Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 14, 2017

POLEMIK MAHATHIR TIDAK BERJAYA DAN KALAU BUKAN KERANA PKR-DAP, STADIUM MELAWATI SHAH ALAM KOSONG BUAT PERHIMPUNAN JULUNG KALI CAP BUNGA!!!



Dua minggu sebelum Himpunan Cap Bunga di Stadium Melawati, Shah Alam direalisasikan, Mahathir selaku Pengerusi Cap Bunga cuba mencipta polemik bertujuan untuk menarik perhatian seramai mungkin pentaksub dan penyokongnya memenuhi stadium yang berkapasiti 15000 orang itu. 

Ini adalah kerana Cap Bunga atau PPBM diwujudkan hasil daripada sentimen yang dicipta oleh Mahathir terhadap UMNO dan Najib Abdul Razak. 

Mahathir cuba mengulangi sejarah Anwar Ibrahim  yang berjaya menghimpunkan ratusan ribu orang penyokong dalam tempoh yang singkat. Mahathir juga cuba meniru sejarah Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya mengumpulkan ratusan ribu penyokong yang hampir menumbangkannya pada tahun 1990 kalau tidak kerana 'foulplay' yang diciptakannya. 


Para penyokong Mahathir dan Mukhriz begitu teruja serta berkeyakinan penuh, Stadium Melawati akan berlambak-lambak dengan manusia untuk menunjukkan betapa merudumnya sokongan terhadap Najib Abdul Razak, sepertimana yang ditunjukkan oleh para penyokong Anwar Ibrahim di jalanraya-jalanraya sekitar Kuala Lumpur pada penghujung 1990-an lalu.

Tukang propaganda Mahathir dan Mukhriz juga bergendang sakan di media-media sosial, melahirkan keyakinan penuh Stadium Melawati akan dibanjiri penyokong Cap Bunga. Apatah lagi, mereka menggunakan umpan Malaysiakini yang telah menyiarkan satu artikel bohong yang cuba memperlekeh-lekehkan sistem keselamatan kewangan di Singapura yang cukup terkenal dengan kawalan dan sekuriti yang amat ketat berbanding teori kononnya seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Jho Low menggunakan 'proksi'nya yang bernama Eric Tan untuk memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Najib Abdul Razak.


Malangnya, polemik dan drama murahan yang dimainkan oleh Mahathir, gagal menarik perhatian. Tiada gelombang besar seperti yang diharapkan. Himpunan Cap Bunga yang diadakan buat julung kalinya di Stadium Melawati, sangat hambar. Kalau ada pun, hanyalah golongan syok sendiri yang terpaksa menipu dalam posting-posting mereka di media sosial. 

Ternyata, demam dan kenangan silam ketika bersama-sama UMNO, masih menebal di hati Mahathir, Mukhriz, apatah lagi Muhyiddin Yassin!


Sepucuk surat kerahan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang bertindak sebagai penyelaras dan penasihat kepada DAP dan Cap Bunga sendiri, telah didedahkan dan disiarkan oleh Netizen. Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang penafian tentang ketulenan surat berkenaan seperti yang dilakukan oleh para pemimpin PKR sebelum-sebelum ini. 

Beberapa perkara menarik yang telah pun diperkatakan lebih awal, tertulis di dalam surat berkenaan. Antaranya termasuklah kerahan oleh PKR ke atas ahli-ahli  mereka untuk 'menyamar' sebagai ahli-ahli Cap Bunga bagi memenuhi Stadium Melawati. Selain itu termasuklah umpan 'dedak' RM100 serta amaran tindakan tegas terhadap ahli-ahli PKR yang enggan meramaikan stadium berkenaan dari parti. 




Namun, ia tetap tidak banyak mengubah keadaan. Sebelah petang sebelum acara bermula, kehangatan perhimpunan julung kali Cap Bunga itu tersangat hambar. Stadium Melawati masih lagi kosong. Untuk menarik perhatian, satu karnival telah diadakan di pekarangan stadium. Namun karnival itu juga kurang berjaya menarik perhatian dan menggamit kedatangan. 

Jam  2:00 petang, Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin tiba di Stadium Melawati tanpa sambutan gah seperti yang diterimanya sewaktu di dalam UMNO dahulu. Dia meninjau karnival yang diadakan dan persiapan terakhir di gelanggang utama stadium sebelum makan tengah hari di Food Trucks dan membuat walkabout di gerai-gerai yang ada. 




