Malahan dunia pun turut memandang sepi akan perbuatan kejam tentera-tentera Myanmar yang mahu menghapuskan masyarakat Islam di negara tersebut.
Negara ini menjadi antara tempat pelarian warga Myanmar. Menariknya, golongan yang turut menzalimi etnik beragama Islam di Myanmar juga, turut masuk ke negara ini berbondong-bondong, malahan turut berjaya menempatkan diri mereka dalam industri tenaga kerja.
Manakala masyarakat Islam Myanmar yang masuk ke negara ini, kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pemungut sampah dan pencari barangan terpakai, malahan ada yang menjadikan kerjaya peminta sedekah sebagai punca pendapatan utama, memandangkan permintaan untuk tenaga mereka agak berkurangan.
Berbanding Demonstrasi BERSIH 5.0 atau pun Gerakan Baju Merah yang hanya untuk seronok-seronok atau demi kepentingan satu pihak, solidariti untuk masyarakat Islam Myanmar yang sedang ditindas, dibunuh, dirogol bahkan dihalau dari tanahair mereka sendiri, sepatutnya membuka mata kita tentang nasib yang bakal kita terima sekiranya kita turut mengambil sikap lama masyarakat Islam Myanmar.
2 comments:
Salam 1 Malaysia,
Tuan tulis; "... sepatutnya membuka mata kita tentang nasib yang bakal kita terima sekiranya kita turut mengambil sikap lama masyarakat Islam Myanmar."
Bagaimanakah "sikap lama masyarakat Islam Myanmar." yang dimaksudkan?
Budaya benci membenci.. kutuk mengutuk dan fitnah berleluasa andai tak dibendung akan mengudang prtgaduhan dahsyat. Lihat lah apa yg terjadi kpd saudara se Islam kita di Myanmar ... Syiria .. Palestin ... Iraq ... Libya ...
Post a Comment