Dan isterinya, Tun Siti Hasmah juga menggunakan naratif seorang wanita yang penuh kasih sayang, cuba menggambarkan nasib yang telah menimpa tukang masak dan pembantu rumah mereka yang telah 'diberhentikan' kerja walaupun telah berpuluh-puluh tahun bekerja di bawah Mahathir-Hasmah.
Malah tukang-tukang propagandanya juga menggambarkan Mahathir sangat jujur, tidak mengambil kesempatan dan langsung tidak menyelewengkan satu sen pun harta negara untuk keluarganya. (RUJUK SINI)
Pendedahan tentang syarikat-syarikat pemilikan anak-anak dan dia sendiri, telah lama dibuat terutama pada penghujung 1990-an. Beberapa projek mega dan keistimewaan yang diterima oleh anak-anaknya juga telah dipersoalkan.
Dengan 488 buah syarikat - setakat yang diketahui - yang dimiliki oleh Mahathir dan anak-anaknya, membolehkan segala dakwaan tentang kekayaan luar biasa Mahathir sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ada asas-asas yang kukuh.
Cerita tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya, bukan sekadar cerita dalam negeri, bahkan telah pun diperkatakan oleh media-media besar dunia ketika dia masih berkuasa lagi. Dan sekali lagi, kejayaan utama Mahathir adalah mengekang berita-berita seperti itu daripada sampai ke pengetahuan rakyat menerusi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan penerbitan.
Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta.
Ini bererti dalam 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM7.92 juta.
Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina.
Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak?
Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya.
Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri. Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahuan rakyat.
Patutkah orang seperti Mahathir yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat terus menyokong dan memastikan kekayaan sekurang-kurangnya 488 buah syarikat yang sebahagian besar pula mendapat kontrak serta tender daripada Kerajaan Malaysia?
Patutkah orang seperti Mahathir yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat terus menyokong dan memastikan kekayaan sekurang-kurangnya 488 buah syarikat yang sebahagian besar pula mendapat kontrak serta tender daripada Kerajaan Malaysia?
Tidak cukupkah wang rakyat menerusi Petronas dikorbankan untuk menyelamatkan syarikat anaknya, Mirzan? Tidak cukupkah wang rakyat dikorbankan menerusi konsesi-konsesi tol lebuhraya? Tidak cukup jugakah RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dikorbankan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank?
488 buah syarikat sekurang-kurangnya!
Inikah yang dikatakan PERJUANGAN RAKYAT dan MAHU SELAMATKAN MALAYSIA menjadikan Mahathir galak menyerang Najib?
Atau sebenarnya Najib dan pentadbirannya telah menarik kembali segala keistimewaan serta salahguna hak keistimewaan Melayu-Bumiputera yang diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut, menjadikan Mahathir naik angin dan mahu membalas dendam dengan menggunakan rakyat?
Kalau Mahathir dan para pentaksubnya leka bercerita tentang RM2.6 bilion, agak aneh juga mengapa mereka tidak langsung bercakap atau menyentuh tentang RM5 bilion 'milik' Mahathir. (RUJUK SINI)
18 comments:
Ada tak mana mana anjing akan menyalak mengatakan mahathir bukan begitu..
pentaksub2 tm tak kan percaya semua ni dan akan membutakan sebelah mata dan hanya dapat melihat musuh2 mereka..insyaASllah takdir tak kan menyebelahi mereka2 ini yang sebenarnya hanya berpolitik sepanjang masa dan membuang masa menepis tindakan2 bodoh mereka..
Ya Allah..banyaknya syarikat tak tahu nak cakap apa...buat apalah duit banyak2..bukan boleh bawa masuk kubur
Macai dh bersuare!
Balasan di akhir hayat....dah jadi orang tua gila hilang akidah.
Ko tak habih2 mentekedarah duit dedak haram tu tak takut ke bro? biasakan lah diri nyalakan mancis kat tangan....untuk persediaan ko kat NERAKA nanti!
Orang yg betul2 nak menghapuskan kemiskinan tak mungkin gemar mengumpul kekayaan yg luar biasa dan akan memilih jalan kesederhanaan. Kekayaan di Malaysia hampir dah tak ada lagi sebab dibolot org2 UMNO yg tamak2 belaka.
Kalaulah betul pasti ds najiss akan hebohkan didalam tv3 suku tu
Yes Tun and family is very rich. Do they pay taxes? Sure they do if not LHDN will nab them. Did they robbed anyone money? Did they got it illegally? If yes then please do make a police or SPRM reports. So what is wrong with it.
Cuba selidik anak2 saudara serta talian keluarga Tun M dan siti hasman. Contoh ceo litar sepang Dato ahmad razlan ahmad razali, anak saudara siti hasmah. Adik dia razman bawak kereta mabuk accident sehingga kawan sy penumpang dlm kereta mati. Apa tindakan pun tak kena sebab dia kaya sangat. Keluarga si mati adalah org biasa. Sehingga sekarang sebyap sepi case tu. Acciden d tropicana awal 2000 atau penghujung 1990an. Itu hanya satu, byk lagi salah guna kuasa keluarga dema ni.
Ada bro. Bodohlah kau. Apasal tak mintak dulu. Org tak dapat macam tulah. Mungkin jugak kau terlalu bodoh. Tu pasal mahathir tak bagi kat kau.
Campur semua.yg mahathir buat tak boleh lawan pm kita yg terhebat. Pm kita curi terus sampai lingkup. Sekurang kurangnya mahathir meniaga. Company yg di pegang masih ada sampai sekarang. Dapat jugak org cari makan. Najib ni samun abis. Mencuri tak pandai. Bila kena tangkap ..salahkan org pulak.
Tulah tu. Tanyalah najib sekali. Dia pun berbillion gak tu. Pegang cash pulak lagi. Nak meniaga macam mahatir ni lambat. Curi cash je terus.
Aisey, kalau kerajaan dah tak mau bayar gaji amah amah tu, suruh la anak anak kau tolong gajikan mereka. Benak sungguh anak anak bekas perdana menteri yang sorang ni. Langsung tak nak membantu? Menyusahkan mak bapak sampai akhir hayat...
Atau memang sengaja cari publisiti murah.
Mana mana hanjing bunga raya/pkr/pan atau babi dap rasa boleh defend mentaliti subsidi mahathir laki bini, sila la....
Kesian sungguh kat mahadhir ni dah sampai kepenghujung hayat pun masih nak berpolitik
sebenarnya segala kebencian rakyat kpd umno adlah berpunca dr madey kutty..
this articles said, TDM are using cronies...
cuba semak juga komenwel 98 punya cerita... kedengarannya rugi..
Post a Comment