Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 29, 2016

KENAPA PULA TAK BOLEH SERANG DAN BERCAKAP PASAL PENJALANGAN MAHATHIR?



Geng-geng Cap Bunga dah mula naik angin sebab Mahathir 'Yang Dimuliakan' telah diserang bertali arus sekaligus mendedahkan apa yang dilakukannya selama dia menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Mungkin mereka tidak tertahan apabila hakikat Mahathir 'LAIN CAKAP, LAIN BUAT' dan 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA' didedahkan secara terbuka walaupun selama 22 tahun, segala busuk pekung Mahathir dipendam dan disimpan walaupun menjolok mata dan menimbulkan rasa tidak puas hati.

Satu perkara yang geng-geng Cap Bunga ini terlupa ialah, dari tahun 1987 sehinggalah kemuncaknya pada 1997-2001, ratusan ribu kalau tidak jutaan orang yang membenci Mahathir selain menyebar luaskan segala kebobrokannya, masih wujud lagi, masih lagi bergiat, malah walaupun sebahagian daripada mereka kembali menyertai dan menyokong UMNO kalau tidak pun menjadi ahli, masih menyimpan cerita-cerita tersebut.

Ibrahim Ali, Presiden PERKASA bukan main marah lagi apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman dikatakan mengkritik dan tidak menghormati Mahathir.

Syed Saddiq yang merupakan salah seorang daripada 7 orang protem Parti Pribumi Bersatu (Sdn. Bhd.) mengutuk Hishamuddin Hussein Onn, Azalina Othman Said dan Nazri Aziz yang dikatakan menyerang Mahathir menerusi media.

Para penyokong dan pentaksub Mahathir di Facebook pula, turut memberi amaran bahawa sebarang caci nista terhadap Mahathir, serangan menerusi media, atau melawan Mahathir akan menyebabkan Mahathir semakin keras menentang Najib Abdul Razak dan UMNO itu sendiri.

Dengan kata lain, mereka mahu Mahathir tidak diserang, bebas menyerang dan tidak dilawan!

Kononnya kalau Mahathir tidak dilawan, maka kesan buruk ke atas UMNO dan Najib tidak akan menjadi lebih teruk.

Logik apa yang mereka pakai dan gunakan?


Dalam satu keadaan, bukan main sokong lagi mereka menyerang Najib. Bukan main megah lagi apabila Mahathir 'mendedahkan' kecurangan Najib. Malah begitu yakin mereka menuduh yang 1MDB telah mengalami kerugian, wang negara telah dicuri oleh Najib dan wang rakyat telah digunakan untuk membayar hutang judi dan bermewah-mewah di luar negara.

Mereka tidak peduli dengan kenyataan bahawa segala tuduhan mereka tidak disokong sebarang bukti, malah pengakuan Mahathir bahawa segala tuduhannya adalah HEARSAY semata-mata selain dia tidak mempunyai sebarang bukti. Yang penting bagi mereka adalah, tuduhan Mahathir adalah tulen, manakala jawapan dan penafian daripada Najib adalah DEDAK.

Dek kerana itulah, apabila serangan ke atas Mahathir semakin dipertingkatkan, mereka kembali kepada taktik sebelum Mahathir terang-terang menyertai Demonstrasi BERSIH 4.0 iaitu Mahathir tidak boleh dikacau, diserang, diganggu atau dilawan.

Mereka terlupa sebenarnya bahawa pada tahun 2004, UMNO kembali disokong bukan kerana Mahathir tetapi kerana Mahathir telah bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dan sekarang, ketika Mahathir hanya menuduh tanpa bukti dan bergantung kepada HEARSAY, seharusnya para penyokong setia Mahathir juga perlu menjawab tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang dia berkuasa kerana itu adalah lumrah di dalam politik.

Alangkan Almarhum Nik Aziz pun diserang malah semasa hidupnya dilabelkan bermacam-macam, biarpun bekas Mursyidul Am PAS itu telah meninggal dunia, inikan pula seorang ahli politik tua yang masih tidak puas-puas berkuasa yang masih hidup dan kesan-kesan daripada pengkhianatannya ditanggung oleh rakyat Malaysia secara lahiriah mahupun rohaniah, biarpun pada masa yang sama, cubaan untuk memutihkan imej hitamnya cuba dibuat secara giat.


3 comments:

Anonymous said...

50% warga tolak TM pada 2001. Pada 2013 52% warga tolak TM dan itu belum termasuk geng geng Unmo yang tolak TM pada 2014. Makanya mana mungkin TM boleh bangkit secara berkesan dalam keadaan beliau hilang sokongan majoriti? Sekadar syok sendiri bolelah.

Anonymous said...

betul tu.. paklah menang besar sebab pesaraan madey.

Anonymous said...

TAK TERFIKIR DEK AKAL BAHAWA MADEY YANG KU SOKONG SELAMA 30 TAHUN MENJADI SEBEGINI..KUCA BARAI HABIH KERAMU MADEY.

 
Blogger Templates