Kata Lim Kit Siang lagi, tuduhan dia adalah seorang komunis dan pencetus kepada Insiden Berdarah 13 Mei 1969, hanya muncul selepas BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen.
Bagaimanapun, hansard Parlimen dan catatan-catatan sejarah (kecuali Kua Kia Song yang sangat pro-DAP) menjelaskan tragedi 1 Mei 1969 bermula apabila Perlembagaan Malaysia yang membabitkan kedudukan istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam serta Raja-Raja Melayu dijadikan bahan kempen untuk menaikkan sentimen kaum Cina khususnya.
Hasilnya, kemenangan besar DAP di kawasan-kawasan Bandaran, khususnya Kuala Lumpur, menyebabkan para penyokong DAP yang telah ditanam semangat menghapuskan kuasa Melayu, berarak dan kemudian mencetuskan provokasi di kawasan-kawasan Melayu seperti Kampung Bharu, Kuala Lumpur.
Hanya kerana fakta-fakta tersebut tidak terdapat dalam buku teks Sejarah Malaysia, membolehkan Lim Kit Siang terus menipu. 13 Mei 1969 hanyalah tarikh berakhirnya tragedi tersebut. Tragedi bermula sebaik-baik sahaja keputusan PRU-3 iaitu pada 10 Mei 1969. Manakala benih-benih dan sentimen kebencian terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan Melayu telah pun ditanam sebaik-baik sahaja DAP muncul menggantikan PAP beberapa tahun sebelum itu.
Lim Kit Siang sepanjang kerjaya politiknya banyak menghamburkan kebencian terhadap Islam, Melayu dan Institusi Kesultanan Melayu, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pastinya ramai yang perasan, untuk tempoh yang panjang, DAP menerusi polisi rasminya, tidak akan menerima anugerah dan pingat daripada Raja-Raja Melayu kerana ia bertentangan dengan pendirian DAP yang anti feudal dan anti monarki. DAP juga mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya mereka dikehendaki mengenakan pakaian rasmi apabila menghadap Raja-Raja Melayu. DAP lebih sanggup berpakaian Barat tetapi akan membuat pelbagai dolak dalih sekiranya perlu mengenakan pakaian yang dikaitkan dengan Melayu atau Islam walaupun protokolnya begitu.
Begitu juga dengan penentangan keras DAP terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan dengan undang-undang Islam. Walaupun hakikatnya, berdasarkan Perlembagaan, undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas umat Islam sahaja, manakala bukan Islam pula hanya tertakluk di bawah undang-undang jenayah, DAP cukup keras menentang, sepertimana yang mereka tunjukkan dalam isu RUU355. Mereka lebih sanggup berputus arang berkerat rotan dengan PAS yang telah banyak membantu DAP semenjak PRU 2008.
Dalam PRU 2008, Pengerusi DAP Perak ketika itu, Ngeh Kor Ham tidak berpuas hati kerana Undang-Undang Tubuh Negeri hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja yang boleh dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Kontroversi perlantikan jawatan Menteri Besar berlarutan selama 2 minggu sehingga akhirnya hasil rundingan 'belakang pintu' DAP akhirnya bersetuju Nizar Jamaluddin yang mewakili parti paling minoriti di Perak waktu itu, PAS, dilantik sebagai Menteri Besar.
Banyak tindakan yang dibuat oleh Nizar yang merupakan boneka Ngeh-Nga terutama sekali lanjutan tempoh pajakan tanah kampung-kampung baru dari 99 tahun kepada 999 tahun, yang menunjukkan dendam dan kebencian mendalam terhadap Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu. Tidak sepatah larangan dan teguran pun keluar dari mulut Lim Kit Siang.
Kampung-kampung baru diwujudkan pada zaman darurat oleh Kerajaan British bagi menempatkan orang Cina bagi mengekang aktiviti pengganas Parti Komunis Malaya (PKM).
Begitu juga selepas PRU 2013, DAP telah terlibat dalam gerakan menggulingkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim. KDYMM Sultan Selangor bagaimanapun, tidak menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Bahkan baginda Sultan telah menitahkan agar tiga nama calon lain diajukan, bukannya satu. Bagaimanapun, DAP dan PKR tetap berdegil. Akhirnya PAS juga yang akur dengan titah Sultan bagi membolehkan Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun dalam tempoh itu, DAP dan PKR mencabar KDYMM Sultan dan menuduh baginda telah melanggar Perlembagaan. Bagaimanapun, DAP dan PKR tidak pula menjelaskan sama ada baginda telah melanggar Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri atau pada Artikel mana dalam Perlembagaan yang mereka perkataan. DAP dan PKR turut menunjukkan kebiadapan terhadap Sultan dan menghasut rakyat supaya membenci Sultan sepertimana yang mereka lakukan dalam kemelut melibatkan sebuah pusat Kristian.
