Kalau dahulu, apa-apa sahaja berita negatif oleh media-media antarabangsa tentang Malaysia dan dirinya, semuanya dianggap fitnah. Malah dia berusaha mendidik rakyat Malaysia agar tidak mempercayai walau satu pun laporan media antarabangsa, sekarang sudah terbalik.
Kalau dahulu Mahathir sanggup bergaduh dengan Paul Keating, Perdana Menteri Australia yang melabelkannya sebagai keras kepala. Sanggup bergasak dengan Rupert Murdoch, konglomerat media terbesar dunia yang menguasai kesemua jaluran media elektronik dunia, bahkan sanggup bermasam muka dengan Margaret Thatcher.
Walaupun media sosial tidak wujud pada zamannya, tetapi berita-berita negatif tentang Malaysia banyak dilaporkan. Cuma tidak sampai ke tangan rakyat Malaysia kerana Mahathir mengamalkan dasar tertutup sepenuhnya terutama melalui cengkaman kuasa politik dan undang-undang yang menjaga kepentingannya.
WSJ, Sarawak Reports, AWSJ bahkan Times, merupakan antara media cetak yang seringkali membuat pendedahan-pendedahan besar tentang perangai Mahathir yang mencuri wang negara ini untuk dibahagi-bahagikan kepada anak-anak, ahli keluarga, proksi dan kroninya.
Sehingga kini, Mahathir tidak berani mengambil sebarang tindakan terhadap Barry Wain dan Asian Wall Street Journal yang telah menerbitkan buku "Malaysian Maverick' yang memperincikan rompakan wang negara yang telah dibuat oleh Mahathir.
Bloomberg yang pernah membuka pejabat di Malaysia juga tidak terkecuali membuat laporan yang sama.
Dua hari lepas, KDYMM Sultan Johor menempelak Mahathir yang cuba menggambarkan bahawa China telah merompak dan menjajah negara ini. Malah Mahathir juga cuba menimbulkan kegemparan dengan kewujudan 700,000 orang rakyat negara China di Johor yang sudah tentu cuba digambarkan oleh Mahathir sebagai pengundi dalam PRU akan datang. (RUJUK SINI)
Jawapan balas bernada sombong Mahathir kepada KDYMM Sultan Johor jelas menunjukkan, dia masih lagi terperangkap dengan era kekuasaannya.
Dia masih lagi berpendapat, pelaburan dalam pembuatan lebih diperlukan sekalipun pelaburan pembuatan hanya menyediakan tingkat gaji yang lebih rendah apatah lagi sektor tersebut sekarang dikuasai majoritinya oleh pendatang asing.
Mahathir terus mengenepikan sektor perkhidmatan yang mana amat diperlukan oleh ekonomi pembangunan bagi mewujudkan pendapatan berskala tinggi.
Pengerusi Cap Bunga itu terlupa, masalah sebenar negara ini bukannya pengangguran tetapi tangga gaji. Malaysia bukan lagi sebuah negara yang menyediakan tenaga kerja murah.
Dan kerana itulah, semenjak tahun 2009, Kerajaan Najib memfokuskan untuk mempertingkatkan lagi sektor perkhidmatan berbanding sektor pembuatan. Walaupun begitu, sektor pembuatan tetap juga diberikan perhatian. Bahkan banyak insentif ditawarkan kepada pelabur.
Lihat kepada graf di bawah, pelaburan pembuatan masih lagi kukuh bahkan lebih tinggi berbanding zaman Mahathir. Namun fokus baru adalah terhadap industri perkhidmatan dan perkhidmatan eksport. Perkhidmatan sekarang adalah penyumbang terbesar dan merangkumi 53.9% KDNK pada tahun 2015. Salah satu tanda kejayaan adalah, sektor perkhidmatan pengeksportan terus berkembang dengan RM135 bilion direkodkan tahun berkenaan.
Di Amerika syarikat, sektor perkhidmatan merangkumi 8% KDNK dan 81% daripada peluang pekerjaan di negara berkenaan.
Berdasarkan kepada graf di bawah juga, pelaburan sektor perkhidmatan juga sangat ketara semenjak 2009 dan telah mengatasi sektor pembuatan.
Inilah yang dilakukan oleh Kerajaan Najib iaitu menyediakan peluang-peluang pekerjaan berdasarkan sektor perkhidmatan yang bernilai tinggi dan menggunakan tenaga kerja tempatan, bukannya kerja-kerja bergaji rendah dalam sektor pembuatan yang dipenuhi warga asing sebagaimana yang dikehendaki oleh Mahathir.
Apatah lagi, Mahathir telah membuat tuduhan yang salah terhadap KDYMM Sultan Johor apabila menuduh baginda menjual negara memandangkan Forest City yang menjadi hujahnya itu, terletak di atas tanah tebus guna dan masih belum berstatus daratan lagi sekarang. Dan kalaupun selepas ditebusguna, kawasan tersebut akan menjadi sebahagian daripada wilayah berdaulat Johor dan tidak mungkin boleh dikorek untuk dibawa pulang ke China!
7 comments:
Hebat kata2 tuan blog.
Mohon tuan blog copykan/linkkan jawapan TM dlm The Star hari ini (17.1.2017)supaya semua bole baca dan nilai.....tuan blog byk main emosi tapi fakta dan realiti sosial/ekonomi kureng.....
Ttg jumlah unit rumah (700,000 unit?) dan developers yg terlibat tu...Yg TM kata ka Bloomberg yg kata......Bloomberg ni tipu agaknya....
Pernah dengar ttg 'Ghost Cities' in China......rajin2 lah cari
zaman madey kerja kilang gaji ciput. nak beli kapcai pun tak mampu.
zaman najib kerja kilang ribu ribu. bolih beli keta proton.
madey nak u turn macam zaman dia dulu. tobat lahum nak makan pasir balik.
Assalaam bro. mohon pautkan blog http://www.brolaylow.com/ TQVM
Harap perkara ini tidak dipolitikkan. Pembangunan projek perumahan boleh dilaksanakan oleh mana2 Syarikat tidak semesti hanya dari China. Cuma China mempunyai kelebihan kerana mereka mempunyai dana beratus-ratus trillion USD. Masalahnya hanya satu. Mahathir Laknatullah Al-Dajjal ingin sabotaj ekonomi malaysia. Kalau dia betul ingin membela melayu kenapa hampir semua kroni2nya berbangsa Cina. Satu lagi pembohongan ialah 900,000 orang2 dari Cina ini akan didaftarkan sebagai pengundi. Tak logik, bukan senang nak dapat kerakyatan Malaysia, nak dapat PR pun susah. Gempaq sakan mamak barua ni
Artikel terbaik!Namun perenggan terakhir potong stim bro!Apa punya kesimpulan daa...Hujah2 dah cukup bernas tapi dirosakkan oleh just 1 perenggan tu!
Yg percaya madey selalu taksub buta tulis dan fakta fake!
Tanah tu leasehold. Bukannya freehold.
Post a Comment