Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 5, 2016

YANG BANGANG TEGAR SAHAJA AKAN KATA, EKONOMI MALAYSIA BANKRAP SEBAB TU CIMB TUTUP 23 CAWANGANNYA!!!



Di Malaysia, CIMB membuat keputusan untuk menutup 23 cawangannya di Malaysia.

Bank of America di Amerika pula telah menutup sehingga 23% dari keseluruhan 6,100 cawangannya di seluruh Amerika, sejak 2009 lagi, menjadikan bilangan cawangan mereka kini berjumlah hanya 4689 sahaja hari ini.

Di United Kingdom pula, 600 bank telah ditutup sejak setahun lalu sebenarnya.

Sebenarnya ini adalah kesan 'Letusan Digital'. Penutupan bank semata-mata tidak menggambarkan krisis ekonomi bagi sesebuah negara. Ia jauh sekali menyimpulkan bahawa sesebuah negara, Malaysia dalam kes ini hampir bangkrap dan mengalami kejatuhan ekonomi.

CIMB misalnya mencatatkan keuntungan saban tahun, petanda transaksi dan urusniaga perbankan rancak dan bisnes mereka bertambah baik.

Tetapi tidak dinafikan, dalam 'Letusan Digital' banyak kerjaya akan menjadi pupus dan jawatan tersebut tidak lagi diperlukan.

Urusan di kaunter bank, berdepan dengan Kerani Bank misalnya, sudah digantikan dengan perbankan internet. Duit tunai pula, digantikan dengan urusniaga menggunakan kad debit dan kredit.

Kurang pekerja, maka kos operasi cawangan fizikal meningkat, menjadikan mereka tidak lagi praktikal untuk wujud sebagai 'brick and mortar' seperti yang kita tahu.

Malah, 'Letusan Digital' bukan setakat memberi kesan kepada urusan dan kewujudan bank secara fizikal semata.

Uber dan Grabcar misalnya adalah 'Letusan Digital' yang mengesankan pemandu teksi, dan pendapatan mereka.

Begitu juga AirBnB, mengisi ruang kosong penyediaan perkhidmatan hospitaliti dan perhotelan. Syarikat hotel terbesar dunia ini tidak perlukan sebarang bangunan hotelpun untuk beroperasi. Trivago pula misalnya memudahkan pencarian hotel yang kita mahu dan mampu. Hotel dengan rating teruk dan harga tidak kompetitif, tidak akan bertahan lama.

Berapa ramai pula antara kita telah semakin bergantung kepada perniagaan melalui internet. Perniagaan tudung, sambal hitam, biskut dan kek raya, pakaian, mainan anak-anak, semua di internet sahaja. Ia serba sedikit mengambil peranan premis-premis perniagaan dan kedai-kedai. Surirumah kini lebih arif serba serbi tentang berniaga.

Khidmat mengambil gambar tak perlu lagi studio dan kedai gambar seperti dahulu. Tiada lagi keperluan untuk cucian gambar-gambar amatur. Tangkap dan cetak sendiri di rumah.

Penggunaan emel, socmed pula sedikit sebanyak mengambil alih tugas dan fungsi pejabat pos dan tenaga kerja berkaitannya. Tiada lagi Q panjang di Pejabat Pos, dan petugas kaunter pos pun lebih manis dan ayu senyumannya, kerana kurang tekanan kerja.

Bahkan, penerbitan akhbar pun, jika tidak mengikut arus 'Letusan Digital', banyak penerbitan pasti gulung tikar.

Hey, siapa tahu, jangankan pekerjaan di bank, pekerjaan kau dan aku pun mungkin boleh pupus kerana 'LETUSAN DIGITAL', tau.

-KAM-


8 comments:

Anonymous said...

Bangang ka!!!

Ekonomi Malaysia Bangkrap ka tidak ka!!!

Yang penting settle dulu kes 1MDB yang memalukan Bangsa dan Negara di mata Dunia!!!

Whatever its Lanun Bugis MUST GO!!!

Anonymous said...

nafi nafi nafi selagi bolih
bongkar bongkar bongkar

rm to usd dah 4rm lebih nk kelentong apa crite
jgn compare negara lain tutup bank they has no one mdb scandal

malaysia org tak cukup duit nak nyimpan dlm bank ,,,,tahu masih support
ada apa2 ke ???

Anonymous said...

Ok..kalau tutup 23 cawangan..mcmana dgn pekerja bank?

No 2 kalau org nak masuk duit? Beribu riban...nak guna cdm ke?

Jgn spin la..bukan sebab era digital..cimb da guna online dah lama dah..

Ted Manoff said...

Malaysia bankrupt? cerita lawak betul lah

Anonymous said...

Cerita malaysia nak bankrupt ni dari zaman semangat 46 lagi iaitu dengan slogannya selamatkan malaysia. Biasa la pembangkang nak gempaq rakyat. Lagi merana rakyat lagi seronok pembangkang.

Anonymous said...

org yg percaya malaysia nak bangkrap tu mungkin tak lahir lagi ketika bank negara di isytiharkan muflis pada pertengahan tahun 90an. kamu semua tak percaya? pergi tanya mahathir, daim dan nor mohamed. nak tanya jaaffar hussein, dia dah arwah.
zaman itu bukan setakat hilang 30b malah hingga beratus billion. malah lebih hebat skandalnya dibandingkan dengan 1mdb.

Anonymous said...

Taik kau kau tak nampak harga barang naik doh

Anonymous said...

bingai... ramai jer pekerja maybank yg kena buang. taikla ko letusan digital. aku guess percikan taik ko yg memalit ke dinding.. mybank ,cimb dn bank lelain sumer gne online kot.... ko tau tak nk gi kursus INTAN pon kena bayau. ko haper tau...

 
Blogger Templates