Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, August 28, 2016

MAHATHIR YANG NYANYUK!!! DARI CUMA JATUHKAN NAJIB, SEKARANG KALAHKAN UMNO!!!



Ku Nan kata, biarkan Mahathir tenggelam dengan dunianya....

Hishamuddin Hussein Onn pula kata, permohonan maaf oleh Mahathir kepada umum sebenarnya tidak bermakna kerana semasa dia berkuasa dahulu, lain yang dicakapkannya, lain pula yang dibuat. Hanya setelah kehilangan kuasa dan untuk memastikan kewujudan anak lelakinya, Mahathir baru hendak meminta maaf.

Para penyokong Mahathir pula bersorak mengatakan, UMNO semakin gersang dan ditinggalkan oleh penyokong-penyokongnya sendiri.

Buktinya, Mahathir berucap di Langkawi dan meninggalkan Demonstrasi #TangkapMO1, 'lautan' manusia berbaju merah mendengar ucapan Mahathir.

Sebelum ini, Mahathir kata dan disokong pula oleh anak lelakinya yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah selain mendapat hak monopoli pembekalan kepada Telekom Malaysia menerusi urusniaga dan kontrak yang sememangnya dipertikaikan dari hujung zaman pentadbiran Mahathir lagi, bahawa mereka tidak bertujuan mahu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

Tapi hari ini, Mahathir kata, UMNO pergi dikalahkan dan digantikan dengan parti lain iaitu Parti Cap Bunga Raya.

Dengan kata lain, Mahathir sebenarnya sudah tidak nampak kejayaan dan masa hadapan Parti Cap Bunga Raya apabila dia teruk ditempelak berhubung isu BANGSA JOHOR. Dan Mahathir yang diketahui amat celupar, tidak berani menyanggah titah KDYMM Sultan Johor yang mengatakan, dia adalah orang yang suka memecah belahkan masyarakat, terutama sekali orang-orang Melayu. Para penyokongnya pula sekadar berani-berani ayam mengacam KDYMM Sultan Johor. Itu pun sayup-sayup sahaja kedengarannya.


Hilanglah sudah cerita hendak menjadikan Johor sebagai pangkalan terkuat Parti Cap Bunga Raya selepas Kedah. Dari mulut Mahathir sendiri, Parti Cap Bunga Raya kehilangan peluang dan ruang termasuklah memastikan Muhyiddin Yassin yang khabarnya akan berpindah tanding ke Muar. Parti Cap Bunga Raya di Johor bolehlah diibaratkan sebagai Parti AKIM di Kelantan yang entah berapa kerat manusia yang masih mengingatinya.

Daripada awal lagi telah dikatakan, Mahathir  sememangnya mempunyai niat jahat. Walau bagaimanapun, disebabkan kemahirannya menyamar dan berlakon, Mahathir dianggap sebagai pejuang dan kata-katanya adalah benar semata-mata.

Terbukti kini, Mahathir terdesak untuk mempertahankan anak-anaknya dan kroni-kroninya. Mahathir sudah kehilangan peluang dengan menggunakan status NEGARAWANnya apabila Perdana Menteri sekarang ini, tidak begitu melayan kehendaknya. Sekarang, Mahathir melaung-laungkan serta berkongsi inspirasi yang sama dengan mereka yang pernah menentangnya dahulu tetapi sekarang menjadi sahabar karib kerana beranggapan mereka boleh mempergunakannya.


20 comments:

Anonymous said...

Jika benar Tun M nyanyok !!!!
Kami sedia beri undi kepada BERSATU.
Jika Tun M waras.
Kami akan sokong Tun Mahathir 100 peratus.

Unknown said...

Bukankah UMNO itu UNITED MOHD NAJIB ORGANISATION dedakian? Memang patut dijatuhkan.

Yg penting sekali ialah MENDEDAHKAN YG BENAR DAN JUGA MENGBONGKAR YG BOHONG.

INGATLAH DEDAKIAN HIDUP DIDUNIA INI SEMENTARA DAN AKHIRNYA TERBONGKAR DOSA YG DEDAKIAN BUAT DIDUNIA INI. SENTIASA INGATLAH ALLAH. BUKAN INGATKAN RM DEDAKIAN.

Anonymous said...

umno dah patut kalah pun..blogger yg ni yg terlebih meroyan..
jom sokong bersatu..

Anonymous said...

Kita tidak berkecil hati kalau dia mampu gantikan Parti Melayu tetapi kita juga tahu semua itu adalah mustahil. Mustahil kerana untuk berjaya belia perlu dokongan. Tanpa dokongan sialah beliau. Nobody!

Kalau ianya mustahil makanya apa yang beliau telah lakukan akan dilihat sebagai penerusan legasi 'pecah dan perintah' yang banyak menguntungkan segelintir cai cai sementara golongan majoriti hanya dapat tengok dan cium tapi tak dapat sentuh dan rasa.

Semestinyalah cai cai akan menaruh harapan terhadap parti beliau tapi bagi golongan majoriti parti berkenaan tidaklah dianggap parti yang mampu memberikan harapan yang tinggi kerana tiada apa yang baru.

Anonymous said...

Bongkar segala salah urus masa dia berkuasa dulu. Bandingkan dgn yg sekarang. Tengok siapa lebih teruk.

