Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 19, 2016

ORANG YANG MENGAKIBATKAN NEGARA RUGI RM30 BILLION HARI INI MAHU BICARA SOAL KRISIS KEYAKINAN : DAIM OH DAIM....




Penulis: Rozmi Mokhtar
Tanya Tun Mahathir: Di Manakah Wang Negara RM30 Billion?.

■ Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100bilion.

■ Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semakin rimas dengan isu skandal kewangan semasa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar.

■ Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil memberikan maklumat berkenaan skandal kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion. Dr Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters”;
1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
2. Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin,
3. Bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Jaffar Hussein dan
4. Nor Mohamed Yaacob Mantan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Malaysia.

■ Menurut Dr Rosli, arwah Jaffar dan Nor Yaacob merupakan dalang terbesar dalam skandal ini kerana telah menokok-tambah mengenai spekulasi aktiviti forex yang jelas menentang prinsip2 bank pusat. Kedua2 mereka telah membuat spekulasi tidak bertanggungjawab dan telah mempertaruhkan keselamatan asset2 Bank Negara tanpa menghiraukan risikonya.

■ Nor Yaacob telah mengakibatkan kerugian forex secara langsung kerana dia seorang yang telah diberi tugas untuk membuat spekulasi mempertaruhkan matawang Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.

■ Nor Yaacob yang pada masa itu penasihat Bank Negara yang dipertanggungjawabkan dengan bahagian pelaburan, didapati akan menggunakan komputernya dan computer staf2 yang lain untuk membuat spekulasi ini dalam pasaran matawang asing.
Ini telah mengakibatkan peserta forex antarabangsa percaya bahawa Bank Negara mempunyai ramai pedagang pasaran yang agresif.
“Tetapi hakikatnya adalah Nor Yaacob yang telah melakukan kerja ini.”

■ Kata Dr Rosli bank pusat hanya terlibat dalam pasaran spekulatif forex secara besar2an semasa Tun Daim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
“Arahan untuk merebut peluang menggunakan forex sebagai sumber pendapatan diberikan oleh Tun Daim bersama restu Tun Mahathir,”. Arwah Jaffar adalah Gabenor “yes man” mereka pada masa itu.

■ Dalam tahun 1992, Bank Negara telah membuat satu pertaruhan dengan Pound Britain, membeli matawang tersebut manakala George Soros menjual. Apabila nilai matawang Pound menyusut, Bank Negara kerugian USD 5.5 bilion dan George Soros telah memperoleh keuntungan USD 1.7 bilion.

■ Bank Negara kemudiannya menyatakan yang kerugian yang dialami adalah ‘paper loss’ bernilai hanya RM9.3 bilion.

■ Anggaran pakar2 berhubung pendedahan kerugian sebenarnya adalah diantara USD27 sehingga USD33 bilion iaitu 5 kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.

■ Anggaran tersebut telah disebut di dalam sidang Parlimen 2 dekad yang lalu bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara telah mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

■ Tetapi dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” (schematically understated), melalui penilaian semula pegangan emas (gold holdings) dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment).

■ Cadangan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex Bank Negara tidak diendahkan kerana penyiasatan terbuka seperti ini akan membawa bencana politik kerana perincian skandal tersebut boleh menjejaskan reputasi orang2 berpangkat tinggi yang terbabit yang amat memalukan.

■ Sekiranya Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan, ramai akan dipenjarakan kerana elemen jenayah wujud dalam skandal forex. Elemen2 jenayah ini termasuklah kecuaian, penyalahgunaan kuasa, pemalsuan akaun, “perakaunan kreatif”, memberi maklumat salah, pecah amanah dan rasuah.

9 comments:

Anonymous said...

Teruknya...Madey tak payah la dok bising pasal Najib klu mcm ni.

Anonymous said...

BEZANYA SENANG JA..DULU TAK ADA YANG SONGLAP DUIT SAMPAI 2.6B..

mat said...

u mean rm50 billionnnnn hutang 1mdb? oooooo

Anonymous said...

Jalan menuju kehancuran luas terbentang. Jalan alternatif sedang menuju kepupusan.

Penegur cakap tak serupa bikin bertambahlah ramai. Itu jualah jadi sandaran mereka untuk ke Putrajaya...apa nak jadi.

888jackaroo said...

Zaman sekarang terbentang luas dengan jaringan komunikasi yang pantas. Semua maklumat di hujung jari. Jika zaman Tun dahulu maklumat boleh sampai sepantas sekarang, rasanya semua boleh dilondehkan.. Zaman tun, maklumat boleh dicantas. Itu sahaja.

Anonymous said...

Main dengan duit org senang, untung je takde rugi. Selagi ada UMNO melimpahlah rasuah Dan penyelewengan.

Asaif Barkiya said...

Terdapat pautan reuters 1997/1998 di buat komen oleh FED tentang kesalahan BNM di dalam pembabitan spekulatif matawang asing yang menghadkan pembabitan daripada membuat sebarang keuntungan.Bank bank pusat hanya boleh membabitkan diri cuma untuk tujuan intervention dan mengstabilkan matawang tempatan tetapi banyak posisi Long and Short di ambil oleh BNM dan menggunakan modal sediada rezab nasional bagi tujuan spekulatif.Duit dan hak rakyat Malaysia di buat sebagai modal dan cagaran untuk berjudi di dalam pasaran spot dan future currency trading daripada bursa bursa London,New York,Tokyo dan Singapura.Jebon jebon 4 jahanam ini adalah petualang negara yang menggunakan wang dan rezab nasional iaitu wang dan hak rakyat Malaysia untuk membuat untung atas angin secara haram.Keuntungan akan di salurkan melalui dummy entiti dan kerugian di bayar dan di tanggung oleh BNM.Kejahatan menyamai syaitan syaitan bertopengkan manusia kononnya innocent

Anonymous said...

moral of the story

bapak perompak ade hati nak menuduh org lain jadi perompak.
kan itu kelakar ? hahaha .. dah tua 91 tahun pun cakap lintang pukang , ada juga malaon - malaon yg percayakan temberang dia .

Anonymous said...

Kebanyakan malaun yg percayakan mamak kerala tu pelajaran x bagus..lemah otak..x boleh beza fakta dan auta madey..smpai mereputlah sanjung madey..

 
Blogger Templates