Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 19, 2016

GANGGUAN AIR DI LEMBAH KELANG: TERESA KOK PATUT MARAH AZMIN ALI PASAL AIR TAK ADA MASA KRISMAS!!!




Teresa Kok sudah mengamuk kerana gangguan bekalan air besar-besaran dari 19 Disember sehingga 24 Disember di Lembah Kelang. Ahli Parlimen Seputeh itu menuduh TNB tidak berhati perut kerana mengambil masa sehingga tempoh perayaan untuk melakukan kerja-kerja pembaikian pam air. Teresa Kok juga menyalahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana memilih tarikh yang tidak sesuai untuk catuan bekalan air. (RUJUK SINI)

Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana Pakatan Selangor yang diterajui oleh DAP tetapi bermenteri besarkan Azmin Ali membuat ikrar 0% gangguan air seandainya mereka terus dipilih sebagai Kerajaan Negeri Selangor.

Masalah bekalan air di Lembah Kelang bukanlah sesuatu yang datang secara tiba-tiba. Selain penyelenggaraan, jumlah populasi penduduk yang merupakan paling padat di Malaysia berbanding negeri-negeri lain setelah Kerajaan Barisan Nasional dari zaman Merdeka sehingga kini meletakkan segala kemudahan infrastruktur, malah menjadikan Selangor sebagai mangkuk emas Malaysia, menyebabkan permintaan air domestik meningkat saban tahun. 


Klik gambar untuk besarkan

Pemberhentian pembangunan air di Selangor terutama sekali Projek Langat 2 sudah mula memakan korban. Teori-teori indah yang diberikan oleh DAP-PKR kononnya Selangor dan Lembah Kelang tidak memerlukan Projek Langat 2, sebaliknya menyalahkan pengurusan dan pentadbiran air, akhirnya membuktikan mereka hanya pandai bercakap tetapi pengurusan yang dibangga-banggakan pula semakin teruk.

Sepatutnya, Teresa Kok menyalahkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), bukannya TNB mahupun SPAN. 

Apa yang dilakukan oleh TNB adalah meminta tarikh penyelenggaraan manakala SPAN pula mengkoordinasikan pertemuan. 



SPLASH dan SYABAS sebenarnya yang memberikan tarikh 19 Disember sehingga 24 Disember kepada TNB. TNB tidak boleh menerjah dan memilih tarikh sesuka hati kerana ini membabitkan aset SPLASH dan SYABAS yang juga merupakan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

SPLASH dan SYABAS sebenarnya yang telah meminta tangguh tarikh lebih awal iaitu penghujung September sehingga ke hari ini memandangkan dalam tempoh itu, mereka berhadapan dengan beberapa kes gangguan bekalan air sama ada membabitkan paip air pecah di Subang mahupun pencemaran bekalan air di Semenyih. 

Sepatutnya, Teresa Kok yang meminta BOSS SPLASH DAN SYABAS iaitu Azmin Ali menjelaskan mengapa mereka mengatur tarikh sebelum Krismas dan mengapa mereka telah menangguhkan tarikh penyelenggaraan yang sepatutnya dibuat pada awal September lepas. 

Jadi, yang sepatutnya Teresa Kok persalahkan adalah AZMIN ALI yang tidak sensitif dan menghormati Krismas!!!

Seperkara lagi, perniagaan TNB tidak melibatkan pembekalan set penjana kuasa. Dalam kes ini, syarikat-syarikat konsesi air sepatutnya yang membeli atau menyewa penjana kuasa mereka sendiri.

SYABAS sememangnya memiliki penjana kuasa mereka sendiri tetapi tidak cukup cekap untuk memenuhi permintaan bagi mengoperasi 'kilang air' mereka. Agak aneh juga mengapa SYABAS membeli penjana-penjana kuasa tersebut sekiranya ia tidak boleh digunakan pun?

Cakap memang mudah. Tetapi apabila PKR-DAP diberikan tanggungjawab, inilah sahajalah yang mereka pandai lakukan iaitu menyalahkan pihak lain, sedangkan kesalahan mereka sendiri, mereka cuba sorok-sorokkan. 

Ironinya, kesalahan dan kelemahan itu pula menjadi masalah serta bebanan besar kepada rakyat serta penduduk bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Lembah Kelang yang di dalamnya termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur!


7 comments:

Anonymous said...

Hihi..pandai kau flying kick..punca segala galanya kau letak kat azmin ali..padahal dalang dia si khalid ibrahim..azmin pada aku sapu taik khalid ibrahim..

Teori khakid lah yg sebab kan semua jahanam..drp alak flora smpi ke projek langat 2..


Khalid ibrahim jgk yg pernah kau sanjung..hero rakyatlah konon..cehhh..

riggers said...

Cina bangsat ni mmg jenis beranak dlm kandang babi...bodoh melampau lampau...camner laaaa boleh jd wakil rakyat..tqk paham langsung ke pihak mana yg patut di minta penjelasan...bodoh tahap babi hutan anak cina bangsat ni

Anonymous said...

dulu masa tiada kuasa mereka komplen macam-macam (dari masalah longkang, sampah dan lubang namun bila dah ada kuasa mereka tak buat kerja sebaliknya sibuk goyang kaki sambil bela kambing hitam yang bakal di persalahkan apabila mereka sendiri terkantoi. harap-harap rakyat bukak mata.

Anonymous said...

bila pegang negeri dan ada masalah...jari dituding pada pusat. nanti bila pegang pusat dan ada masalah apakah jari akan dituding ke Beijing? bior betoi, bro.

Anonymous said...

Let us hope Santa will bring cheer to the people of Selangor in the form of tap water.

Anonymous said...

Lah..TNB repair 16 jam jer..apasal air tak ada sampai 6 hari..tu yang pening tu...Syabas..oh syabas kenapa selalu tak ada air..macaman selalu tak ada air...Pembangkang tak tahu nak tadbir... Pembangkang tak tahu nak tadbir

Anonymous said...

Masalah air sebab JBA dibahagi bahagikan kpd kroni2 UMNO . Pendekata aset2 kerajaan dicuri UMNO.

 
Blogger Templates