Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 6, 2016

TAKTIK TANGGUHKAN PERBICARAAN MELIBATKAN LIM GUAN ENG DAN 'PASANGANNYA', DIMULAKAN!!!



13,000 dokumen yang diserahkan kepada pendakwaraya, dan ianya mengambil masa untuk diindekskan. 

Respons yang diberikan oleh peguambela Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo ialah, masalah dengan dokumen pendakwaan adalah sama seperti sebelum ini, WALAUPUN TELAH DIINDEKS SEPERTI DIMINTA.

"Ia mungkin masalah berkaitan fotokopi, banyak salinan dan terlalu tebal," kata Gobind Singh Deo.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohamed Daud terdahulu memberitahu mahkamah terdapat masalah dengan dokumen berkenaan.

“Kami sudah mengindeks dokumen itu, tetapi masih ada 3 dokumen dipertikaikan dan perlu diselesaikan,” katanya.

Hakim Hadhariah Syed Ismail bagaimanapun, menetapkan 34 hari bagi perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang itu antara Mac sehingga Julai tahun hadapan dengan kira-kira 60 orang saksi akan dipanggil memberikan keterangan. 

Hakim Hadhariah Syed Ismail juga mengingatkan pihak pendakwaan berhubung isu 13,000 dokumen yang masih belum selesai.

“Jika anda hendak perkara ini diselesaikan segera, kami tidak mahu dengar mengenai masalah dokumen anda.

“Saya mahu pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan fakta dan isu yang akan dibicarakan. Jangan bazirkan masa mahkamah.

“Pihak pendakwa perlu bersedia. Kita tak boleh lengahkan lagi. Sila bersedia pada 6 Januari untuk pengurusan kes,” katanya.

Pada 30 September, Hadhariah membenarkan pihak pendakwaan mengambil masa untuk mengindeks 13,000 dokumen yang diserahkan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohamed Daud terdahulu memberitahu mahkamah terdapat masalah dengan dokumen berkenaan.

“Kami sudah mengindeks dokumen itu, tetapi masih ada 3 dokumen dipertikaikan dan perlu diselesaikan,” katanya.

Pada masa sama, hakim memberitahu peguam bela mereka perlu bersedia dengan penyata pembelaan pada 6 Januari. Manakala tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada 27-31 Mac, 10-14 April, 24-28 April, 15-19 Mei, 29 Mei-2 Jun, 13-16 Jun, 17-21 Julai.

Hadhariah berkata perbicaraan akan diadakan minimum 5 hari dengan jarak seminggu.

“Tidak ada perubahan kepada tarikh ini kerana kita ada 60 saksi. Sila tanda tarikh itu,” katanya.

Pada 30 Jun, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Jika sabit kesalahan, Guan Eng boleh dipenjarakan maksimum dua tahun, denda dan rampasan hartanah.

1 comment:

Anonymous said...

1MDB takat mana sekarang ni. UMNO dah jadi pemangkin rasuah, yg lain jadi Pak turut.

 
Blogger Templates