Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 13, 2016

13,730 PEKERJA DIBUANG... KENAPA DAP DAN PKR TAK SIBUK SURUH MALAYSIA TIRU SINGAPURA?!!!



Kalau kita tinjau media-media sosial, acapkali kita akan terjumpa dengan hujah-hujah yang membandingkan Malaysia dengan Singapura. Dan sudah pastilah, dalam perbandingan tersebut, Malaysia berada di kedudukan yang sangat buruk malah cuba digambarkan sebagai sudah bankrap.

Cerita duit Malaysia sudah tidak laku, cerita orang Malaysia malu nak mengaku sebagai rakyat Malaysia, cerita kononnya buruk sangatlah kepimpinan negara ini di mata luar, adalah satu kebiasaan.

Hujah yang diberikan bahawa masalah ekonomi bukan sahaja melanda Malaysia, sebaliknya bersifat global, langsung tidak diterima. Bahkan dimomok-momokkan. Kata mereka, tukar pentadbiran negara, maka negara ini akan maju semaju-majunya, walaupun pada masa yang sama, tiga buah negeri di Malaysia yang telah menukar kepimpinan, tidak juga maju sebagaimana yang mereka katakan, sebaliknya menampilkan perbelanjaan defisit dalam belanjawan mereka selama beberapa tahun berturut-turut, terutama sekali Pulau Pinang.

Dari Seberang Tambak, negara yang sering dijadikan contoh oleh para penyokong DAP dan Pakatan, dilaporkan sejumlah 13,730 pekerja di Singapura diberhentikan dalam 9 bukan pertama tahun ini menjadikan jumlah pemberhentian pekerja yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun. Demikian menurut laporan Channel NewsAsia.

Angka itu, dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MoM) hari ini dalam laporan pasaran buruh suku tahunan, menandakan kenaikan jumlah pekerja yang diberhentikan berbanding tempoh yang sama tahun lepas, iaitu 10,220 orang.

Angka itu dikatakan yang tertinggi sejak 9 bulan pertama tahun 2009 apabila 21,210 orang diberhentikan kerja.

MoM berkata bagi suku tahun ketiga, terdapat 4,220 pekerja berlebihan, berbanding 4,800 dalam suku sebelumnya dan 3,460 orang dalam suku yang sama tahun lepas. (RUJUK DI SINI)

Laporan itu berkata 73% daripada warga singapura yang diberhentikan terdiri daripada profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik. Sebahagian besar yang diberhentikan juga memiliki kelayakan tertiary.

“Penguncupan jumlah pekerjaan, lebihan tenaga kerja yang meningkat, dan penurunan nisbah jawatan kosong berbanding penganggur mencermikan kelesuan ekonomi sejagat dan penstrukturan ekonomi yang berterusan,” kata kementerian, dan menambah rakan pihak ketiga akan membantu mereka yang terjejas mencari pekerjaan.

Kadar pengangguran keseluruhan kekal pada 2.1%. Dalam kalangan warga Singapura, kadar pengangguran mencecah 3% pada September, berbanding 3.1% pada Jun, dan dalam dalangan penduduk, 2.9% berbanding 3% sebelumnya.

Bagaimanapun, laporan juga menunjukkan lebih ramai mengambil masa yang lama untuk mencari pekerjaan, melihat kepada kadar pengangguran penduduk jangka masa panjang meningkat kepada 0.8% pada September berbanding 0.6$ tahun lepas, dan paras September paling tinggi sejak 2009.

Jumlah pekerjaan secara keseluruhannya turun 2,700, penuruan pertama sejak lebih setahun lalu.

Penemuan MoM menunjukkan sebab utama penurunan ialah penguncupan industri pembuatan dan pembinaan, yang menjejaskan kebanyakan pemegang permit pekerjaan.

Dalam 9 bulan pertama, jumlah pekerjaan bertambah 14,500, pertumbuhan yang terendah sejak 2009.


3 comments:

Anonymous said...

Yang dibuang tu pekerja asing.

Anonymous said...

Bila Guandoing boleh buat semua benda yakni dari A-Z, bersedia berikan perkhidmatan outsourcing dari 1-10 dan mampu mengimport apa saja komoditi yang akhirnya dapat ditukar kepada produk komersial keperluan global, bukan saja negara di selatan selat teberau akan terkesan waima si Mat Solem AS tidak boleh 'tahan' lalu menggerakkan tindakan susulan. Kedudukan khalayak global masih pada putaran roda; sekejap di bawah dan sekejap di atas.

Anonymous said...

biasalah pembangkang dan juak2 dia kan semuanya bodoh.
benda yg buruk , dia indahkan , benda yg baik , dia hinakan .

inilah dasar org otak udang .kesian ,zaman dah abad ke 21 , tapi pemikiran masih jauh terkebelakang .

 
Blogger Templates