Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 21, 2016

MURSYIDUL AM PAS SAKITKAN HATI GUAN ENG-KIT SIANG DAN MAHATHIR BILA NYATAKAN, PAS TAKKAN BANTU JATUHKAN NAJIB!!!



Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin semakin menambahkan kebencian pakatan yang diterajui oleh DAP dan Mahathir apabila sekali lagi mengulangi kenyataan yang sebelum itu dikeluarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan membantu menggulingkan Najib Abdul Razak.

PAS menurutnya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak.

Itu yang terkandung dalam ucapannya di Kota Bharu malam tadi. Sekaligus melebarkan lagi permusuhan antara DAP dengan PAS dan mengecewakan Dr. Mahathir serta Muhyiddin Yassin yang berharap, PAS akan menggerakkan ahli-ahlinya untuk demonstrasi BERSIH pada November nanti.

Menurut Hashim Jasin, sebuah parti yang baru ditubuhkan telah mempelawa PAS untuk bersatu dan memastikan satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Namun, PAS tidak akan bekerjasama dengan pihak lain semata-mata untuk menumbangkan kerajaan atau menggantikan Perdana Menteri memandangkan ini tidak akan menguntungkan PAS.

Dalam sebuah majlis di Shah Alam minggu lepas, Pengerusi Cap Bunga, Dr. Mahathir berkata, satu-satunya cara untuk mengalahkan Barisan Nasional adalah dengan mengumpulkan semua parti pembangkang di bawah satu simbol, satu manifesto dan seorang calon.



Pada BERSIH 4.0 yang menyaksikan PAS tidak mengambil bahagian dan tidak menghantar ahli-ahlinya seperti dalam demonstrasi-demonstrasi BERSIH terdahulu, telah menimbulkan kemarahan para penyokong DAP. Para penyokong DAP telah menjadikan gambar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai sasaran untuk dihina, dicemuh, bahkan Abdul Hadi Awang difitnah menerima upah dan rasuah daripada Najib Abdul Razak dan UMNO.

PAS yang suatu ketika dahulu ditatang dan dipuja oleh DAP, bahkan perjuangan PAS turut didokong oleh DAP, menjadi bahan belasahan apabila PAS meneruskan iktikad untuk memperkemaskan perjuangan mereka. DAP cuba menggertak PAS walaupun hakikatnya, kekuatan DAP sebenarnya datang daripada PAS, bukan sebaliknya dengan menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat, bahkan Pakatan Rakyat dilupuskan oleh Lim Guan Eng.

Kini, PAS 'maju setapak lagi' dalam perjuangan barunya yang memperagakan politik matang. Kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS itu, selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Abdul Hadi Awang pada Jun tahun ini yang telah menolak tawaran 'dedak' Mahathir.

Menurut Hashim, PAS akan mengetuai, bukannya mengikut.

"Kita tidak boleh membiarkan pihak lain mengepalai kita. Kita yang memimpin mereka." (RUJUK SINI)


3 comments:

Anonymous said...

Bijak politik dan bijak ilmiah adalah dua perkara yang berbeza. dalam politik kebijaksanaan di nilai menerusi jumlah para pengikut sementara dalam ilmiah kebijaksanaan dinilai menerusi "markah" yang diperoleh. Justeru dalam politik, siapa yang paling bijak berpolitik akan meraih paling ramai pengikut. Dan secara lojiknya pihak yang paling ramai pengikut harus mengetuai puak yang baru ditubuhkan dan hanya didiami seciput ahli.

Anonymous said...

Ianya menepati ungkapan ini: "seburuk-buruk persepsi di depani parti keramat, matlamatnya lebih baik dan murni berbanding persepsi baik yang dimiliki parti cauvinis walhal matlamatnya adalah buruk dan keji sekali".

Anonymous said...

Harta rampasan perang (Al-'Anfāl):73 - Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar.

 
Blogger Templates