Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 5, 2016

PENTAKSUB MAHATHIR DAH ADA 'NABI BARU' APABILA LIM GUAN ENG DENGAN MUKA PENIPUNYA, MEMBERSIHKAN SEGALA TUDUHAN DAP KE ATAS MAHATHIR SELAMA INI!!!



Seronok dan kembanglah para pentaksub Mahathir apabila hari ini Lim Guan Eng memuji Mahathir, malah 'membetulkan' semula fakta yang telah didendangkan oleh Lim Guan Eng sendiri, bapanya dan seluruh angkatan DAP ke atas Mahathir selama ini.

Semuanya kerana Mahathir memuji DAP sebagai sebuah parti yang berbilang kaum dan menyanyikan Lagu Kebangsaan serta berucap dalam Bahasa Kebangsaan, bukannya Bahasa Cina. Semuanya kerana pengiktirafan yang diberikan oleh Mahathir kononnya dia tersilap faham selama ini yang DAP adalah sebuah parti chauvinist.

Dan seperti biasalah, Lim Guan Eng yang pantang dipuji sedikit, akan segera membesar-besarkan pujian tersebut dengan mengukuhkan lagi PEMBOHONGAN dan PENIPUANNYA.

Kalau selama ini, Mahathir menjadi sasaran Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, bahkan Lim Kit Siang mendesak Suruhanjaya Siasatan berhubung pemberian Mykad kepada pendatang asing pada era Mahathir, hari ini, Lim Guan Eng menyalahkan Najib Abdul Razak.

Tegak-tegak dia menyatakan, Mahathir tidak pernah bersikap atau memanggil DAP sebagai RASIS sebagaimana yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak. Tegak-tegak juga dia menelan ludah dan kahaknya sendiri apabila menyatakan Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak pernah menggunakan taktik kotor sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Bukan itu sahaja, Mahathir juga sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menguruskan kewangan serta ekonomi negara dengan baik.

Para pentaksub Mahathir tentu kembang jubor dengan puji-pujian yang diberikan oleh Lim Guan Eng kepada Mahathir.

Hakikatnya, Lim Kit Siang, bapa si Guan Eng, melancarkan Projek Tanjong 1 sehingga 3 dengan hujah utama, ekonomi negara di bawah Mahathir adalah yang paling teruk kerana kronisme dan nepotisme serta rasuah yang sangat teruk, memerlukan rakyat memilih DAP dan pembangkang.

Lim Kit Siang juga saban hari  meratap dan meratib kononnya Malaysia akan bankrap dari zaman awal penubuhan DAP sehinggalah ke hari ini walaupun hakikatnya, para pemimpin DAP termasuklah Lim Guan Eng, Lim Kit Siang sendiri bahkan Chen Man Hin, pendatang dari China yang kemudiannya menjadi rakyat Malaysia dan menjadi Penasihat Seumur Hidup DAP kaya raya. DAP sendiri menjadi sebuah parti politik yang sangat kaya walaupun dari tahun 1965 sehinggalah ke hari ini, puncak kuasa dalam DAP hanya berkisar di kalangan keluarga Lim Kit Siang sahaja menerusi pembiayaan syarikat-syarikat korporat sepertimana yang terbukti dalam PRU-13 lalu.

BACA DI SINI untuk menilai apa yang dikatakan oleh DAP terhadap Mahathir sebelum Mahathir memuji DAP. JUGA DI SINI untuk melihat apa kejian dan cercaan Lim Kit Siang terhadap Mahathir sebelum Mahathir mengiktiraf DAP sebagai tidak chauvinist. Bagaimana pula dengan FAKTA INI?

Penyakit kegilaan dan nyanyok melampau sekarang ini sedang melanda Malaysia. Wabak tersebut semakin teruk dan semakin menjangkiti ramai orang politik nampaknya...


1 comment:

Anonymous said...

Tokong la katakan...sudah tentu ada kuasa mengampun kan dosa...
Tokong Lim sembahan terbaru pencacai ......hu..hu..

 
Blogger Templates