Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 25, 2016

SHAFIE APDAL DAN HUSNI HANADZLAH MEREALISASIKAN TEORI, 'HILANG JAWATAN JADI BANGANG'!!!



Husni Hanadzlah 'berjaya' menarik minat terhadap soalan yang diajukannya di Parlimen. Namun pada masa yang sama, cerita tentang merajuknya dia kerana dipaksa berpindah Kementerian dan kehilangan jawatan Menteri Kewangan 2 telah lama kedengaran.

Dan terbaharu pula, rajuknya dikatakan bermula apabila projek sambungan Lebuhraya NEP yang 'dikerat' oleh Perdana Menteri, menjadi penyebab kepada serangannya ke atas 1MDB. Pendedahan tersebut dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin DI SINI

Benar atau sebaliknya dakwaan tersebut, yang pasti, syarikat terbabit sememangnya mengandungi nama anak lelaki Husni Hanadzlah dan syarikat tersebut sememangnya terlibat dalam projek lebuhraya yang bernilai RM2 bilion. 

Selain Husni Hanadzlah, seorang lagi adalah Shafie Apdal. Tangkapan melibatkan dua orang pegawai tinggi Jabatan Air Sabah dengan nilai wang tunai dan emas lebih RM100 juta, sememangnya menggemparkan. Dan lebih menggemparkan lagi ialah, kes tersebut mempunyai kaitan dengan BALB yang berada di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berada di bawah Shafie Apdal ketika dia menterinya. Penjelasan mengapa BALB berada secara langsung di bawah KKLW dan bukannya kerajaan negeri telah dibuat oleh Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah. (RUJUK SINI) dan (SINI)

Semuanya kerana kepentingan, tetapi demi mengalihkan perhatian daripada kes masing-masing, maka 1MDB dijadikan sebagai sasaran serangan. 



Hari ini merupakan hari di mana saya berharap saya adalah Ahli Parlimen dan boleh menghentam Shafie Apdal di Dewan Rakyat. 

Shafie telah melakukan banyak pembohongan di Parlimen dan dia perlu disanggh atau pun dikenakan tuduhan menghina Parlimen kerana mengulangi pembohongan dan fitnah. 

Antaranya ialah: 

1) Shafie mendakwa 60% Bandar Malaysia telah dijual kepada China. 
Ini tidak benar. 60% Bandar Malaysia telah dijual dengan nisbah 60:40 kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan kumpulan China Railway.

Pemegang-pemegang saham IWH terdiri daripada 40% Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ - Kerajaan Negeri Johor) dan 60% Credence Resources (Tan Sri Dato' Lim Kang Hoo). 

40% 1MDB atau MOF Inc (di mana saham-saham sepatutnya dipindahkan), 36% IWH dan 24% CREC.  Justeru, pemilikan projek tersebut sepatutnya 76% rakyat Malaysia dan 24% China. 

2) Shafie mendakwa 1MDB hanya menggajikan Arul Kanda dan tidak mewujudkan kerja-kerja kosong sedangkan bail-out Proton dan MAS menyelamatkan banyak pekerja. 

Pertama, tidak seperti Proton dan MAS, Kerajaan tidak pernah bail-out 1MDB. 

Barangkali Shafie Apdal tidak pernah pergi ke Sendayan untuk melihat sendiri pangkalan udara baru yang sedang dibina atau 7 lagi fasiliti ketenteraan di seluruh negara ini yang sedang dibina oleh 1MDB sebagai perjanjian mereka dengan MINDEF?

Atau ribuan pekerja di TRX sekarang ini yang bertungkus-lumus menyiapkan projek atau puluhan kerja lain yang akan diwujudkan apabila TRX memulakan operasi memandangkan pelaburan luar telah pun diterima daripada Australia, Indonesia dan Hong Kong.

Yang pastinya, bukan hanya Arul Kanda yang bekerja di sana. 

Bail-out MAS pula dibuat oleh Mahathir kerana salahpengurusan. Proton, sekalipun mewujudkan kerja kosong, turut membebankan rakyat dengan kos yang sangat tinggi apabila rakyat terpaksa membayar lebih bagi mendapatkan kereta di bawah standard dan berharga lebih selama berdekad-dekad sehingga mencecah kos bernilai RM300 bilion. Ada pendapat yang mengatakan sekiranya Proton tidak di'bail-out', Perodua atau syarikat-syarikat pemasang kenderaan lain akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Wang yang disimpan oleh rakyat boleh digunakan untuk pelaburan yang lebih produktif yang turut akan mencipta peluang pekerjaan. 



3. Shafie mendakwa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin dan telah tersalah urus. 

Jauh daripada kebenaran, Sabah mencatatkan pertumbuhan gaji kedua tertinggi iaiatu 37.5% dan Sarawak mencatatkan pertumbuhan gaji sebanyak 26% semenjak 2010, berbanding Pulau Pinang 17.2% dan 20.8% di Selangor. 

Malah berdasarkan pendapatan rumah media, Sabah sekali lagi mencatatkan pertumbuhan pendapatan isi rumah sebanyak 81.3% manakala Sarawak mencecah 57.8% di mana kedua-dua negeri tersebut jauh mengatasi Selangor dan Pulau Pinang. 

Berdasarkan GDP Perkapita, Sabah dan Sarawak bukanlah negeri-negeri termiskin. Malahan Sarawak adalah negeri ke-4 terkaya dan mempunyai GDP Perkapita berjumlah RM44,000 yang sama dengan Pulau Pinang. manakala Sabah pula mencatatkan RM19,700, lebih tinggi berbanding Kedah dan Kelantan. 

Kadar kemiskinan tegar Sabah menurun dari 19.2% pada 2009 kepada 3.9% pada 2014. Manakala kemiskinan tegar di Sarawak menurun dari 5.3% kepada 0.6%.

Sabah mencatatkan simpanan tunai RM2.33 bilion pada 2014, hampir dua kali ganda berbanding Pulau Pinang manakala Sarawak memiliki simpanan berjumlah RM27 bilion pada tahun 2014, iaitu lapan kali ganda berbanding Selangor.

Bukan rahsia lagi, selepas tidak dipedulikan dan diabaikan sebelum ini selama dua dekad, Sabah dan Sarawak sedang menikmati bantuan dan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan yang jauh lebih besar semenjak 2009. 

Jadi, bagaimana Shafie Apdal boleh membuat kesimpulan bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin dan telah disalahurus dan salahtadbir?


6 comments:

Anonymous said...

masalahnya..masa ada jawatan tak boleh nak cakap..semua kena yes bos..bengong
patutlah menteri2 yg ada skrg bisu semua..semua kena (wajib) angguk je

Anonymous said...

Asal org persoal najib ko kata bangang...tp ko x penahla soal diri ko sendiri ke ko yang bangang atau mungkin pintu hati ko telah ditutup serapat2nya oleh yang Esa pasal byk sgt makan dedak tu admin oiii...

Anonymous said...

DAH TERKENA SINDROM MAMAK MAD DEY. HILANG INGATAN. MELAYU MUDAH LUPA.

Anonymous said...

Biar betul kadar kemiskinan rakyat sabah dah menurun...yg saya tahu, pemohon program e-kasih (program tuk rakyat termiskin) semakin ramai...hehehe...menurun kt kertas kot???

Anonymous said...

Ye ke bro ..tapi aku rasa kau jauh lagi bangang kot.

Anonymous said...

Pemimpin2 Melayu banyak berasuah.

 
Blogger Templates