Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, September 7, 2016

APA YANG PEGUAM WANITA 'JARI TENGAH' INI TAKUT SANGAT DENGAN HUDUD SAMPAIKAN PENGUKUHAN MAHKAMAH SYARIAH PUN JADI ISU SENSITIF KEPADANYA!!!



Peguam dan aktivis Siti Kasim tidak menyesal menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah Isnin lepas.

Menurut Siti, jari tengahnya ditujukan khas untuk “Islamis jahat” dan “si bodoh yang dicuci otak” yang hadir memenuhi ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’.

Tidak seperti wacana lain yang pernah disertainya, Siti menjelaskan golongan yang menghadiri wacana anjuran Kumpulan Karangkraf itu percaya mereka sedang menegakkan undang-undang Tuhan, oleh itu tidak boleh terima pertentangan pendapat.

“Sudah banyak forum yang saya sertai. Saya pernah ajukan soalan yang mengesankan tetapi saya tak sangka suatu hari nanti saya akan tunjuk jari pada penonton wacana,” katanya di Facebook malam tadi.

“Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat layak terima lebih daripada itu.

“Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?”

Menurut Siti, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, salah seorang pembahas di wacana itu, kelirukan penonton semasa menjelaskan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355.

“Pembahas daripada PAS dan Umno bertegas ia bukan rang undang-undang hudud. Walaupun bukan rang undang-undang hudud tetapi ada kena mengena dengan hudud.


“Tanpa rang undang-undang menghadkan hukuman mahkamah syariah, mereka tidak akan dapat menjalankan hukuman yang tertulis dalam enakmen hudud mereka.”

Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom nafi dakwaan itu, menjelaskan pindaan bertujuan menambah kuasa mahkamah syariah berhubung kesalahan yang dinyatakan dalam Akta 1965.

Siti bagaimanapun mendakwa rang undang-undang yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi kuasa tanpa batas kepada mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman hudud yang lain.

“Kesalahan hudud termasuk kesalahan zina (seks tanpa nikah), qazaf (membuat tuduhan zina yang tidak benar terhadap orang lain), syrub (minum arak) dan irtidad atau riddah (keluar agama) dan menurut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II) (1993) 2015, hukuman untuk kesalahan tersebut adalah rotan antara 40 hingga 100 kali.


“RUU mahu menggantikan Seksyen 2 Akta 355 dengan seksyen baharu yang nampaknya meluaskan skop bidang kuasa jenayah mahkamah syariah, yang secara sedia ada terhad kepada kesalahan oleh penganut terhadap Islam,” dakwa Siti.

Mereka yang pertikaikan bantahannya terhadap undang-undang Islam, Siti menjelaskan perbuatannya menjawab undang-undang ciptaan manusia.

Tambahnya orang Melayu dan penganut Islam perlu dibenarkan berbincang hukuman yang ditetapkan, serta mencadangkan mereka diberi pilihan mahu diperintah undang-undang sekular atau undang-undang agama.

“Saya enggan diperintah undang-undang ciptaan manusia yang menggunakan Islam sebagai dalih. Mereka cuba dagangkan Islam. Kita tertipu lama dah.

“Saya tahu tidak mudah untuk meyakinkan golongan pelampau kerana otak mereka sudah dibasuh ustaz, mullah dan sistem kita.

“Mereka asyik brkata mengapa kita mahu halang mereka amalkan agama mereka, jadi kita tak boleh sekat mereka. Orang Melayu yang tidak mahu diperintah oleh undang-undang agama ciptaan manusia, perlu dibolehkan untuk berbuat demikian.

“Saya tidak akan tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia yang menyamar sebagai Islam.”



3 comments:

Anonymous said...

LOL! Tengok muka dia, ada mirip babi tonyok Miss Piggy dari Sesame Street tak?
Kalau betina sundal ni tak mahu hidup di bawah undang2 Islam, bagaimana pulak dgn mereka yg mahukan undang2 Islam dipraktikkan? Kenapa betina sundal ni nak menidakkan hak umat Islam yg lain?

Inilah bahayanya puak2 yg otak dah dikapirkan. Sama macam 'Syed pencinta gereja dan anjing' atau Marina Gereja...Semuanya yg Islamik dihina dan ditentang. Semuanya yg kapir dan gereja dipuji dan diperjuangkan.

Anonymous said...

Pesalah je yg takut klu undang2 dikuatkuasakan. Yg tak bersalah tak kalut pun.

Anonymous said...

Klw tak nak "tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia yang menyamar sebagai Islam.” kononya...
Cubalah perjuangkan perlaksanaan undang2 islam sebenar yg dimaksudkan tu...klw tidak...
Ni ler contoh Dajjal berwajah manusia..

 
Blogger Templates