Jam 3:00 sehingga 4:00 petang, Muhyiddin di Training Telepromter. Mahathir hanya muncul di Stadium Melawati pada jam 4:00 petang dan membuat walkabout selain menerima Borang Keahlian Cap Bunga. 

Jam 5:00 petang, solat Asar berjamaah diadakan dan satu majlis tahlil memperingati Allahyarham Tun Abdul Razak turut diadakan.



5:30 petang, Mahathir bergerak ke Hotel Concorde Shah Alam untuk berehat. Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin. 



Jam 7:40 malam, Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan isteri masing-masing makan malam di Concorde sebelum bergerak ke Stadium Melawati. Muhyiddin bergerak pada jam 8:15 malam manakala Mahathir 15 minit kemudian.

Perhimpunan Cap Bunga bermula pada jam 9:00 malam. Beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan termasuklah Wan Azizah turut hadir.  Turut hadir adalah Presiden PERKASA, Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar.




Jangkaan dan anggaran keseluruhan hadir hanyalah 3000 orang berbanding 15,000 orang seperti yang dibuat oleh Cap Bunga. Kebanyakan yang hadir adalah ahli-ahli PKR dari seluruh Selangor, selain beberapa kerat ahli-ahli PAN dan segelintir ahli-ahli PAS Selangor. Turut juga hadir adalah beberapa orang 'suluhan' DAP.


15 comments:

Anonymous said...

Kalau pandai sangat ..takyahlah posting bai. Apa nak takut. Parti Bersatu takde sambutan. Bahlol betullah kau ni. Kita sama2 tengok sapa yg menang pilihanraya nanti. Nak tau ada ke tak sokongan parti bunga yg kau kutuk sangat ni.

Anonymous said...

PH akan hapuskan GST. BN mati akal.:)

Anonymous said...

mcm bunyi surat arahan Hitler.. punca aku menyampah pd umno ialah sebab madey kutty..

Anonymous said...

SO Sad Blogger PENIPU rupanya
DEDAK DAN BIJAN buat blogger ini jadi PENIPU , macam Ah Jib Gor penyamun BUGIS

Anonymous said...

Hihi...3000 orang dgn 15000 org pun kau tak bokeh nak beza..aku biasa dtg stadium melawati..kalau penuh atau tak penuh mmg aku tau..

Jawapan aku...penuh

Anonymous said...

Issh..apa kecoh kecoh ni...tak kiralah betapa orang yang datang..cuma yang pasti parti cap bunga ni nak..ngemis kerusi sapa jer..tu yang penting Pan..Pkr..atau Dap..so.tunggu

Anonymous said...

mana boleh lawan acara Pas yang dibuat di situ yang senantiasa penuh meskipun tiket yang dikenakan adalah RM 100 plus plus. kalau orang lain yang buat dan kalaupun tiket yang dikenakan adalah RM 100 minus minus .. foto yang di atas dapat menjelaskan situasi sebenar yang melata-lata.

megat panjialam said...

Nak muat naik video kat sini tk blh. Kelakar siut stadium yg blh memuat max 15k korang letak 25K. Malaysia kini hanya bagi 5K macai

Anonymous said...

memang lah penuh. dapat token rm100. beli baju merah boleh claim. ini lah muka muka semua sapu, asalkan ada duit upah.
nanti kerajaan bagi brim rm400 ambik jugak, walau tuan besar cakap itu rasuah.

Anonymous said...

hang susah apa orang mai ramai ke tak? sudah goyang ka...hihi

pkcik mat.

Anonymous said...

Blogger pro umno takut betul dgn mahathir hari-hari cerita pasal mahathir

Anonymous said...

blogger pro dedak tun m pula hari2 dgn fitnah2 kpd bn mcm la Allah buta...tak takut langsong dgn balasanNya.

Anonymous said...

even SADDER jika pengikut melayu konon mengaku MUSLIM
dah terikut LIMKOMUNIS yg terang2 ANTI MELAYU DAN ISLAM...MELAYU LOOSERS

Anonymous said...

ph hapuskakan gst dorang hidupkan GSKENTOT...:-D :-D :-D
komunis yumseng...lol

Anonymous said...

10.30 manusia tak kenang d untong. makna syukur pon tak tahu. tahu mengomplen sepjg. mahal rezeki la bodossss

 
Blogger Templates