Namun mereka telah berjaya. Mereka berjaya memungut dua pingat emas dalam sehari. Mereka telah menaikkan Jalur Gemilang di puncak. Mereka telah memperdengarkan Negaraku di dalam stadium antarabangsa di Rio.
Dengan rekod dunia yang telah dipecahkan, rupa-rupanya kejayaan ini tidak cukup untuk dibanggakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Berita-berita di dalam portal-portal berita yang seringkali memberi ruang yang sangat besar kepada politik, langsung tidak menunjukkan minat. Manakala para pemimpin politik pula yang terkinja-kinja dan memberikan pelbagai komen-komen hebat semasa beberapa orang atlet Malaysia berjaya meraih pingat perak dan gangsa pada Olimpik yang lepas, tiba-tiba sahaja jadi seperti orang bangang.
Malangnya, double-standard terus berlaku.
Barangkali kalau Lee Chong Wei kelmarin menang pingat emas, mungkin sambutan yang diberikan kepadanya, samalah seperti yang diterima oleh Tunku Abdul Rahman dan rombongannya balik dari London dengan kejayaan memperolehi kemerdekaan daripada British!!!
16 comments:
Kerana yang menang pingat adalah orang Melayu. Cuba orang lain,
Takpelah kalau ramai yg tak tahu. Yg penting dapat sejuta dan bulanan 5k. Apa lagi nak? Balik nanti ada gak yg akan arak ke hulu ke hilir. Masa tu ramai akan tahu dan akan ada yg mengaku sedara mintak derma...
Bhai lu nya boss mesti suka lu keluarkn entry camni...yelah kan ke pm skrg tun@situa nyanyuk tu...mesti najib dan zahid bangga dgn lu...
Atlet oku mengharumkan nama negara..
Najeeb? Memalukan negara.
Kesimpulan..najeeb lebih hampeh dari orang oku.
Hahaha
Selamat menyambut eid adha. Kita sama berdoa semoga Allah beri perlindongan kpd kita dan negara dari ancaman dalam dan luar negara. Aamiin.
Pecah rekod dunia harus mendapat bonus selain skim yg dijanjikan. Harap Menteri Sukan dapat pertimbangkan jumlah yang selayaknya.
Fizikal pelari 100 meter dari negara Cina sebijik macam Usin Bolt tapi pelari Malaysia meluru dari belakang dengan yakinnya untuk memotong pelari Cina di 10 meter terakhir. Syabas buat "Usin Bolt Malaya".
Tak ehh.pm Najib dah wish awal lagi tu...kami orang Umno sangat teruja.dan bangga sangat tau
Fuh lompat jauh juga cipta rekod dunia. 2 rekod dunia dalam satu temasya afalah satu yang extraordinary. Syabas Menteri Belia dan Sukan.
Bos Bunga sering merendah rendahkan Melayu itu dan ini. Ia langsung tidak menaikkan semangat anak bangsa. Sebab itu semasa dia berkuasa tiada emas dan tiada rekod yang pecah.
Kalau Melayu diberi peluang berdasarkan merit bukan saja rekod olimpik waima rekod dunia mampu dicatatkan. Era para Pembesar mensasarkan dan mengaitkan Melayu dengan sifat sifat negatif harus dinoktahkan.
Kalau Rumah Putih boleh beri sambutan negara untuk pemenang pingat emas sukan olimpik, sambutan serupa mungkin diberikan di Seri Perdana. Untuk rakyat apa kata kalau Khamis ini cuti peristiwa?
Tiga anak melayu..kamu wira sejati..SYABAS dan tahniah..untuk YB KJ..kamu lah yg sebenar membakar semangat mereka...syabas
sebenarnya bila kurang perhatian lah maka seseorg itu cuba sedaya upaya utk dptkan perhatian...tgk mrk dah terkenal skrg berbanding sukan yg terlampau diberi harapan akhirnya hampeh...
ko nak isteri ko yg mata jeling,kaki kudung bisu dan sebagainya? retorika kadang2 boleh memualkan.intai2 diri sendiri dlm menghakimi org lain.Apapun artikal diatas baik dlm memperjuangkan nasib oku.
Setinggi2 tahniah kpd Menteri Belia Dan Sukan KJ. Kamu lah pembakar semangat kpd wira paralimpik yg telah berjaya. Satu rekod kejayaan bagi negara tercinta. TAHNIAH
Post a Comment