya disalurkan, tiada sesiapa pun yang tahu.
Semalam, anak Cina yang merupakan anak tiri Allahyarham Khir Johari, Zairil Khir Johari mengajak rakyat mendermakan RM10 seorang kepada Lim Guan Eng menerusi Twitter.
Dipersoalkan ialah, mengapa Lim Guan Eng memerlukan derma, sedangkan wang ikat jaminnya akan dikembalikan. Apa sebenarnya yang dirancang oleh DAP dan Lim Guan Eng sehingga mereka memerlukan derma daripada rakyat atau penyokong mereka?
3 comments:
Yang dapat manfaat maksimum adalah kroonee tetapi yang dibebankan secara berterusan adalah para pencuci dan penjilake??? Hmmm
DO NOT BE A STUPID/AN IDIOT TO DONATE TO SUCH FUND. WHY WE MUST PAY (BEING FORCED) TO PAY FOUR HIS CRIME. WE M'SIAN WERE VERY LUCKY BECAUSE AN MP BROUGHT UP "THE CHEAP BUNGLOW" SAGA. OTHERWISE DAP COULD HAVE CHEATED US UNDER THE SKY AND SUN...Phu iii. BETUL-BETUL CILAKA PUNYA DAP. STATE LAND BEING SOLD AWAY LIKE HIS FATHER'S (LKS). THAT IS WHY THEY REALLY STRUGGLE TO CAPTURE PENANG (EVENTUALLY THE WHOLE OF M'SIA).AS EVENTUALLY THE WHOLE OF M'SIA CONSIDERED "SOLD" (NICE 2C/NICE 2HOLD, ONCE BROKEN CONSIDERED SOLD)
parti pan blh buat ceramah kutip derma utk lge
Post a Comment