Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 29, 2016

PENTAKSUB MAHATHIR TIDAK PERNAH TAHU, KLCC ADALAH LAMBANG PENYALAHGUNAAN DANA AWAM KEGEMARAN MAHATHIR DAN KERANA ITU MEREKA BERBANGGA!!!




Projek Kroni Tun Mahathir: RM600 Juta Syarikat Milik TS Ananda Krishnan Untung Atas Angin Apabila Jual Tanah Tapak Lumba Kuda Kepada Petronas Untuk Tapak Projek KLCC!!!.

■ Mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir memburuk2kan 1MDB yang membeli tanah Tun Razak Exchange dengan harga murah. Kemudian beliau menuduh pelaburan Tabung Haji sebagai 'Bailout' 1MDB dengan membeli tanah TRX dengan harga tinggi.

■ Tun Mahathir lupa yang beliau pernah menggunakan wang Petronas untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC.

■ Pembelian tanah STC oleh Petronas terpaksa melalui syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang bertindak sebagai 'Brokerage Company' yang mengaut keuntungan yang terlampau tinggi. Bayangkan, 26 tahun yang lalu tanah STC dibeli oleh Seri Kuda Sdn Bhd dengan nilai RM26.20 sekaki persegi. Beberapa bulan kemudian, tanah tersebut dijual kepada Petronas dengan nilai 214.40 sekaki persegi!!!.

■ Pada 30 January 1989, syarikat Seri Kuda Sdn Bhd ditubuhkan oleh TS Ananda Krishnan. Syarikat ini ditubuhkan semata2 sebagai platform pembelian sebidang tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta.

■ Pembelian tanah tersebut direncana bagi merelisasikan perancangan Tun Mahathir untuk penyediaan tapak projek pembangunan 'Kuala Lumpur City Center' (KLCC).

■ Mengikut perancangan awal pihak pengurusan Petronas, pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor berhampiran dengan Hospital Prince Court.

■ Pembinaan ibu pejabat Petronas yang baru perlu memandangkan ibu pejabat petronas lama di Bangunan Dayabumi sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung pertambahan kakitangan baru dan pertambahan kelengkapan alatan kerja yang pesat di Petronas.

■ Walau bagaimana pun lokasi yang dicadangkan tidak dapat memenuhi kehendak persekitaran memandangkan ianya mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam. Alasannya, lokasi tersebut terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi.

■ Sebagai alternatif, Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah bekas tapak British Council Jalan Ampang di belakang Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

■ Namun secara tiba2 Tun Mahathir kemukakan idea dan mengumumkan rancangan liciknya dengan memilih lokasi di Selangor Turf Club jalan Ampang. Beliau mencipta isu dan propaganda di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan timbulnya kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

■ Selepas isu tersebut disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu tidak boleh tidak mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

■ Pada 18 Julai 1991, dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-6 di Dewan Parlimen, Tun Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan persekutuan.

■ Tun Dr Mahathir berpendapat, apabila ekonomi pulih dan terdapat “building boom”, tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi.

■ Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50% saham Seri Kuda Sdn Bhd. Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda Sdn Bhd bahawa lebih daripada 50% tanah kelab perlu dijadikan tempat letak kereta awam (public park). Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100%. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51% dari saham Seri Kuda Sdn Bhd.

■ Selangor Turf Club (STC) menerima notis arahan berpindah dari kerajaan supaya mencari lokasi lain luar dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan sejumlah wang untuk membina padang lumba kuda baru, STC membuat keputusan menjual tanah tersebut.

■ Tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) yang terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas atau ‘Golden Triangle’ berstatus pertanian dibeli pada awalnya dengan harga RM110 juta telah ditukar statusnya kepada tanah komersial dan nilaian semula tanah komersial tersebut melonjak kepada harga RM300 juta. Tetapi Petronas telah membelinya dengan satu nilai terlampau tinggi pada harga RM900 juta.

■ Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM600 juta apabila Petronas membeli tanah tersebut. Persoalan untuk Tun Mahathir: Mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus (Direct Negotiate) dengan Selangor Tufc Club iaitu pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?. Dan mengapakah perlu membeli tanah tersebut setelah ianya menjadi milik Seri Kuda Sdn Bhd iaitu syarikat kepunyaan TS Ananda Krishnan?.

■ Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah membelakangi kepentingan rakyat dan menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga selia Petronas. Beliau telah mengambil kesempatan memanipulasi wang Petronas untuk mengkayakan kroninya dan mungkin juga untuk faedah diri sendiri. Beliau lupa yang wang Petronas apabila masuk ke Tabung Perbendaharaan Negara akan menjadi DANA awam atau pun wang rakyat!.

■ Kroni Tun Mahathir berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM600 juta dalam masa beberapa bulan sahaja.

■ Majalah Far Eastern Economic Review terbitan 13hb Jun 1991 dan Investor Digest keluaran Julai 1992 jelas melaporkan yang tanah milik STC dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd, yang kemudian pemiliknya membuat permohonan untuk menukar status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Malaysia.

■ Akhbar News Straits Times pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu. TS Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula2 ditubuhkan. Beliau adalah sekutu rapat dan kroni kuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. TS Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negars Malaysia selama 6 tahun (1982-1987) dan pernah juga berkerja di Petronas.

■ Sehingga tahun 1991, nama TS Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah tersebut pada tahun 1989 .

■ Persoalan untuk Tun Mahathir: Adakah pembelian 39 hektar (96.369 ekar) tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya dengan niat untuk membantu menaikkan taraf kekayaan sahabat baiknya?.

■ Pada 18hb Jun 1991, akhbar New Straits Times melaporkan, Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dengan anggaran jumlah sebanyak RM600 juta.

■ Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49.5% ekuiti KLCC dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion. Sementara itu, pegangan saham ekuiti Mai holdings Sdn Bhd adalah 48% dan 2.5% milikan saham minoriti (dirahsiakan). Mai holdings Sdn bhd ditubuhkan pada 22 Jun 1988 merupakan juga syarikat milik TS Ananda Krishnan.


19 comments:

Anonymous said...

TAK APALAH NAMAPAK DEPAN MATA..INI BERBILION BUAT BERJUDI DAN FILEM LUCAH..BANGGA KE HANG ?

Anonymous said...

Nak tanyalah..
KLCC ni ada ke? Bila masa dia buat?
Tapi aku kagum dgn najib. 1mdb. Beli janakuasa. Jual. Aku rasa sebagai rakyat aku amat bersyukur sebab 1mdb ni berjaya jual aset negara. Tanah trx pun aku bangga sebab aku tak mampu beli rumah atau lot pejabat di sana.

Jadi terima kasihlah kepada fyingkick sebab berjaya memberikan fakta yg amat bernas kepada aku berkenaan pembinaan KLCC.

Hebat lagi najib.

Anonymous said...

sepatutnya kita kena tegas dgn prinsip,
penyelewengan berlaku kta kena tentang,
bukan kerana individu,
kalu si A lakukan kita kena benci perbuatan itu dan tentang,
kalu si B lakukan kita kena bersikap sama,
kalu tak perkara ni akan berterusan sampai bila2

kenapa kita berpilih?
sbb kita sendiri tak jujur dgn diri sendiri,
kita tak adil dgn diri sendiri,
kita yg berperangai begini akan sampai masa jika kita berkuasa kita pun akan menjadi penyeleweng juga,atau jika kaum keluarga kita yg terlibat kita akan diam malah bersama2 mereka.

Jauhilah tindakan kita berdasarkan kebencian,
menegakkan kebenaran berpaksi dgn kebencian tak pernah berjaya didunia dan akhirat
Rasul berpesan jika kita membunuh musuh berpaksikan benci dan amarah kita dgn musuh Islam dua2 dlm neraka.

Ikut naluri setan utk hapuskan setan akan digelak oleh setan
wallahualam

Anonymous said...

Panjangnye artikel nih... apa pun aku harap korang sedarlah... ngape korang undi jugak parti madey selama 22 tahun? Adakah antara perkara2 yg disebutkan dalam artikel di atas tak pernah diutarakan oleh pembangkang pada zaman tersebut?...

