Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 12, 2016

PENYOKONG KUMPULAN PENGGANAS LTTE YANG JUGA TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG, TUDUH PAS CUBA PECAH BELAHKAN SOKONGAN MELAYU KEPADA DAP!!!



PAS anjurkan ceramah mega malam ini di Paya Jaras dengan menghimpunkan PKR dan Cap Bunga serta parti Kadir Syeikh Fadhir, Ikatan pun dikatakan DAP sebagai DEDAK UMNO untuk memecah belahkan Pakatan Harapan.

Sebabnya PAS tidak menjemput DAP dan PAN yang dari awal tidak lagi mempunyai sebarang ikatan persefahaman politik dengan PAS. DAP lebih awal menceraikan PAS apabila PAS enggan tunduk kepada kehendak DAP agar tidak membentangkan usul RUU355. PAN pula telah diceraikan oleh PAS apabila sebilangan pemimpin utama PAS yang makan disuap DAP mengambil keputusan keluar parti dan menubuhkan PAN selepas kesemua mereka gagal dalam pemilihan jawatan-jawatan utama parti PAS.

DAP sudah berulang-ulang cuba memujuk PAS dengan pelbagai cara, termasuklah menggertak, menggunakan Mahathir dan Muhyiddin Yassin, bahkan terbaharu menggunakan PAN yang cuba menggambarkan mereka mampu menawan Terengganu sekiranya PAS enggan bekerjasama dengan PAN.

Blok kedua pembangkang yang diketuai oleh PAS, ternyata tidak disenangi oleh DAP kerana PAS dari tahun 1999 lagi telah berjaya membuktikan mereka lebih dominan berbanding DAP. Hanya kerana toleransi yang keterlaluan serta kebijaksanaan DAP memutarbelitkan cerita dan malu alah, membuatkan PAS akhirnya tunduk kepada DAP walaupun pada masa yang sama, kekuatan PAS langsung tidak terjejas meskipun kehilangan beberapa kerusi yang tidak ditandingi sebaliknya diserahkan kepada PKR dan DAP untuk ditandingi.

Ini adalah kali pertama PAS membuat ceramah mega dengan 'mempamerkan' anggota-anggota bloknya selepas PAS diterajang keluar oleh DAP dan Pakatan Rakyat dibubarkan.

Beberapa tuduhan kononnya PAS telah didedakkan oleh Najib Abdul Razak dan PAS sedang bekerja bagi pihak UMNO telah dibuat oleh DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga. Kemuncak daripada kebencian terhadap PAS ialah apabila kepimpinan utama PAS berada bersama-sama Presiden UMNO dalam Solidariti Untuk Rohingya dua minggu lepas di Stadium Titiwangsa.

P.Ramasamy, yang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan pengganas LTTE Sri Lanka membidas tindakan PAS yang disifatkannya memecahbelahkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan (Baca: DAP). Dia turut menuduh, pakatan PAS itu juga adalah atas permintaan UMNO dan PAS hanya 'menjalankan' tugas mereka sahaja. (RUJUK SINI)

Perkembangan terkini menunjukkan kebimbangan utama para pemimpin DAP begitu ketara. Beberapa desakan dalaman agar Lim Guan Eng meletak jawatan atau bercuti sementara menunggu perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan seperti yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, turut kedengaran, sekaligus turut mengancam kedudukan P.Ramasamy yang merupakan sekutu kuat Lim Guan Eng.

Tindakan PAS Pulau Pinang yang turut mengumumkan akan bertanding pada semua kerusi yang 'dipinjamkan' kepada DAP dan PKR sebelum ini, turut merimaskan dan DAP perlu mencari jalan segera untuk mematikan hasrat PAS Pulau Pinang itu.


3 comments:

Anonymous said...

Nampak jelas penyokong LTTE ni lebih membawa isu rakyat dari rompakan demi rompakan yg di lakukan oleh kumpulan Onn Jaafar-Razak iaitu satu keluarga dinasti yg menuntut mrk diberikan kuasa mutlak utk mentadbir.

Anonymous said...

Daplah yg gembira klu undi Melayu berpecah sbb mereka blh jdi abg besar dlm pakatan pembangkang.

Anonymous said...

Dapig pecah belah melayu..
Umno pecah belah cina...
Biasa ler tu...politik

 
Blogger Templates