Namun banyak kejadian yang harus diketahui umum, tentang kehebatan pahlawan kita dalam melawan komunis sehingga ketitisan darah terakhir.
Agak janggal sekiranya ada dikalangan kita mengagungkan komunis bintang tiga dengan menganggap mereka juga sebagai pejuang kemerdekaan.
Apakah layak mereka digelar sebagai pejuang kemerdekaan? Layakkah mereka disanjung kerana mereka melawan pihak British yang kononnya penjajah.
Peristiwa yang berlaku pada 25 Mac 1950 ini menggambarkan semangat juang anggota Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terus bertarung walaupun berada dalam keadaan yang sangat-sangat genting.
Dalam serang hendap oleh pengganas komunis ini, dianggarkan seramai 250 orang pengganas menyerang satu platun RAMD berkekuatan hanya 25 orang anggota.
Setelah menyusuri Sungai Semur, platun ini telah melalui satu kawasan cerun bukit di seberang sungai.
Serangan hendap yang tidak diduga itu mengakibatkan pertempuran dashyat, mengakibatkan ramai dikalangan anggota RAMD terkorban. Arahan supaya anggota menggunakan mortar untuk melemahkan pihak musuh.
Namun anggota seksyen mortar juga terkorban. Anda bayangkan situasi getir itu apabila pahlawan-pahlawan kita diserang disetiap inci kawasan.
Dalam pertempuran yang semakin sengit ini beberapa anggota pengganas komunis cuba merapati kedudukan anggota Askar Melayu yang cedera dan terkorban bertujuan untuk merampas senjata mereka, tetapi berjaya dihalang.
Beberapa kali pengganas komunis mengarahkan saki-baki anggota Platun 12 untuk menyerah diri, namun laungan “Kami adalah Askar Melayu, kami tidak sesekali akan menyerah diri” membuatkan dikalangan gerila komunis semakin marah dan mengarahkan serangan maksimum terhadap askar RAMD.
Namun setelah bertempur selama 4 jam dan kehabisan peluru, saki-baki mereka yang masih hidup telah dikepung dan ditawan.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah anggota pasukan keselamatan telah ditawan oleh gerila komunis.
Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir 10 kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang pengganas komunis.
Keseluruhannya, 17 anggota Platun 12, 3 RAMD terkorban, menentang musuh yang dianggarkan 250 orang. Enam lagi anggota cedera parah dan dua anggota cedera ringan.
Di bulan kemerdekaan ini sebagai rakyat kita haruslah berpaksi kepada nilai-nilai cintakan negara kita sendiri, hargailah pengorbanan orang terdahulu yang bertarung nyawa demi sebuah kemerdekaan.
1 comment:
tahun depan buat FESTIVAL FILEM ROJAK! nak buat filem bahasa apa pun boleh. nak campur2 bahasa cina, Tamil, hindi, iban, melayu, org putih dalam satu filem pun buatlah. ini kan malaysia. identiti malaysia ROJAK!!
Post a Comment