Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 17, 2016

JEFF OII BERBELIT-BELIT, MULA-MULA DIGODAM, KEMUDIAN DALAM KAWALANNYA SEPENUHNYA... LEPAS NI, DIA TAK MENGAKU DIA ADALAH JEFF OII PULAK!!!



Mula-mula dia nafikan yang dia telah menggunakan frasa yang salah dan dianggap biadap. Dia sebaliknya turut memuatnaikkan maksud frasa 'ADIOS' ketika bertekak dengan Lim Sian See di wall Facebooker tersebut. Apabila semakin ramai yang menghentamnya, manakala golongan yang selama ini bermati-matian membela DAP dan dia sendiri, mendiamkan diri, Jeff Oii berubah nada. Apatah lagi setelah Lim Sian See mencabarnya agar tidak memadamkan kenyataan di dalam Twitternya.

Kemudian, dia mengatakan Twitternya telah digodam dan kenyataan itu bukan kenyataannya. Setelah bertali arus serangan dibuatnya ke atas Lim Sian See yang telah menelanjangkannya, kemudian, dia membuat twitt baru yang lebih lunak bunyinya hampir 8 jam kemudian. Tidak lama selepas itu, twittnya yang menimbulkan polemik, telah dipadamkan dan dia kembali bercakap seolah-olah dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan biadap itu.


Menyedari dia menjadi mangsa kecaman, Jeff Oii cuba menafikan perbuatannya. Dia menyalahkan penggodam dan cybertrooper pihak lawan. Kononnya twitter peribadinya telah digodam dan kenyataan itu bukan miliknya.

Namun sekali lagi dia berbelit apabila mengakui, Twitter dan Facebook peribadinya adalah di bawah kawalan dia sendiri sepenuhnya. (RUJUK SINI)

Banyak pihak yang mengecam, bahkan mencemuh perbuatan Jeff Oii yang sangat biadap dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras itu. Beberapa laporan polis telah dibuat berhubung kebiadapannya.



Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan Jeff Oii sebagai Ahli Parlimen paling biadap di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertamadun.

Jeff Oii sebelum ini melabelkan kakitangan awam sebagai KUCING KURAP yang sangat hina.

Lebih hina lagi ialah apabila tiada seorang pun pemimpin DAP, selain mendiang Karpal Singh yang berani menegur perbuatan dan tindakan Jeff Oii.

4 comments:

Anonymous said...

UMNO yg bersuara..PAS mana..TELOR DAH HILANG KE..
Cina ni dah patut diajar cara cara hidup dlm masyarakat majmuk..Takde ke melayu yg bolih buat gila..SNIPER

Anonymous said...


Ya tiada komen DAP bahkan 'OOO likes(?) yang tersurat
dan banyak lagi tersirat drp mereka orang kafir


M Zin
Alor Gajah DPH

Anonymous said...

Kalau tak tipu memang bukan jenis bangsat thePig... Tipu dapat pahala dan kalau tak tipu itu berdosa... Hari hari mau tipu maa...

Anonymous said...

cina ini umpama wakil dr gereja dalam masyarakat cina di penang. inikah yang diajar oleh kepercayaan trinity kamu. menhina orang yg telah meninggal dunia. harap-harap rajin rajin lah buka kitab bible yg di pegang itu. atau pun kitab bible itu membenarkan penghinaan atas orang yg telah meninggal dunia...?

 
Blogger Templates