Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 11, 2016

KEBEBASAN BERSUARA, KETELUSAN KEPALA HOTAK GAYA DAP DAN KRONI DI PULAU PINANG!!!



Sememangnya Kerajaan DAP Pulau Pinang dan syarikat kroni mereka, terutama sekali yang terlibat dalam pembinaan terowong bawah laut yang telah menelan belanja bukan sedikit dan bukan sedikit juga perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semata-mata untuk membayar laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk terowong tersebut daripada wang rakyat Pulau Pinang, sedang kepanasan apabila pendedahan demi pendedahan dibuat.

Kerana pendedahan jugalah, Phang Lee Koon dan syarikatnya berhadapan dengan masalah perundangan. Kerana pendedahan berterusan jugalah yang menyebabkan Lim Guan Eng berhadapan dengan pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa . Dan beberapa pendedahan lain, terutama sekali yang membabitkan urusniaga hartanah di seluruh Pulau Pinang, selain kewujudan Datuk Cheah di Hong Kong, juga kelihatan amat menyusahkan Lim Guan Eng dan DAP secara keseluruhannya.

Antara orang yang paling lantang dan seringkali membuat pendedahan tentang penyelewengan serta salahlaku Lim Guan Eng dan kerajaan negerinya ialah Huan Chen Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia.

Ternyata, kelantangannya dalam memperjuangkan nasib rakyat negeri Pulau Pinang yang ditipu dan diperdayakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, tidak begitu disenangi oleh sebuah syarikat yang terbabit secara langsung dalam projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang.


Syarikat berkenaan, CZBUCG dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba menggunakan kuasa mahkamah untuk menutup mulut Huan Chen Guan daripada terus memperkatakan atau menyentuh tentang projek tersebut dalam apa juga bentuk.

Secara tidak langsung, Huan Chen Guan tidak boleh langsung mempertikaikan, memperkatakan atau menyebut apa-apa termasuklah angka-angka yang telah diberitahu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada umum dalam apa bentuk dan keadaan sekalipun.

Kenapa agaknya?

Apa yang mahu disembunyikan oleh syarikat tersebut dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Apakah kerana mereka tidak mampu menjawab bagi setiap sanggahan yang dibuat oleh Huan Chen Guan? Adakah mereka bimbang segala kira-kira dan angka-angka yang dikhabarkan sebelum ini, tidak boleh disanggah sama sekali?

Justeru, di mana kononnya KEBEBASAN BERSUARA dan ketelusan yang kononnya diamalkan oleh DAP dan Lim Guan Eng? Apa sudah jadi dengan CAT? Apakah dengan menutup mulut pihak lawan menggunakan kuasa mahkamah sahaja senjata dan sanggahan yang mereka boleh lakukan?

Persoalannya, mampukah DAP dan syarikat tersebut menutup mulut Huan Chen Guan?


2 comments:

Anonymous said...

Mereka adalah kerajaan pembangkang makanya tak apalah kalau bohong, tipu dan klepet. Kalau kerajaan Pribumi wajik kena kutuk.

Anonymous said...

Rakyat p pinang wajib tolak dap dlm pru 14 nanti.

 
Blogger Templates