Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 20, 2016

JENIS BACA TAJUK DAN BUAT KESIMPULAN... ITU YANG DIMANIPULASIKAN OLEH MALAYSIAKINI DALAM ISU JAKIM VS PRETZEL DOG!!!




Gempar mengenai status halal 'Auntie Anne's', dan macam biasa apabila ianya bersangkut paut dengan badan penguasa bagi umat Islam, media pertama yang akan 'cover' mengenai benda ini adalah media alternatif.

Tak lain tak bukan, media alternatif bertaraf 'holy grail' bagi rakyat Malaysia. Malaysiakini.

Mari kita lihat tajuk yang diberikan oleh malaysiakini apabila mereka cover mengenai isu ini.


Tajuknya adalah: Exec: Auntie Anne's halal application rejected over 'Pretzel Dog'

Kalau dalam bahasa melayu, lebih kurang maksudnya "Permohonan Auntie Anne's untuk status halal ditolak kerana 'Pretzel Dog'.

Sungguh 'misleading' lagi mengelirukan.

Dan macam biasa melompat 'kawan-kawan' non muslim kita bila nampak tajuk, tersebut, Di antara komen-komen panas adalah seperti berikut :


1. Aliahkowmutu Mutuahkowali: Islam does not teach to hate dogs but fake islamists in malaysia do so to go against allah's words...in Surah al-Kafh there were mentioning of pious muslims with their dog, clearly this is not followed and they follow their own invented satanic verses they call hadiths

2.Jarden Mahendra : Hahahaha first ban pretzel dog
Then ban all BBQ flavoured snacks cos it sounds like BABI➖Cute
They're all not clean

3. Susantini Sugumar :Is it just because of the word "dog". Omg! Dont know to cry or laugh! 😂😂😂 Go ahead and ban hot dogs in Malaysia la. Make it simple. It may cause confusion and problem in future.

4. Eugene Kl: Nice, maybe they are reluctant to pay for the Halal certificate? Leave it to them to decide what is Halal and not not Jakim or Jais? They are just for $$$$$$$

Panas tengkuk aku nak copy paste satu. Kau orang bacalah sendiri (Rujuk gambar-gambar yang disertakan). Hmmm.

___________________________________________________


1. Jelas sejelasnya Exec Auntie Anne's Farhatul Jamilah telah menjelaskan bahawa, isu kenapa mereka belum dapat sijil Halal adalah kerana:

a. JAKIM meminta mereka untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

b. JAKIM mahukan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Ini adalah prosedur biasa seperti yang belaku pada Sushi King.

c. Dan akhir sekali baru beliau mention mengenai menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai.


Lihat bagaimana Malaysiakini menggunakan kaedah 'Cherry Picking' untuk mewujudkan perasaan prejudis kawan kawan non muslim terhadap JAKIM secara khusus dan juga perlaksanaan Halal secara amnya.

Makin confius lah mereka dibuatnya.

Jahat sungguh, kalah syaitan.

Walhal apa yang dilakukan JAKIM adalah selari dengan prinsip Islam untuk berhati hati dalam membuat keputusan lebih lebih lagi jika ia melibatkan kemaslahatan umat.

Malaysiakini tahu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa adalah rakyat MalasCa (malas + membaca).

Mereka tahu bahawa majoriti rakyat MalasCa eh Malaysia hanya akan baca tajuk dan terus membuat kesimpulan tanpa membaca isi kandungan berita yang akan dibawa.

.
2. FYI, tujuan aku mengumpul komen komen sebgini bukanlah untuk mewujudkan kebencian sesama rakyat Malaysia, tapi aku nak tunjukkan bagaimana media yang kononnya menjadi harapan untuk menjadi saluran alternatif bagi rakyat Malaysia ini seringkali mewujudkan ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam secara tidak sedar.

Agar kita boleh mengenali permainan manipulasi dan meracun emosi kebencian yang sering dimainkan oleh mereka.

Berhati-hatilah kalian. Janganlah menjadi bidak bidak agen pembenci sebegini.


3. Ada diantara kita yang akan emosi dan berkata, kenapa ada rakan rakan non muslim kita sanggup melontarkan komen komen sebegini, apakah mereka benci pada kita?
Nanti dulu.

Bukan semua dari mereka berperlakuan begini.

Jangan pukul rata.

Sikap begini bukan terhasil dalam satu hari,

Its a results from a chain of event.

Percayalah.

Ini lah hasil daripada suntikan-suntikan halus dan juga momokkan momokkan karut (omputeh panggil 'fear mongering') yang menjadikan ada sebahagian daripada kawan kawan non muslim kita berada dalam keadaan 'fear of the unknown' yang seterusnya menjerumuskan golongan mereka ini ke dalam perangkap prejudis dan di dalam kes ini jelas ada diantara mereka sudah terbelenggu dengan penyakit Islamophobic.

Kasihanilah golongan seperti ini, kerana sebenarnya mereka sedang hidup dalam sebuah kebodohan dan ketidaktahuan.

