Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 24, 2016

SARAWAK REPORT YANG JADI PUJAAN MAHATHIR, AKHIRNYA MEMBOCORKAN NAMA GOLONGAN KONSPIRATOR YANG MAHU GULINGKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Selepas Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis tentang konspirasi atau pakatan 3 orang Tan Sri yang merupakan penjawat awam tertinggi merancang untuk menggulingkan Najib Abdul Razak dengan menggunakan kedudukan serta institusi yang mereka ketuai, reaksi yang ditunjukkan oleh Mahathir dan konco-konconya jelas tidak menggalakkan.

Ditambah pula dengan ketiadaan sebarang tindak balas perundangan daripada ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut, sekalipun para juak-juak mempopularkan alasan, kononnya ia hanyalah fitnah semata-mata.

Mahathir sendiri dalam sidang medianya mengesahkan bahawa ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut berkonspirasi dengannya, tetapi kemudian cuba coverline dengan berlawak dan berjenaka kononnya mereka gagal dalam usaha tersebut kerana telah dikhianati. Dan kesemua itu dikatakan oleh Mahathir sebagai 'khabar-khabar angin yang didengarnya'.

Namun artikel terbaru yang disiarkan oleh Sarawak Report menunjukkan bagaimana gelabah dan paniknya mereka setelah kegagalan konspirasi tersebut. Sarawak Report yang didalangi oleh Clare Rewcastle-Brown, orang yang bertanggungjawab memujuk Xavier Justo untuk menyerahkan dokumen-dokumen PetroSaudi bagi tujuan penyelewengan dan pemalsuan untuk menjayakan konspirasi tersebut, mengumpulkan kesemua tuduhan yang dibuat selama ini dalam satu artikel.

Bagaimanapun, Clare langsung tidak menyebut tentang Xavier Justo dan kemarahan Justo kerana telah dibohongi sehingga menyebabkan dia terpenjara selain desakan Justo agar kesemua dokumen dan data-data yang telah diberikannya, dipulangkan kembali selain kenyataannya bahawa dokumen dan data-data tersebut telah diselewengkan oleh Clare dan kumpulan konspiratornya bagi tujuan menggulingkan Najib Abdul Razak, sepertimana yang terdapat dalam transkrip perbualan Clare dan Justo.

Dalam transkrip tersebut, Justo menggunakan nama Fullerton mengambil nama sebuah hotel di Singapura yang dijadikan sebagai lokasi pertemuan sulit yang turut melibatkan Tony Pua.

Ironinya, tiada 'tuduhan baru' dalam artikel Sarawak Report kali ini sebaliknya hanya mengulang-ulang tuduhan lama termasuklah menuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Morais sekalipun telah berulangkali dan disahkan oleh SPRM dan Pejabat Peguam Negara sendiri bahawa Morais langsung tidak terlibat dalam pendrafan kertas pertuduhan ke atas Najib. Kertas pertuduhan itu pula telah disiapkan lebih awal, jauh lebih awal sebelum siasatan ke atas 1MDB dimulakan!

Bagaimanapun, dalam artikel terbaharu tersebut, Sarawak Report dengan sengaja cuba melibatkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan mengatakan DYMM Yang Di-Pertuan Agong telah membuat pusingan U untuk tidak memecat Najib daripada jawatan Perdana Menteri kerana habuan tertentu.

DYMM Yang Di-Pertuan Agong dituduh hanya mendiamkan diri dan telah 'diperangkap' oleh Najib untuk tidak menggunakan kuasa-kuasa baginda walaupun Najib telah melanggar undang-undang dan Perlembagaan dengan memecat 4 orang pegawai tinggi kerajaan yang dikatakan oleh Clare sebagai berada di bawah kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Dalam artikel tersebut, Sarawak Report telah berbohong tentang DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang kononnya telah bersetuju berkonspirasi dengan ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut, malah secara berniat jahat, menuduh Yang Di-Pertuan Agong sengaja mahu menjahanamkan negara ini dengan terus membiarkan Najib berkuasa sebagai Perdana Menteri sambil menutup mata di atas penyelewengan yang dilakukan oleh Najib melibatkan wang 1MDB.



Membaca keseluruhan artikel terbaharu Sarawak Report tersebut, sudah cukup untuk membuatkan kita tersenyum dan melihat kegelabahan dan terdesaknya puak Mahathir dalam usaha menyelamatkan usaha-usaha terakhir penggulingan Najib.

