Perwakilan dari Chai Leng Park, Shamsher Singh Thind turut menceritakan tentang ular dan budak.
"Seorang budak berjumpa seekor ular yang tercedera dan membawanya balik ke rumah untuk dirawat. Selepas ular itu sembuh, ia mematuk budak itu. Dalam keadaan nazak, budak itu bertanya mengapa ular berkenaan mematuknya. Jawab ular itu, sebab ia adalah ular. Sudah menjadi lumrahnya untuk mematuk manusia," kata Shamsher.
Perumpamaan itulah yang diberikannya kepada Mahathir yagn menurutnya, kenyataan paling bodoh yang pernah didengarnya tentang Mahathir ialah, 'the enemy of my enemy is my friend.' (Musuh kepada musuh saya adalah kawan saya.)
"Mahathir bukannya musuh kepada musuh saya. Dia adalah musuh saya!"
"Kenapa dia memujuk rayu DAP dan BERSIH sekarang? Kerana dia takut sekiranya pembangkang menang (dalam pilihanraya akan datang), kita akan dedahkan segala-galanya. Ia seperti cuba menyelamatkan pelacur-pelacurnya, tetapi dia adalah BAPA AYAM yang menukarkan seorang wanita menjadi PELACUR," kata Shamsher.
Mujurlah yang mengeluarkan kenyataan itu adalah seorang pemimpin DAP. Jadi, para pentaksub Mahathir dan penyokong-penyokong Cap Bunga, tidaklah terasa hati sangat. Apatah lagi, dalam keadaan sekarang, mereka amat memerlukan sokongan daripada DAP bagi memastikan Mukhriz naik jadi Perdana Menteri.
Jadi, walau apa pun label-label jijik yang diberikan kepada Mahathir, asalkan ianya daripada DAP, tiada sebarang masalah, malahan merek akan berterima kasih sangat-sangat kerana telah memberikan publisiti kepada Mahathir yang sudah tua renta itu!!!
1 comment:
Alamak...rosaklah hasrat nak ke Putrajaya.
Post a Comment