Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, November 5, 2016

GILIRAN KHALID IBRAHIM PULA BUBUH PAKU KAT DAHI AZMIN ALI YANG KUAT BOHONG DAN SALAHKAN ORANG LAIN!!!


Keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

5 NOVEMBER 2016

Kerajaan Negeri Selangor di antara 2008 dan 2014 tidak pernah menawarkan RM2.975 bilion untuk mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor semalam.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, seperti yang dilaporkan oleh SelangorKini dan Free Malaysia Today, adalah tidak benar, mengelirukan dan cubaan jelas untuk mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran beliau untuk membayar ekuiti Splash RM2.7billion iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal berjumlah RM250.6 juta.

Semasa saya menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat beberapa cadangan kepada keempat-empat syarikat konsesi dengan jumlah tawaran seperti yang disenaraikan di bawah:

1) RM5.709 bilion pada 13 Feb 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
2) RM9.218 bilion pada 25 Jun 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
3) RM9.227 bilion pada 6 Jan 2011 untuk pengambilalihan aset dan liabiliti
4) RM9.6516 bilion pada 20 Februari 2013, 21 Nov 2013, 26 Feb 2014, 1 Ogos 2014 dan 12 Sept 2014. Jumlah ini melibatkan 2 bahagian:

> RM1.978 bilion bagi pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti dengan pemotongan mana-mana bayaran dividen, jika ada.
> RM7.6749 bilion bagi liabiliti yang diambilalih

Seperti yang dinyatakan di atas, kaedah penilaian yang digunakan untuk setiap kumpulan adalah berbeza dan atas sebab inilah nilai tawaran setiap kumpulan berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami telah menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar.

Kami merasakan ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.

Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9billion hanya untuk bayaran ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Menteri Selangor. Walaupun kita menggunakan beberapa kaedah penilaian yang berlainan, nilai ekuiti tidak banyak berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami merasakan tawaran yang berpatutan untuk Splash adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti serta menanggung hutang sejumlah RM1.564 billion

Splash mempertikaikan tawaran mengambil alih ekuiti berdasarkan 12% ROE setahun serta pemotongan pembayaran dividen. Pada hakikatnya Splash telah membayar RM725.4 juta kepada pemegang sahamnya sebagai dividen manakala Syabas tidak pernah mengeluarkan dividen dan inilah sebab utama mengapa nilai pembayaran ekuiti antara kedua-dua syarikat itu sangat berbeza.

Berkenaan dakwaan kononnya saya telah cuba menyembunyikan tawaran RM2.975billion kepada Splash yang sebenarnya tidak wujud, saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian

Semua keputusan berkenaan air telah dibentangkan kepada EXCO dan Dewan Negeri Selangor apabila perlu. Tambahan pula, memandangkan proses penstrukturan semula air melibatkan beberapa syarikat tersenarai di pasaran, segala butiran tawaran perlu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia dan pihak berkuasa yang berkenaan.

Di samping itu, pejabat Mentei Besar yang saya terajui sering mengadakan sidang akhbar setiap kali ada perkembangan baharu dan telah mengeluarkan ratusan kenyataan media berkenaan air. Kami juga menganjurkan siri taklimat untuk ADUN dan Ahli Parlimen yang juga telah mengambil bahagian dalam taklimat awam diseluruh Selangor untuk memberi kesedaran awam tentang isu rakyat.

Kami juga telah memberi pembentangan komprehensif kepada Dewan Negeri Selangor dan saya yakin pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan pembentangan juga akan bersetuju.

Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan negeri hari ini seolah-olah tidak mahu meneruskan amalan baik dipelopori pentadbiran terdahulu dan natijahnya, rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan negeri telah pun membuat keputusan untuk membayar RM2.7 billion kepada Splash seperti yang disahkan oleh EXCO negeri Selangor YB Zaidy Abdul Talib yang juga telah membayangkan bahawa jumlah tersebut telah ditolak oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa nilai keseluruhan pengambilalihan industri air tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk mengurangkan air tidak terhasil di Selangor.

Saya kira tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

ABDUL KHALID IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
ADUN PELABUHAN KELANG


5 comments:

Anonymous said...

ambik kau rakyat sgor
undi la lagi yb jamban

Anonymous said...

Fokus je lah macam mana nak singkir Najib. Kau ingat Najib bawak pelaburan china tu free free ke? Tak ada habuan ke?

Pada hal tak ada analisa buruk baik bawak China kesini, bukak pintu luas luas pada China, negara yang terbukti dalam sejarah amat kejam dan menjarah negara lain dengan rakus. Umpama menjemput China free free menjual 1Malaysia.....

Anonymous said...

Anon 12.39 ni bangang ke apa... bozo buat cara bozo .. X yah nk komen2

Unknown said...

Selangor spanjang dibawah khalid mmg bagus sbb khalid bijak dan sentiasa cari solution dlm setiap permasaalahan terutama ekonomi. AZMIN nmpak jelas x ubah mcm pmimpin sasau yg lain . Sibuk nak kaut untung projek sgt.

Anonymous said...

Khalid dulunya jadi MB buat keputusan membelakangkan parti yg bagi kepercayaankpd dia jadi MB. Pengkhianatan sememangnya sudah menjadi sebati dgn si gagap ini. Dulu Kat Guthrie pun dia nak beli syarikat tu dari PNB tapi tidak dilulus oleh Madir. Sebab itu makluk ini melompat masuk PKR. Keuntungan pada diri sendiri adalah perkara pokok untuk Khalid Ibrahim. Nasib baik dia dihalau keluar Dari PKR Bab dia buat perjanjian dgn musuh dibelakang tabir

 
Blogger Templates