Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 27, 2016

MUHYIDDIN BAKAL KEMBALI KE DALAM UMNO SELEPAS USAHA MELUCUTKAN JAWATAN PRESIDENNYA DIBUAT? TIDAK MUSTAHIL!!!



Perkembangan terbaharu di dalam Cap Bunga semakin menarik.

Baru sahaja berusia 3 bulan, malahan mesyuarat agong pemilihan pun belum dibuat lagi, kepimpinan pun masih pada peringkat penajaan, tetapi gemparnya seolah-olah sudah berusia puluhan tahun.

Setiausaha Agung Cap Bunga yang merupakan bekas Ketua Cawangan UMNO menempelak ahli-ahli Cap Bunga yang merupakan bekas-bekas ahli UMNO yang tidak berkualiti dan gagal dalam mencapai jawatan serta projek ketika di dalam UMNO, sedang menunjuk belang masing-masing.

Sekaligus membuatkan Cap Bunga menjadi medan segala sampah-sarap dari UMNO yang mencari kepentingan diri.

Ketua Srikandi Cap Bunga yang dilucutkan jawatan, Anina Saaduddin kini menjadi pemangkin kepada perkembangan yang cukup menarik di dalam parti tersebut.

Dalam 'keseronokan' pihak tertentu dalam Cap Bunga mengerjakan Anina, tiba-tiba sahaja Khairuddin Abu Hassan mengingatkan ahli-ahli Cap Bunga bahawa skandal seks yang melibatkan Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin jauh lebih teruk daripada skandal seks Anina yang sekadar transkripsi WhatsApp. Katanya, kalau Anina dikenakan tindakan, seharusnya Muhyiddin juga dikenakan tindakan serupa.

Politik di Malaysia adalah SENI U-TURN.

Cap Bunga adalah medan Mahathir. Mahathir sedang mempraktikkan amalan 'UMNO'nya di dalam Cap Bunga. Anina Saaduddin adalah salah seorang kambinghitam yang perlu dikorbankan untuk Mahathir mengekalkan kuasanya dan menaikkan anaknya, Mukhriz. Ahli-ahli Cap Bunga pula, majoritinya adalah pentaksub Mahathir yang melihat Mahathir tidak mempunyai sebarang cacat cela.

Muhyiddin dari semenjak bergelar Menteri Besar Johor membawa baggage yang besar, sekaligus menjadikan dia mudah dipicit telur. Ditarik ke Pusat oleh Mahathir pun, sebenarnya untuk dijadikan korban ketika Mahathir berkonfrontasi dengan Timbalan-Timbalannya.

Dan kini, Muhyiddin seandainya tersilap langkah, akan menguburkan terus kerjaya politiknya melihat kepada perkembangan terbaharu Cap Bunga.

Sudah ada desakan agar Mahathir 'merampas' jawatan Presiden Cap Bunga daripada Muhyiddin Yassin dengan alasan skandal yang melibatkan Muhyiddin. Ini adalah helah biasa yang dibawa dan menjadi budaya dalam UMNO ketika Mahathir berkuasa dahulu. Ramai yang dijatuhkan kerana skandal seks dan curang rumahtangga termasuklah Mat Taib, Rahim Thamby Chik, Anwar Ibrahim, Sabaruddin Chik, bahkan Allahyarham Mat Rahmat yang terkenal dengan program SEMARAK dan HIKAYAT SANG SETIA demi memastikan dia tidak dianiayai oleh Mahathir namun akhirnya diarahkan letak jawatan juga.

Muhyiddin pernah berikrar, dia adalah TOTOK UMNO bagi memastikan tidak kehilangan jawatan dan kedudukan. Namun akhirnya terpedaya dengan Mahathir, membuatkan Muhyiddin melepaskan jawatan dan kedudukannya kerana percaya, Mahathir lebih kuat dan pengaruh Mahathir jauh lebih besar berbanding Najib.

Sepatutnya Muhyiddin bersama-sama Anwar Ibrahim di dalam PKR kalau tidak pun bersama-sama Kit Siang dan Guan Eng yang sudah pasti akan membentangkan karpet merah untuknya di dalam DAP.

Masa depan Muhyiddin di dalam Cap Bunga akan bertambah kelam. Bukan ahli-ahli Cap Bunga yang tidak tahu apa-apa itu yang menurunkannya tetapi rancangan Mahathir dalam usaha memastikan Mukhriz diletakkan atas dulang perak membuatkan Muhyiddin akan dipinggirkan. Alasan skandal yang memalukan sehingga meruntuhkan rumahtangga orang lain, hanyalah salah satu sebab yang akan digunakan.

Muhyiddin sudah sepatutnya mengintai-ngintai kedudukan dalam PKR dan DAP. Usahanya untuk rapat dengan Abdul Hadi Awang dan PAS, hanya akan terus memakukan keranda politiknya!

Kembali kepada UMNO?

Mungkin itu juga satu opsyen memandangkan kecenderungan UMNO untuk mengambil bekas-bekasnya dan kemudian memberikan jawatan serta kedudukan sepertimana yang dibuat kepada Ezam Mohd Nor dan kawan-kawannya yang lain dan kemudian dikhianati sekali lagi!!!


1 comment:

Anonymous said...

Almaklumlah cari makan.Kenalah reka2 cerita.Kalau tidak dapur tak berasap.Anak bini kebulur pulak, kan?Cukup2lah.Marilah kita sama2 ingat Allah sentiasa.

 
Blogger Templates