Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, January 19, 2017

AKHIRNYA u-TUrN MENGAKU DAP MINTA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI!!!



Apabila Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP mendedahkan tentang pakatan sulit antara Mahathir dengan Lim Kit Siang membabitkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Mahathir adalah orang yang paling kuat lompat. Lim Kit Siang pun lompat sama. Bahkan Mukhriz Mahathir yang tidak banyak tahu tetapi hanya bermodalkan bapanya pun bukan main lagi melatah.

Setelah puas berkungtau, berkungfu, bersilat dan bersilambam, akhirnya u-TUrN membuat pengakuan bahawa DAP memang meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan kata lain, betullah seperti yang didakwa oleh Tunku Abdul Aziz pada 31 Disember lalu walaupun disangkal, bahkan diancam untuk disaman.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina.

"Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.

"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.

"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini. (RUJUK SINI)



3 comments:

Anonymous said...

Mana letaknya Moideen? Hi, hi bye bye Moideen. Tutuplah cerita Moideen dengan perjuangan politiknya. Last2 kena kencing.

Anonymous said...

Supremot D'dap beritahu dunia bahawa sesiapa saja yang mengatakan partinya mahukan kerusi MOi2 akan disamun. Apakah Supremot akan samun kuda trojan UMno kerana terdedahkan rahsia atau tersalur maklumat "palsu"? Dunia tentunya konfius.

Unknown said...

Hisss x mustahil.. Kat luar sana ramai melayu banggang dan baghal mcm kaldai yg sokong dap.. Yg sokong cina jadi tpm..

 
Blogger Templates