Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 5, 2016

JANGAN HAIRAN SANGATLAH KALAU MAHATHIR SENTIASA 'INGATKAN NABI S.A.W' DEMI UNTUK DILAWAK-LAWAKKAN!!!



Kecoh lagi apabila Mahathir menggunakan hujah 'Nabi pun tak masukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi'!

Dan seperti dulu-dulu juga, pentaksub-pentaksub Mahathir akan menyokong kuat hujah Mahathir itu, walaupun Mahathir sebenarnya memperlekehkan Nabi Muhammad s.a.w dan dijadikan bahan lawak jenaka di kalangan kafir DAP, semata-mata untuk memperolok-olokkan Najib Abdul Razak.

Bukan perkara baru pun, Mahathir membuat penafian dan penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w secara halus.

1997, Mahathir menuduh Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur kerana tidak ada pisau cukur berjenama Gillette. Orang UMNO pada waktu itu bukan main menyokong hujah Mahathir.

Mahathir juga mengatakan hijab bagi kaum wanita Arab dikenakan kerana menghalang pasir gurun daripada masuk mata.

Mahathir juga mengatakan hukum hudud dan qisas hanyalah 'ajaran hadis' bukannya al Quran. Undang-undang Syariah adalah undang-undang ahli fiqh bukannya undang-undang Allah Taala.

Kerana Mahathir adalah Presiden UMNO dan ketika itu bekas Presiden yang bergelar Negarawan, demi menjaga air muka Mahathir, maka disokong juga penghinaan Mahathir itu walaupun sebahagian besar berasa jelek dengan sikap Mahathir yang gemar benar menghina Nabi s.a.w.

Mufti Selangor diminta supaya dipecat kerana JAIS menahan 3 org gadis melayu islam yg menyertai pertandingan ratu cantik di Holiday Villa Subang pada 1997. Sedangkan Selangor menguatkuasa undang2 haram bagi mana2 org islam menyertai ratu cantik. Sesiapa yg kenal dan tahu Dato' Ishak Baharom mereka akan tahu beliau bagaimana orgnya. Sangat baik dan sungguh baik dan dihormati semua pihak. Kerana kes ratu cantik itu macam2 penghinaan yg dilontarkan secara terbuka oleh PM ketika itu terhadap beliau. Akhirnya beliau redha jawatan beliau setakat itu sahaja.
Datok Dr Haron Din pula dihinanya dgn menuduh arwah membuat duit hingga kaya kerana buat air jampi. Bila sakit sembunyi2 lari pergi berubat luar negara. Lebih percaya org kafir dari org islam.
Bukan setakat 2 org ini saja org agama yg dimusuhi Tun M. Ramai lagi yg beliau bermusuh yg mana akhirnya org2 itu meninggalkan kerajaan atau bukan dan terpaksa naik platform Pas untuk menentangnya. Sheikh Azmi, Mufti P.Pinang, Said Ibrahim Mufti Sabah, Ismail Kamus, Hassan Ali, Taib Azamuddin Imam Besar Masjid Negara, Tuan Ibrahim Tuan Man Uitm yg juga panelis forum perdana, Ustaz Daud Che Ngah Tabung Haji, Ustaz Kamal Asaari Imam Masjid Negeri Shah Alam dan ramai lagilah org2 agama serta pensyarah2 universiti yg tidak tahan dgn ejekan, perlinya serta hinaanya yg akhirnya mereka semua pergi ke Pas. Utk perhatian, Ibrahim Libya juga dulu org kerajaan di Pusat Islam. Kalaulah Tun M masih lg PM hari ini, Mufti Perlis sekarang ini dah bertahun dlm ISA. Tak gitu Dr Abdul Rahman Abdul Kadir ?
Kerana dialah cerdik pandai semua, cikgu2 lari meninggalkan atau menjauhkan Umno. Dulu dlm Umno ni penuh dgn cikgu2. Kerana apa ? Kerana dia tak mahu org cerdik pandai ramai sgt dlm Umno. Nanti dia payah nak buat kerja dan mengekalkan kuasa. Hari ini dia melalak Umno dipenuhi org2 bodoh. Hasil kerja siapa ? (FB MOHD FAISAL)
Mahathir cuba nak bermain-main dengan perkataan 'Pilihan Allah' sekaligus Mahathir dilihat cuba menafikan ayat 26 Surah Al-Imran yang bermaksud:

"Katakanlah, Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau kerikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakanlah orang yang Engkau kehendai dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebijakan. Sesungguhnya engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Apa yang pelik dengan perkataan 'Pilihan Allah'? Adakah Mahathir dan para pentaksubnya hendak menafikan atau mentertawakan fakta bahawa pemimpin telah dipilih oleh Allah Taala ke kedudukannya?

Soal Allah Taala redha atau sebaliknya dengan pemimpin berkenaan, itu bukanlah perkara yang boleh diputuskan oleh manusia kerana keputusan berkenaan terletak dalam kuasa dan pengetahuan Dia, bukannya manusia apatah lagi Mahathir!

Yang pastinya, setiap pemimpin termasuklah Mahathir sendiri adalah 'Pilihan Allah' yang telah diberikan nikmat dan kelebihan berbanding orang lain dan hasilnya, telah dapat dilihat sama ada menerusi perbuatan atau tinggalannya.

Siapa kita yang hendak menafikan Allah Taala dan pilihan-Nya?


8 comments:

Cik Minah said...

KIHKIHKIH.....Awak ni sama bangang macam Rizal Mansor.
Otak letak kat lutut ke.....................????
Mana ada Tun Det perlekehkan Nabi.
Itu ayat sarcasm memperli Najib, konon PILIHAN ALLAH.
Nabi ya pilihan Allah walaupun takda rm2.6 billlion.
HAHAHAHA..............kamu semua memang bangang.
Ayat perli pun tak faham.
Tongong betul.
Ayat mesti strait forward, itu pun tak faham.
OTAK UDANG.

Anonymous said...

nak kojol esok tak sempat mengucap nabi s.a.w.

Anonymous said...

Dah terdesak sangat dah org tua ni.

Anonymous said...

bagus la cik minah. org umno da boleh cuci tangan utk bela tun m. kini giliran hang pulak nk back up tun m. selamat berjuang...kih kih...

Anonymous said...

tulisan kau mcm otak udang..belengas hehe tgk la nila dah kiok bawah tanah esok kenali siapa sebenarnya Allah. sbb dah tua2 rupanya Allah dah buka aib hati komunisnya...demi masa yer.

mohd rahimi said...

mamak tua ni memang kurang ajar dah lama. dialah manusia yg menghina nabi pasal janggut dulu. budak2 skrg mana tau . zaman tu kau masih menetek lagi. tapi pd siapa yg dah hidup , besar semasa mamak cakap tu , mmg tahulah belang sebenar puaka tua ni. dia hina nabi , hina ulamak makanan harian dia.

Anonymous said...

Wahabi tu ciptaan Yahudi.....bab itu org tak yakin.

Anonymous said...

Duhai cik minah... nabi bukan individu yg boleh digunakan utk ayat sarcasms bagai nie... kita kena hormat baginda sebagai utusan Allah...dekat mana iman awak wahai cik minah

 
Blogger Templates