Si penghasut menyatakan bahawa Azeez Rahim telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Tabung Haji yang mempunyai kedudukan dan kuota istimewa untuk memintas sekaligus memberikan keistimewaan kepada Neelofa dan ibunya untuk menunaikan haji.
Diberitakan bahawa Neelofa hanya mendaftar pada 4 Julai 2016 dan telah diluluskan untuk menunaikan ibadah Haji di bawah pengurusan Tabung Haji pada 6 Ogos 2016. Sebulan la kira-kiranya. (RUJUK SINI)
Seronok kan beritanya?
Macam-macam persepsi boleh dibuat... lebih-lebih lagi yang bersifat persepsi negatif. Terutama sekali apabila membabitkan pemimpin UMNO dan selebriti yang cantik jelita.
Menurut Tabung Haji, pihaknya sedia maklum tentang rayuan selebriti tersebut dan telah mempertimbangkan rayuannya mengikut garis panduan sedia ada. Setakat ini tiada sebarang kelulusan diberikan kepadanya bagi rayuan tersebut.
"Jikalau ada visa haji yang diperolehi oleh selebriti tersebut, ia adalah tidak melalui TH," kata kenyataan itu.
Tabung Haji diketahui mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan, perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang ditetapkan.
3 comments:
Umno kan bersatu=berasmara
ingatlah kpd Allah. jangan sedap mulut je seronok mengata orang.
Ape yang bagus dan special sangat dg budak Neelofa ni sampai nak di viral2kan. Artis majoriti nya sama je...masa muda dan laku lagi enjoy hsbis2an. Tangkap VIP itu, tangkap VIP ini. Tangkap anak VIP itu, tangkap anak VIP ini. Bila bergaduh satu Malaysia tahu.
Post a Comment