Janganlah kita pula membenci membabi buta.
.
.
.
.

4. Buat rakan rakan non muslim yang memberikan komentar-komentar seperti diatas, fahamilah kami orang Melayu Islam sangat sayang akan agama kami.

Dan sungguh tidak wajar untuk kamu yang tinggal dinegara yang 67% rakyatnya beragama Islam untuk tidak memahami hati budi kami. Aku pasti yang kita pernah berlaga bahu mahupun punggung diantara kita samada di sekolah,pasar malam, lowyat, KLCC mahupun di panggung wayang.

Nasihat aku, jika kamu tidak mengetahui, bertanyalah. Elakkan untuk memberi komen komen yang boleh menyakitkan hati.

Hentikanlah sikap prejudis kamu. Kerana jika kita begini, sampai bila bilalah kita tidak akan mampu untuk bersama maju kehadapan.
.
.
.
.
5. Kepada orang Islam, terasa lah.

Terasalah akan permainan media media seperti ini yang saban hari cuba mengikis reseptor sensitiviti kita sebagai orang Islam mahupun Melayu.

Apa tujuan mereka buat begini?

Mudah.

Untuk mewujudkan ketidak percayaan kita terhadap badan agama kita yang seterusnya akan menghakis sistem belief kita untuk terus beramal dengan agama kita.

Menggambarkan bahawa badan penguasaan Islam/Melayu itu kolot menyusahkan dan dungu.


Lihat saja, di gambar yang aku sertakan ada juga orang 'kita' yang memberi komen sinis mengenai JAKIM dan definisi pelaksanaan agama semacam mereka tidak lagi percaya dengan badan agama dan prinsip halal itu sendiri.

Inilah goal mereka.

Ada juga diantara kita yang akan cuba mengaitkan isu ini dengan isu isu lain seperti rasuah, ketirisan dan sebagainya (Wallahi aku juga benci akan rasuah).

Mereka akan menggunakan hujah falasi logikal jenis "red herring" untuk menarik sistem belief dan keyakinan kita terhadap pelaksanaan Islam oleh badan penguasa seperti JAKIM dan lain lain.

Berhentilah kalian daripada terus menjadi golongan apologetic muslim/guillible Muslim.

Kerana sesungguhnya kalian sedang membantu mereka mencapai 'KPI' mereka.

.
.
.
.
6. Akhir sekali, akan ada umat Islam sendiri yang akan berbunyi,

"Hiraukan mereka bro. Tak yah acah-acah nak pertahan Islam sangat."

Islam tidak memerlukan aku untuk mempertahankannya.

Cukuplah Allah sebagai penjaganya.

Dan ketahuilah kalian aku bukanlah sedang pertahankan JAKIM mahupun Islam.

Tapi

Aku sedang mempertahankan hak/kemudahan aku untuk mempraktikan Islam sebagai cara hidupku.

Titik.


4 comments:

Anonymous said...

Jatuhkan hukum malaysia kini dan orang kafir terlibat sebgaii kafir harbi. Senang cerita.........

Anonymous said...

yg tukang komen2 tu cuba tambah perkataan dog atau anjing di dalam nama mereka. agak2 JPN akan benarkan tak nama mereka didaftarkan dalam surat beranak mereka. aku cabar mereka tambah nama 'anjing'itu dalam nama anak mereka nanti. amacam. tak perlu halal dalam nama kan.

Anonymous said...

Saya tetap pertahan dan sokong JAKIM.. org sekarang/dunia sekarang penuh daya bermcm daya tapi daya muslihat yg teramat parah..lihat betapa byk mknan tak halal yg tersebar..kita ingat halal...yg dah dpt halal pun boleh ditarik balik.. boleh pulak tukar produk lain dah tak halal..syoooookkkk je kita sumbat dlm mulut...

Utk yg beragama Islam...saya pun sama nak tahu...dah berapa lama co. Ni WUJUD.....sejak ditubuh dan maju merata alam, yg ko org semua tergila gila suka mkn bebenor...bila co. ni mintak sijil HALAL...

Jika kita baca ada yg mudah nak letak kesalahan ke org lain... bukan je babi, kita pun ada dgr daging buaya pun boleh diguna padahal dah dpt halal...

Kata org ada negara tertentu guna daging babi, anjing, buaya dan tikus, taukah kita selama ini kita hanya uji DNA BABI...terfikirkah kita dna dna lain... jika ada yg buat lapuran ada tikus mungkin kita cek dna tu...kalau tak??? moga moga kita terselamat dr itu semua...

Hamya kita ni jgn mudah jd pak mak latah.... bila dah terkantoi, org dah persoal, biasalah cari seribu alasan...lain kali kalau takut perniagaan tu jatuh, cepat la mintak sijil ...uruskan segera HALAL tu.. sesapa pun bila org mintak dokumen tu cepat uruskan...jgn bila org tanya dah viral...mula bagi jawapan seolah olah org lain buat hal...

Anonymous said...

Umat Islam perlu bersatu hadapi golongan yg mempersendakan Islam.

 
Blogger Templates