Sembang pasal 'sayangkan negara', 'selamatkan Malaysia', 'kita adalah pejuang negara', bukan main hebat. Berdegar-degar dalam setiap posting dan reaksi mereka di media sosial. Malah apabila kita mempersoalkan motif sebenar mereka mengecam pentadbiran negara, alasan yang mereka berikan ialah kerana mereka sayangkan negara ini, kerana mereka sangat patriotik.
Hakikatnya merekalah si kitul yang pada bila-bila masa sahaja akan lebih sanggup memusnahkan malah seronok terkinja-kinja apabila dilihat ada kuasa luar yang mengancam negara ini.
Yang mengaku menjadi rakyat Malaysia itu rupa-rupanya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu tentang peranan Malaysia sebagai mediator atau orang tengah atau pendamai. Mereka tidak tahu bagaimana Malaysia merupakan negara pertama dari dunia demokrasi yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China yang berkuasakan komunis. Mereka juga tidak tahu bahawa Malaysia merdeka melalui jalan rundingan bukannya melalui jalan pertumpahan darah setelah kekerasan dan provokasi hanya mendatangkan kerugian yang lebih besar berbanding revolusi.
Kesimpulan mudah yang mereka buat, apatah lagi sikap sembrono yang ditunjukkan, menunjukkan kewajaran Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang kewarganegaraan. Status kewarganegaraan perlu disaring kembali dan perlu menjalani ujian paling ketat dan paling tegas memandangkan terlalu ramai yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi sangat bersedia untuk berpindah ke negara lain apabila negara ini dilihat terancam.
Satu perkara yang pihak berkenaan tidak tahu atau barangkali buat-buat tidak tahu ialah, MAJORITI ANGGOTA KESELAMATAN ADALAH ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA, terutama yang berpangkat rendah dan akan dihantar ke barisan hadapan!!!
2 comments:
sesiapa jua boleh jadi mangsa kepada mana-mana penjenayah waima di mana jua. depa boleh menyorok dalam lubang cacing dan menyangka lubang itu bebas jenayah walhal tiada jaminan lubang cacing tadi tidak ada penjenayah.
Kenapa satu nyawa melayang dijadikan isu dunia walhal ada kes lebih besar yakni beribu pelancong/orang asing mati jadi abu dalam runtuhan twin tower dalam insiden 9/11 dan kota berkenaan tak dapat berbuat apa-apa bagi mencegahnya, tak pulak kes lebih besar ini dijadikan perbandingan bagi menunjukkan kes Kim Joon Un sekadar ikan bilis dibandingkan dengan ikan paus saiznya. Probably Tun was partly correct... Melsions are the forgetful lots!
Post a Comment