RUU355 telah digunakan sebagai alasan untuk mematikan Pakatan Rakyat dan membentuk Pakatan Harapan. RUU355 juga telah digunakan untuk mewujudkan Islamofobia di Malaysia. Malahan wujud tanggapan bahawa Islam adalah agama hina yang perlu ditentang dan dihentikan dengan sebarang cara kerana Islam adalah agama bahaya yang mempromosikan keganasan, menyekat kebebasan dan mencabuli hak asasi manusia.
Lim Kit Siang adalah antara pemimpin-pemimpin utama DAP yang menggambarkan RUU355 sebagai permulaan kepada diskriminasi terhadap bukan Islam yang akan dipancung dan tangan mereka dikudungkan.
Lim Kit Siang boleh bagi apa-apa sahaja alasan untuk membela dirinya dan DAP tetapi tindak tanduk serta amalan rasmi DAP di negara ini sudah pun menunjukkan mereka memang membenci Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu.
6 comments:
Sori cakap lah, korang punya cyber army ni perlahan lah... Kenapa orang Pakatan Bodoh tu orang ramai percaya walaupun 100% tipu? Sebab diorang cepat sebar cerita bro. Yang sebelah kita ni lambat, asyik nak syok sendiri. Mcm mana org nk percaya kalau mcm tu. Paham sgt dh yg disebar puak pakatan bodoh tu hampir semuanya palsu. Nak tunggu pilihan raya mmg lambat bro... Tolonglah aku mintak, perkasakan cyber army ni. Tolong bagi tahu yang lain. Jangan buat cerita palsu mcm pakatan bodoh terutamanya si sotong tu buat, kita lawan pakai fakta.
Serius aku rasa terhina jugak bila cukai kita digunakan untuk bagi kat rakyat yang tak pandai nak berterima kasih.
Sama ada dizahirkan secara tersurat atau tersirat, sifat rasism ada dalam diri setiap insan. Namun ia masih boleh dikawal dengan akal dan hati. Kalau tidak dikawal maka ianya akan menjejaskan hubungan keduniaan antara sesama insan berlainan ras.
Rasism pada peringkat individu mungkin tidaklah membawa kepada kesan yang besar tetapi kalau rasism meresapi dan menguasai peringkat tertinggi sesebuah pentadbiran ia bakal mengundang padah yang yang amat besar seperti yang dilakukan oleh Hitler.
Contohnya lain rasism bersekala besar ialah zionism (rasism sepanjang zaman). Di peringkat individu ia tidak jadi hal sangat, sebaliknya kalau jadi polisi (bina rumah di kawasan palestine yang dijajah), ia bakal menjadi satu polisi yang menyalahi undang-undang dan zalim.
Rasism boleh dipatahkan dengan kemahuan dan keberanian yang tinggi. Rasism yang ditunjukkan terhadap Rohingya boleh dipatahkan oleh pentadbir di Yangon. Namun apabila pentadbir Yanggon memilih untuk pejam sebelah mata ia mampu mengambil ribuan atau jutaan nyawa tidak berdosa.
Peperangan yang diceritakan berlaku dalam sejarah Cina tua adalah tidak lain tidak bukan bersusurgalurkan sikap cauvinism. Ia bukan saja menyabut banyak nyawa tetapi juga menghalang bangsa Cina untuk mara menuju kemodenan (ketinggalan di belakang Barat).
Ketika pendapatan negara daripada petroleum melebihi 50% iaitu sedikit kurang dari Brunei, sepatutnya rakyat berhak hidup senang lenang. Namun, apa yang rakyat dapat hanyalah 1. Melayu mudah lupa dan 2. PEMALAS.
mmg pon ..lembab...kot yer pon bersabar biar bertempat..hisshh
Klu dah rasis dan anti Islam tu tak payahlah cakap banyak. Org tahu menilainya.
manusia berhati komunis yg percaya ckp si limkomunis nih. melayu2 dah ramai loosers...
Post a Comment