Anonymous said...

Umno perlu ditumbangkan sebab sudah tak berfungsi sebagai parti orang melayu lagi.

Ted Manoff said...

Suka ko le Labu..

Ted Manoff said...

Pergi le sokong chepat2. .bawak sekali mak ayah, tok Wan dan nenek ko sekali..

Ted Manoff said...

Suka ngko Le Labu

Ted Manoff said...

Yang banyak salah ialah Tengku Abdul Rahman, Tun Raza, Hussein On, Pak Lah dan Najib je..Maddey Keling Kera-la mana ada buat salah ..

Ted Manoff said...

Betul tu..Parti DAP yg Maddey Keling Kera-la bersekutu tu lagi berfungsi bagus dari dari Umno

Anonymous said...

Parti melayu kena jadi keldai Dapig mcm Pan dan Bersatu baru berfungsi..

Anonymous said...

Hanya orang-orang yang berkepentingan sahaja yang akan menyokong UMNO. Betapa takutnya Najib kepada Tun M sehingga mengatakan Tun M suka mencari gaduh dengan negara lain, kuku besi dan sebagainya. Semakin lantang Tun M, semakin ramai pemakan dedak dan pemberi dedak mengutuk Tun M semakin ramai dan kukuh penyokong Tun M. Jasa Tun M terhadap Malaysia, terhadap dunia dan Islam tidak dapat disangkalkan lagi. Ingat lagi kata2 arwah Nik Aziz, dalam banyak2 negara Arab hanya Tun M yang berani dan lantang bersuara dan terbukti dengan kekejaman Zionis. Begitu juga dalam Malaysia, Tun M bersuara lantang terhadap kekejaman UMNO yang membiarkan Presidennya berluasa mempergunakan wang rakyat berbillion dollar untuk membayar hutang judi, membuat filem separa lucah, membeli apartment tanpa mendapat keuntungan kepada rakyat, berhutang di sana-sini.
Tunggu sahaja pada PRU yang akan datang, saksikanlah ombak perubahan dan jangan kata Melayu lupa daratan, yang sebenarnya UMNO sudah lupa, maruah sudah tiada dan menoda nama baik negara Malaysia. Apa yang hendak dibanggakan sekarang negara Malaysia?. Pergilah ke negara lain dan tanyakan adakah mereka mengenali Malaysia?. Yes, they do know Malaysia. They do know the Prime Minister but they are more interested in 1MDB scandal of the century.
Berkenaan Bangsa Johor akan sokong sepenuhnya kenyataan Tun M bahawa budaya untuk Bangsa berkonsepkan negeri adalah tidak sihat untuk negara Majmuk seperti Malaysia jika berlebih-lebihan seperti yang terjadi di negeri Kelantan, berkelompok, berpuak-puak.. Tapi itulah media, meloncat-loncat bila mendapat sensasi begitu juga pemimpin-peminpin UMNO lain yang cuba mengambil credit dan populariti.
Ingat, Tun M tidak berseorangan.. Tun M mewakili rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah, rakyat yang bangga menjadi Malaysian, rakyat yang rasa selamat dan sentosa di dalam Malaysia, rakyat yang berilmu dan mempunyai kemahiran tinggi, rakyat yang boleh bertaraf tinggi dengan dunia moden lain.
Bukan rakyat yang negaranya sudah tergadai ke negara China, 48% Iskandar Malaysia dimiliki Johor, Melaka pusat2 kebudayaan, perumahan, fasiliti, infranstruktur semua tergadai kepada negara China.
Tun M bukan berdarah raja, bukan berdarah kenamaan tapi berdarah rakyat biasa, berjuang untuk rakyat..
Dengan itu kami bukan penyokong Tun Mahathir KERANA
KAMI ADALAH MAHATHIR!!

Anonymous said...

Pundek lu..

Anonymous said...

Kesian kamu...sepatutnya kalau kamu sayang kan Mahadey nasihatkan lah dia.. Cukup2lah urusan dunia ni...umur. yang Allah beri extra tu buatlah amal kebajikan banyak2... Duit yang ada tu sedekahkan pada balu ke pada anak cucu Memali tu... Banyak2 mohon ampun pada Allah bertaubat... Ni tidak asyik ingat dunia harta dunia...anak2. Mahadey tu dah tua tak kan masih nak harapkan Mahadey tolong selesaikan urusan mereka...kesianlah....

Anonymous said...

hahaha..bodoh siut betul bapok atas ni....hati komunis dah makin tua makin terserlah penyakit hati. pengikut2 pon berkeladak kuman dlm hati. bodosssss punya melayu..

Anonymous said...

uh..huk..yiakss...bersatu dgn dapigs...uweeekkkk...melayusss stuperdo...

Anonymous said...

PM Najib terbaik..hidup Najib,hidup UMNO..

Anonymous said...

Kalau dihitung dari logik,tak pernah lagi dlm sejarah hutang negara melebihi 50% berbanding pendapatan negara pada zaman Tun Mahathir,ianya hanya berlaku selepas zamannya,iaitu paklah dan najib,di sini terpampang pemimpin manakah yg lebih pandai memimpin

Anonymous said...

yang 104% pada tahun 1982 tu, zaman siapa pulak yer?

 
Blogger Templates