Segala-galanya dipersalahkan Najib. Morais mati dibunuh, salah Najib. Salah satu menara PDRM di Bukit Aman, juga salah Najib. Pemecatan ketiga-tiga orang Tan Sri, salah Najib. Dan barangkali kalau artikel itu panjang, sudah tentu kes rasuah dan penyelewengan serta salahguna kuasa Lim Guan Eng, Najib juga yang bersalah.

Namun sesuatu yang menarik ialah, setakat ini, yang diketahui hanya tiga orang Tan Sri, tetapi Sarawak Report telah mendedahkan lagi 10 orang konspirator termasuklah Tony Pua dan Clare sendiri sedangkan konspirasi tersebut telah disebut oleh Clare dalam perbualannya dengan Xavier Justo ketika dia memujuk bekas eksekutif PetroSaudi itu menyerahkan dokumen dan data-data softcopy kepada Ho Kay Tatt dan Tong Ong Koii dengan bayaran USD2 juta.

Xavier Justo tidak pernah menerima bayaran USD2 juta sebagaimana yang dijanjikan, sekaligus membuatkan dia menulis panjang lebar pengakuannya dari dalam penjara di Thailand.

Nama Justo tidak lagi berani disebut oleh Tony Pua dan Clare, apatah lagi oleh Mahathir kerana ia pasti akan mendedahkan lebih banyak konspirasi serta tembelang mereka.


Dua hari lepas, Tony Pua yang turut terdesak dan panik, turut mendedahkan nama Shahrol Halmi yang kononnya akan dijadikan sebagai 'KAMBING HITAM' dalam isu 1MDB bagi menyelamatkan Najib Abdul Razak. (RUJUK DI SINI)

Shahrol Halmi adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sebelum jawatan tersebut diambilalih oleh Arul Kanda. Kebanyakan masalah atau 'deadlock' 1MDB yang dimanipulasi oleh Tony Pua dan Mahathir datangnya daripada ketika 1MDB diketuai oleh Shahrol Halmi.

Berdasarkan transkrip perbualan WhatsApp antara Clare dan Xavier, serta Tony Pua sendiri, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu merupakan orang terpenting dalam konspirasi tersebut.


6 comments:

Anonymous said...

Insiden Memali yang mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa adalah bagi mengekang kebangkitan Parti Islam Senusantara. Kalau tidak dikekang ia adalah satu ancaman kepada kerajaan Mahazalimuna. Itulah khabar angin yang bertiup kencang pada pasa itu.

Anonymous said...

PUAK2 ANC KATA EDISI SR YANG INI
TELAH DIEDIT OLIH PMO...KAH3

Anonymous said...

kenapa geng satu lagi nak gelabah....yang korup tu la patut gelabah.

Anonymous said...

Cuba tgk Nama dan jawatan pengawai gov yg terlibat,kesemua berjawatab penting dan tinggi dalam gov,
Yang tidak mempunyai agenda dan kepentingan dari sudut politik.
Persoalannya jika ia betul,KENAPA atau WHY?
mesti ada sebab mereka sanggup bertindak demikian.bukan atas dasar peribadi,politik atau Dimomok/diguna oleh pihak ketiga.
Sebabnya mereka cerdik,pandai ini dah tahu najib tak boleh pakai..satu dunia dah tahu najib ini tak boleh pakai..
Hanya yang buta,pekak sahaja yang Masih sayang kat najib..persoalannya skrang,adakah tuan tergolong dalam golongan buat,pekak?

Anonymous said...

Kelakarlah kau ni.Kau kata kenapa 3 tan sri tak ambil tindakan perundangan ke atas si azwan tu kalau tuduhan itu tak benar.Itu maksud kau kan?Samalah kenapa pula najib bos kau tak ambil tindakan kepada wsj kalau artikelnya tidak benar.Konon acah2 nak saman hari selasa,sampai ke sudah tak saman2 juga.

Dah tu kalau benar kes ketiga2 tan sri tu dah kenapa pula polis tak ambil apa2 tindakan?Tak ke pelik tu?

Mahathir memang suka sarkastik dalam cakap2 dia.Mungkin kau tak faham lagi cara tun bercakap.Kita putarrr lagi halim!

Anonymous said...

Kalu dah asal dari tong ta*k..
Simpan dalam tong kaca pon tetap busuk bau nyer..

 
Blogger Templates