Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 17, 2017

KERANA KRONI RAPAT GUAN ENG, TIADA SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG INDIA YANG LANTANG SEBELUM INI, BERANI BERSUARA!!!



Tidak ada langsung suara daripada Hindraf, N.Surendran, mahupun P.Ramasamy Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, walaupun yang kena belasah dengan pemotong besi adalah seorang lelaki India. Manakala pembelasah pula adalah seorang lelaki Cina berpangkat Datuk Seri dan merupakan kroni Lim Guan Eng.

Keadaan mungkin akan berbeza jikalau lelaki Cina tersebut adalah dari Barisan Nasional.


Di sebalik perjuangan N.Surendran yang mahu membebaskan seorang penjenayah dadah berbangsa India rakyat Malaysia di Singapura yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati, bahkan menjadi wakil kepada ibu penjenayah tersebut untuk menyaman Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia kerana tidak mahu campurtangan menyelamatkan penjenayah berkenaan, N.Surendran seperti pekak apabila salah seorang daripada orangnya dizalimi oleh seorang lelaki Cina hanya kerana merakamkan video dia memotong pengunci tayar kereta mewahnya.

Latheefa Koya juga tidak berbunyi.


P.Ramasamy yang sentiasa kritikal dan memandang rendah kepada semua orang kecuali terhadap Cina-Cina DAP, langsung tidak bersuara.

Apakah kerana yang dizalimi itu seorang pengawal keselamatan berbangsa India yang hanya menjalankan tugasnya, maka ia tidak layak dibela dan disuarakan kepentingannya.


Atau kerana kaitan rapat penzalim tersebut yang kini telah dibebaskan dengan jaminan polis merupakan kroni utama Lim Guan Eng dan bekerjasama rapat dengan Betty Chew, isteri Guan Eng, maka tiada seorang pun pemimpin berbangsa India yang lantang bersuara sebelum ini membela apa-apa sahaja yang berkaitan masyarakat India walaupun penjenayah, terus kehilangan suara dan ketakutan?


2 comments:

Anonymous said...

Boleh nilai sendirilah...

Anonymous said...

ini adalah tip of the iceberg. apabila Pulau ini akhirnya didiami hanya oleh sekelompok manusia yang sama waktu dengan "geng ster" ini, bayangan di masa depan amat menyeramkan terutama buat orang luar yang berhasrat untuk makan angin di Pulau berkenaan. jangan biarkan nasi jadi moi.

 
Blogger Templates