Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, September 11, 2016

MUHYIDDIN YASSIN SOKONG DAN IKRAR PEMBEBASAN ANWAR SEBAGAI AGENDA CAP BUNGA!!!



Sudah terdengar ura-ura akan ada satu perhimpunan besar-besaran membabitkan lebih 10,000 orang di Pagoh dalam tempoh terdekat nanti sebagai meraikan penubuhan Cap Bunga. Semua pimpinan utamanya akan hadir, termasuklah Mahathir, Mukhriz, Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin sendiri. Lokasinya adalah di kawasan tanah lapang Caltex, Gersik, Tangkak.

Gerakan membeli, memujuk dan menawarkan pencalonan kepada Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara sedang giat dijalankan selepas Ketua-Ketua Bahagian UMNO gagal ditarik masuk ke Cap Bunga.

Dari kenyataan awal, kononnya ramai ADUN dan Ahli Parlimen UMNO akan menyeberang masuk ke Cap Bunga setelah pendaftaran parti itu diluluskan oleh ROS. Bagaimanapun, hal yang diheboh-hebohkan oleh jentera propaganda Cap Bunga, tidak menjadi kenyataan.


Dan kini, anak Mahathir, si Mukhriz yang banyak membiarkan ayahnya yang sudah tua untuk bekerja bagi pihaknya, telah pun mengeluarkan kenyataan baru yang tidak kurang sensasinya. (RUJUK SINI).

Mengambil contoh terbaik daripada apa yang berlaku di Gelang Patah, Mukhriz mengharapkan perkara yang sama berlaku di Kedah sekaligus membuktikan sakit hatinya kerana kehilangan kuasa selaku Menteri Besar Kedah, masih terus membekas di hatinya.

Justeru tidak menghairankan bilamana jentera-jentera propagandanya yang cukup ranggi semasa dia berkuasa di Kedah dahulu, kini menggunakan tong-tong kosong untuk berkempen kononnya, para pemimpin UMNO Kedah, ramai yang akan menuruti jejak Mukhriz, sama ada dipecat dari UMNO atau menyokong Cap Bunga secara sembunyi-sembunyi tetapi masih kekal di dalam UMNO.

Muhyiddin yang suatu ketika begitu bersungguh-sungguh menutuh Anwar Ibrahim dalam isu jenayah liwat, selepas disingkirkan dari UMNO dan kehilangan jawatan Timbalan Presiden UMNO, mula membuat u-turn dan sekarang ini demi mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli PKR, menyatakan partinya akan menyokong pembebasan Anwar Ibrahim. (RUJUK SINI)

Sekaligus, Muhyiddin cuba menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana fitnah dan konspirasi politik. Semua cakap-cakapnya semasa dia bergelar Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri sudah bertentangan apabila dia tidak lagi berada di dalam UMNO dan tidak lagi bergelar Timbalan Perdana Menteri.


Tidak menghairankan langsung apabila orang politik seperti Muhyiddin Yassin berubah nada kerana ada kepentingan peribadi yang mahu diraih.

Dan jangan pula terkejut sekiranya, tiba-tiba sahaja Cap Bunga bertukar menjadi gerakan fundamentalis Islam dengan memasukkan nilai-nilai Islam seperti anti rasuah, anti kronisme, anti segala-galanya yang mereka amalkan sebelum ini demi meraih sokongan daripada puak PAS pula.


5 comments:

Anonymous said...

kenapa nak bersumpah tak akan melakukan rasuah...

Macam bersumpah tak lakukan dosa

Yg dia buat fitnah lebih besar dosanya dari membunuh

Tak relevan langsung!!!

Mahathir dulu pun org kata kat rasuah dan krooni

Biasalah...rasuah berkaitan dengan kuasa dan kesempatan.

kalau masih ak berkuasa senang cakap pasal tak lakukan rasuah dan kalau tak ada kesempatan, dah tentu tak lakukan rasuah...

Tgk lah di Pulau Pinang dan Selangor, bila dan berkuasa DAP & PKR, merasuah juga...

Anonymous said...

Apsal kau mengelabah sangat ...admin?

Anonymous said...

Parti PAN n PARTI BUNGA RAYA adlah untuk ORANG yg KECEWA..

Anonymous said...

Kalau Anwar harus dibebaskan, siapa yg sepatut masuk dalam. Senarai nya mungkin spt ini: Rahim Thamby Chik, Ziela Jalil, Normala, Aziz Shamsuddin, Musa Hassan, Ghani Patil, Augustin Paul, Ariffin Jaka, Ariffin Dan ramai lagi hakim2 dua kali lima.Senarai ini begitu panjang Dan mungkin dlm lingkungan 100org. Inilah proses pembaharuan yg harus dilalui Negara. Sekarang taraf Malaysia sama dgn Zimbabwe krn artikel 153 yg melindungi kemungkaran.

juragan69 said...

Bhai...ketara sngtkn gelabah yg bhai tfk tunjukkn ...hahaha yg pnting masyukk tk hilang bhai,prinsip blh dibeli...

 
Blogger Templates