Walhal Mahathir juga mengaku, angkara dialah, Yang Di-Pertuan Agong tidak diperlukan untuk kelulusan mana-mana akta.
Sekarang, para penyokongnya cuba menyalahkan Najib dan mahukan Najib meninggalkan legasi Mahathir yang berbuat sesuka hati dan mengenepikan Yang Di-Pertuan Agong. Mereka mahu Najib kembali ke zaman sebelum Mahathir tetapi pada masa yang sama, antara alasan mereka menentang Najib adalah kerana Najib tidak meneruskan legasi Mahathir.
Dalam bahasa yang lebih mudah, Mahathir boleh buat, tetapi Najib tidak boleh!
Salah seorang loyalist Mahathir yang pernah menjadi Menteri Penerangan yang sangat terkenal dengan bahasa tunggang-langgangnya memarahi Al-Jazeera, Zainuddin Maidin berkata Mahathir adalah seorang HAIWAN POLITIK (political animal).
Untuk mengendurkan kenyataannya itu, dia kata Mahathir berjiwa besar dan sanggup mengenepikan masalah peribadinya dengan Anwar Ibrahim sebaliknya memberikan tumpuan kepada penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam negara ini.
Anehnya, orang seperti Zainuddin Maidin langsung tidak berani bertanya, dari mana datangnya kemampuan memiliki harta-harta serta rumah-rumah mewah Mahathir Mohamad termasuklah ladang kuda di Argentina. Malah orang seperti dia juga, seringkali membangga-banggakan anak-anak lelaki Mahathir kononnya mereka kaya kerana mereka berniaga walaupun pada masa yang sama, mereka tidak menyebut langsung tentang kontrak-kontrak kerajaan termasuklah hak pemonopolian seperti yang dinikmati oleh Mukhriz Mahathir menerusi syarikatnya, Opcom. Walhal kesemua kontrak dan keistimewaan tersebut diperolehi oleh anak-anak Mahathir semasa dia masih jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Tetapi yang paling menarik ialah alasan yang diberikan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengatakan, tidak salah malah dituntut oleh Islam.
Bab lain yang dituntut oleh Islam, tidak akan disentuh oleh Ibrahim Ali tetapi kalau Mahathir sahaja, maka segala perbuatannya sangat Islam. (RUJUK DI SINI)
Itulah yang orang kata, jangan banyak sangat bersumpah kerana akhirnya sumpah jilat punggung akan memakan diri. Ibrahim Ali sedang menjilat punggung Mahathir yang pernah disumpahnya dahulu.
Dijangka, esok akan ada banyak alasan-alasan yang menghalalkan perbuatan Mahathir dari puak Cap Bunga Raya. Malam ini mereka akan bermesyuarat, esok bertalu-talulah mereka akan mengatakan Mahathir sanggup mengorbankan dan mengenepikan maruahnya dengan memperjuangkan hak rakyat!
14 comments:
Apa rasa kahaknya apabila dia jilat balik. Senyum Anwar melihat Madey jilat kahaknya. Sekarang Moiden dah tak boleh pakai lagi, terpaksalah Madey minta Anwar selamatkan anaknya. Perkara yang tidak memeranjatkan, dah agak dah. Moiden pun diambang kena terajang oleh Madey.
tun gi mahkamah sebab tak setuju dgn akta MKN ..
yg lawan kes ... Anwar
dah jumpa sengih sengih .. salam gak la nnt org cakap sombong lak
anwar ingat tun nak backing dia .... tun ingat penyokong Anwar nnt boleh backing dia jugak...
penyokong tun .. huyeii huyeii
penyokong anwar pun .. hoyeii hoyeii
penutup cerita .. anwar balik sg buluh makan nasik kawah... tun cuti rehat kat siam dengan boboboi...
apa punya gila politik Malaysia ntah.....
Panas punggong dah parti cap keris.. hahaha
Orang bodoh tak boleh di ajar jer yg tak faham...
Tun dah kata dia bukan berdamai dgn Anwar, tak sokong Anwar jadi PM, tak anggap Anwar kawan. Bererti Amwsr tetap bersalah atas apa dilakukannya.
Tun cuma sokong tindakkan Anwar menentang Akta MKN yg disalah gunakan Najib Lanun Bugis Mappadulung Marangprabu Kebunden Barang Sekeper jer.
Susah sangat ka BAHLOL2 dan BONGOK2 semua nak faham???!!!
Tun M the Best of the Best of the Best!!!
Moidin adalah seumpama seekor kuda kepang yg bersemangat Panji Semerang tetapi lompatannya sentiasa tempang.
Sepatutnya Mahathir siasat dan pecat anwar lebih awal apabila ummi hafilda mengadu perlakuan anwar...bukan tunggu hanya bila anwar jadi ancaman pada dirinya dan ekonomi negara ketika itu...itu kah yg dituntut islam. Tak boleh selective dalam menegakkan kebenaran
Nampak sangat parti cap bunga raya tak dapat sambutan. Terpaksa bersahabat dengan peliwat. Azmin pula mau wang dan perempuan untuk berurusan. Moiden dah boleh tutup buku politik.
serius ... yg ni kelakor
Itu je ayatnya? Siapa panas siapa terbakar. Ibarat terpaksa berpaut pada taik hanyut kerana hampir lemas di arus politik yang deras... taikpun taiklah, janji boleh jadi pelampung...
Carilah apa2 hujah nk bagi kelakuan mahathir tu nampak cantik dan bermaruah. Selama 18 tahun mengata anwar macam2, tetiba kali ini buat muka tak malu mengendeng kat anwar. Hampir lemas ke?
Haram jadah.. Perjuangan yg kami buat 18 tahun dulu sia sia... Dah la masuk lokap seminggu, kepala luka habis duit beli mc... Alih alih la ni boleh com molot... Celaka.. Sumpah aku tak akan pangkah pakatan dlm pru14 nanti...
Hahaha....
Punya nak jatohkan sesama islam sanggup bersekongkol dgn ketua lgbt dan komunis. So menunjukkan dia sendiri dah jadi bapak lgbt dan bapak komunis.
Kemunafiqannya sudah keluar
He is not the best of the best.
The best of the best is prop mohammad s.a w.
He chose to be the father of komunis regretfully forgotten dapigs wont let all these go later. Korang ingat hati komunis seperti limkomunis senang2 nak lepaskan apa yg org politik seperti si munafiq
dah buat.
Jgn naive sgt...
Komunis lebih baik dari kapiltalis yg curi dan bunuh sekian lama . Kapitalis ori adalah Rothchild. Jangan pakai ungkapan komunis sekiranya falsafah nya tidak di fahami atau diterjemahkan dari kaca mata Amerika. Pada hari ini sebenarnya tidak ada Mekah kerana Mekah adalah di bawah Al Saud yg mendapat naungan Israel. Begitu lah cerita yg amat memalukan Wahabi yg menyembah Israel secara tidak langsung, Yang jaga keselamatan Arab Saudi dan keluarga beraja 12000 org yg malas adalah AS. Malulah makluk yg di gelar Wahami kerana taksub kpd keluarga pembunuh/penyamun Al Saud.
Post a Comment