Melainkan yg keluar... tak abih2 pembangkang buat fitnah... skang pun camtuh jugak... semua yg dikatakan terhadap kes jib... hanya fitnah semata? So.. ulang lah lagi kebejatan 22 tahun mader yg lepas... takde apa yg berubah! Pengundinye tetap undi umno bn...

Anonymous said...

Pentaksub Dedak hasil curian 1MDB oleh si Lanun Bugis mengenai Samuna Berbillion2 USD!!!

Skandal terbesar Dunia tercatit dalam sejarah!!

LEBIH DAHSYAT!!!!

Anonymous said...

Kesian litar lumba kuda.. Dah x boley betting... Kan.. Kan..

Anonymous said...

salam

alhamdulillah dah nampak dah.apa lagi buatlah report kat sprm atas nama salah guna kuasa.kes najib khairudin dah buat report dah...

nampak sangat tun dah abik duit ni kan ...dah larikan duit rakyat banyak sangat ni..dah tolong kroni...point paling bes ni...

salah tetap salah..apa lagi...yang penting jangan lupa hadapkan tun ke mahkamah ya

gie7

mendedak said...

Untuk kesekian kalinya, tolongla buat repot polis. Konon dah ade bukti dan fakta kan? Yang salah tetap salah, gi la buat pendakwaan terhadap Tun M kalo betul2 rasa dia yg bertanggungjawab atas sume ni. Jangan jadi mcm Najibul Ghunnah, kate nak saman hari Selasa sampai skang tak saman2 lagi setelah berpuluh2 hari Selasa. Setakat melalak dalam blog, Nek Tempoyak lagi hebat!

#pendedakno1najib
#ilovepm4dedak

Anonymous said...

Mangkok ayun ooooiiiii kalau bapak tiri hang juai mak hang pon dia mau untung.

Anonymous said...

Kalau dah taksub taek TM pun depa kata wangi, kik kik kik

Anonymous said...

jom kita pakat gelak ramai2...1MDB tu jd kebanggaan (atau kebangangan) kitalah sbb bukan rakyat dpt merasai hasilnya tp kena tanggung hutang lebih USD50b..rakyat bangga sgguh dpt menteri kewangan paling genius didunia.

Anonymous said...

Baru faham...dulu kecik lagi sekolah rendah...tak baca surat khabar omputih...suratkhabor arus perdana semua kena kawal...ada Isa lg...masa tu tak ada internet. Sekarang.petik jari semua keluar cakap sikit semua kena viral...kenapa isu 1 mdb ni terjadi sbb Allah nak rakyat tahu bahawa bukan Najib yang songlap duit tapi Mahadey...klau tak rahsia Mahadey akan tersimpan rapat hingga ke liang lahad...bila dia cuba aibkan Najib tenhok Allah aibkan si atuk tua niblagi teruk

Anonymous said...

TQ The Edge kerana atas laporan anda rakyat telah mula sedar bagaimana mereka dirompak tanpa sedar dan kini rakyat tak akan benarkan terowong bawah laut ikut jejak KLCC: tidak guna ada struktur dibina untuk nampak megah tapi semua itu berdiri atas rompakan bawah paras sedar.

Anonymous said...

apa tak pa...mana boleh tak pa..nak ckp org muhasabah la diri tu dulu...komunispigs..

Anonymous said...

kau tak mampu beli kau punya pasal la...jgn asyik nak merempit dan hisap rokok hisap dadah. duit kau tu simpan duit piee beli rumah sendiri jgn nak bertengek rumah mak bapak atau duit isteri ...tak malu...

Anonymous said...

lagi dasyat hika dah tua beruban anak bini masih tak mengikuti cara islam..nasihat apa yg bapak beri kpd anak bini. takan d rumah pon cakap pasal politik. politik tuhan dia?

Anonymous said...

pm najib baik hati. tak mau malukan dan hormati tun m.tapi itu lerrr pm4 ni dah bersatu dgn dapigs so hati dah masok kuman komunis tu sbb kena ulangalik masok ijn . ulangalik msk ijn sbb kuman dah bertenggek dlm jantong maaaah.

Anonymous said...

dulu time dia tiada internet tapi surat layang. aku dapat byk surat layang pasal perangai pm no ompat nih.

Unknown said...

Ada bukti ke wang IMDB dicuri

 
Blogger Templates