Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 29, 2016

KALAU TUAN IBRAHIM TUAN MAN YANG DILIHAT PRO-DAP PUN, DAH BENCIKAN DAP, MAHATHIR NAK BOLEH KATA APA LAGI?



Ada sesuatu yang sedang berlaku. Sesuatu yang sudah pasti tidak akan menyenangkan banyak pihak, terutama sekali DAP dan PKR kerana ianya membabitkan PAS. Sekaligus membuktikan bahawa ketakutan PKR dan DAP Selangor untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri, terletak kepada PAS yang dilihat mampu membuatkan mereka kehilangan kuasa dan keistimewaan selama ini.

Apabila kenyataan datangnya daripada orang yang dilihat paling liberal dan cenderung kepada PKR-DAP iaitu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ia sudah cukup memberi isyarat bahawa PAS sudah bersedia untuk memasuki kancah politik negara secara serius selepas membersihkan parti tersebut daripada anasir-anasir PAN yang masih bersembunyi dan menyamar sebagai ahli PAS.

Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang termasuklah 'sekutunya' PKR yang dikatakan sebagai mengambil kesempatan ke atas PAS. 

Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak menamakan individu atau parti yang dimaksudkan berkata, lebih baik PAS berkawan dengan pihak yang dapat menerima ideologi dan agenda mereka. 

"Lebih baik bagi PAS untuk bekerjasama dengan mereka yang ikhlas berbanding mempunyai hubungan dengan pihak yang hanya mengambil kesempatan ke atas kami," katanya. 

Timbalan Presiden PAS itu mengenangkan kembali perbuatan parti-parti sekutunya.. 

"Calon parti tersebut berbaris, tetapi jentera dan pekerja parti langsung tidak kelihatan. Lebih teruk, parti inilah yang telah menghumban poster-poster calon dan bendera-bendera parti kepada kami dan kemudian menyuruh kami menyelesaikannya. Kami tidak kisah sekiranya parti tersebut baru berusia setahun atau dua tahun, tetapi parti ini sudah tertubuh lama tetapi hanya muncul pada musim pilihanraya," katanya.

PAS sebelum ini diejek-ejek kerana menjadi 'barua' UMNO, malahan PAS juga dituduh telah 'didedakkan' sebanyak RM90 juta oleh para pemimpin dan penyokong DAP. 'Dedak' yang kononnya disuap oleh Najib kepada Hadi Awang itu, asalnya dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir yang cuba memberi tekanan agar PAS akur kepada pakatan barunya.

Lebih menarik lagi ialah apabila PAS 'dipaksa' untuk menyerahkan sebahagian kerusi yang ditandinginya kepada Cap Bunga yang dipengerusikan oleh Mahathir dan dipresidenkan oleh Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Tantawi menolak paksaan Cap Bunga agar PAS bergabung di bawah satu bendera dengan parti-parti pembangkang lain bagi tujuan menumbangkan UMNO-BN pada PRU akan datang. Ini adalah kerana PAS enggan bekerjasama atau menjalinkan hubungan dengan DAP lagi.

Menurutnya, walaupun PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-manaa kumpulan yang mahu membawa perubahan kepada negara ini, bekerjasama dengan DAP merupakan satu kesilapan besar yang tidak seharusnya diulangi. (RUJUK SINI)

Nasruddin turut menegaskan, PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada mana-mana parti pembangkang lagi walaupun parti-parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan. 

"PAS akan bertanding di 'kerusi PAS' Jikalau mana-mana pihak yang turut bertanding di kerusi yang sama, kami tidak akan berundur sama sekali."

.

4 comments:

Anonymous said...


Hah masih ingat 'Amanat Hadi',

"Kita menentang Umno (baca Mahadir) bukan kerana ia bernama Umno (baca Mahadir), kita menentang Umno (baca Mahadir) kerana dia (baca Mahadir) menolak Islam ("....kalau Melayu hendak maju, Islam oleh kerana itu hendaklah diketepikan", Malay Delima - Mahadir).

Bagi aku ini Hadi tujukan khusus pada Umno Mahadir, tidak pada Umno Tun Razak, Umno Pak Lah, juga Umno Ds Najib. Buktinya dia tiada masaalah dgn Umno versi tiga presiden umno ni.
Juga bagi aku ianya juga merupakan peringatan kpd Pas versi Kelantan group yg label Umno sbg 'kafir' dlm ceramah dia orang.
(note : Hadi tak pernah labelkan Umno sbg 'kafir', ada geng2 lain dlm Pas yg kata seperti yg bergear 'tukul besi' 'tok wali' dsb sehingga sanggup buat majlis 'solat' kutuk Umno).

Sekarang Hadi berkuasa penuh dlm Pas, maka sewajar lah parti2 serta geng2 yg menolak Islam dijauhi oleh Pas versi Hadi.

Nota 2: aku suka sgt tgk foto Hadi bersama Naib dan Timbalan Syeikh al Azhar akrab sepentas.

Anonymous said...

Bila Melayu berteguh hati..... musuh agama akan keciciran Dan hilang arah tuju. PAS UMNO hanya sekadar musuh wadah politik..... namun keteguhan seagama sebangsa senegara akan memenangkan salah satu antara mereka..... meninggalkan musuh tanpa ikhsan.

Anonymous said...

Sokong pas!!! Cukup2 lh anda dipergunakan, dperalatkan oleh pmbngkng jahil tu... Dan jgn trgoda dgn pujuk rayu situa tun m..

Unknown said...

Pada dasarnya melayu umno dan pas tiada masaalah bekerjasama demi agama bangsa dan negara.yang menjadi masaalah ialah melayu yang tidak mahu umat islam bersatu.

 
Blogger Templates