Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 19, 2016

DONG ZHONG MARAH NAJIB SEBAB TAK MAHU BINA SEKOLAH-SEKOLAH BARU ALIRAN CINA!!!



Diberi betis hendak paha... toleransi yang diberikan oleh Kerajaan, dijadikan sebagai satu kewajipan walaupun hakikatnya, ianya tidak ada langsung dalam peruntukan undang-undang mahupun perlembagaan.

Itulah yang berlaku kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina!

Kumpulan yang menjadi tonggak kepada DAP bagi mendapatkan sokongan orang Cina untuk mereka, Dong Zhong, mempersoalkan tindakan Kerajaan Najib Abdul Razak yang kurang memberikan komitmen untuk pembinaan sekolah-sekolah Cina yang baru.

Sekolah-sekolah Cina tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia walaupun Perlembagaan juga tidak menghalang kewujudan sekolah-sekolah tersebut, tetapi perlu ditadbir oleh pengelola dan kumpulan-kumpulan mereka tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan mahupun peruntukan kewangan negara.

Dong Zhong merujuk kepada dua memorandum yang telah mereka hantar kepada Perdana Menteri pada tahun 2011 dan 2012 yang memperkatakan tentang 'KEPERLUAN' bagi mewujudkan 45 buah sekolah Cina yang baru. Bagaimanapun, permintaan mereka tidak dihiraukan oleh Najib, bahkan tiada sebuah sekolah baru Cina pun yang dibina oleh Kementerian Pelajaran walaupun selepas dua memorandum tersebut dihantar, kata Vincent Lau, Pengerusi Dong Zhong dalam satu sidang media di Kajang, Sabtu lepas.

Vincent Lau turut mempersoalkan tindakan kerajaan membina lebih banyak sekolah-sekolah kebangsaan dan tidak menghiraukan permintaan masyarakat Cina.

Selain itu, Vincent Lau turut mempersoalkan bajet sebanyak 89% diperuntukkan untuk sekolah-sekolah kebangsaan pada tahun 1991 dan dinaikkan menjadi 96% pada tahun 2010. (RUJUK SINI)

Sebelum ini, Dong Zhong marahkan kerajaan kerana enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Turut bersama dengan Dong Zhong adalah beberapa orang pemimpin dari MCA dan Gerakan.


Apa yang dituntut oleh Dong Zhong itu sebenarnya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan bahkan sangat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terutama yang membabitkan Perkara 152 dan 153.

Pada ketika hampir kesemua negara di dunia ini menggunakan satu bahasa sebagai Bahasa Kebangsaan, termasuklah di China dan India yang ada ratusan bahasa pertuturan, tetapi kekal menjadikan Mandarin dan Hindi sebagai Bahasa Kebangsaan, di Malaysia pula, golongan yang baru mendapat kerakyatan pada tahun 1957 dan 1974 mendesak agar sebarang peruntukan yang melebihkan Bahasa Melayu, orang Melayu-Bumiputera dan Islam, dihapuskan manakala golongan mereka diserap untuk disamaratakan.

Alasan yang paling menarik pernah mereka berikan ialah, PENCIPTA PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH MENINGGAL DUNIA dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia sudah lapok.

Kita tunggu pula 'serangan' dan susulan daripada MCA dan Gerakan pula tentang sekolah-sekolah Cina ini? Adakah mereka juga akan sependapat dengan Dong Zhong walaupun mereka sedar, pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang menang sekarang pun, atas kerusi bermajoritikan Melayu manakala kerusi-kerusi majoriti Cina yang mereka tandingi pula, seolah-olah DIBERI PERCUMA KEPADA DAP!!!

Fenomena menarik pada PRU yang lepas ialah TSUNAMI CINA... diberi macam-macam, mereka tuntut macam-macam, tetapi akhirnya mereka menjadikan pemberian tersebut untuk melakukan TSUNAMI CINA, manakala Gerakan dan MCA pula langsung tidak rasa bersalah!!!



7 comments:

Anonymous said...

Terbaiklah Najib...mampuslah kau Cina dap kau orang kaya raya..buat sendiri sekolah cina lu olang..buat periksa sendiri then kerajaan tak iktiraf...

Anonymous said...

biasanya apa yang dilobi oleh si minor akan dapat. begitu juga dengan Sboros, semua yang dai pernah lobikan dan rencanakan pasti berhasil. namun dalam pada itu akan ada pengecualian dalam semua keberhasilan iaitu dalam pemilihan presiden baru-baru ini lobian Sboros gagal mempengaruhi pilihan rakyat AS. maknanya, siapa saja boleh melobi tetapi jangan terlalu yakin bahawasanya lobian sendiri pasti dapat memberikan sasaran akhir yang dicita-citakan. sampai masanya kantoi jua seperti Sboros ini.

Unknown said...

Jangan dilayan dorang ni..

Anonymous said...

harap Najib jangan layan sangat pakatan cina ni termasuk MCA Gerakan... utamakan bantuan kpd Melayu bumiputera yg lebih menghargai jasa...

Anonymous said...

Dah semakin menyampah dgn kaum tak tahu diuntong ini, tamak haloba & tak pernah cukup dgn apa yg diberi..

Anonymous said...

Berbillion utk SBP/UITM,bertongkat sampai mampus. Cina membiayai sekolah dengan derma. Perbezaan yg ketara.

Anonymous said...

UMNO boleh songlap billion, yg dia nak million. Itu Lah Lanun2 Melayu mana tahu erti berterima kasih.

 
Blogger Templates