Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 22, 2017

LUKAKAN HATI RAKYAT MALAYSIA KONON.... SEBENARNYA LUKAKAN HATI KELUARGA MAHATHIR YANG TELAH SEDUT SETIAP KEUNTUNGAN PROTON SELAMA INI!!!



Mungkin masa dia berkuasa dahulu, cakapnya akan ditanggapi dan dipropagandakan sebagai bersifat SANGAT PATRIOTIK!

Main-main ke kalau seorang yang hebat seperti Mahathir melahirkan kerisauannya berhubung sebuah syarikat yang kerapkali dikaitkan sebagai syarikat negara, bahkan menjadi lambang kejayaan industri automotif negara, apabila syarikat berkenaan bakal menjadi milik negara asing.

Tetapi dahululah...

Sekarang, kaedah yang Mahathir gunakan, sudah tidak terpakai. Generasi sekarang bukannya generasi bongok yang menelan bulat-bulat apa yang keluar dari mulut pemimpin terutama sekali apabila lebih banyak rahsia yang selama ini terpendam, sudah pun diketahui.

Kebimbangan yang dilahirkan oleh Mahathir berhubung nasib Proton, dilihat tidak lebih daripada kebimbangannya berhubung keberadaan dan survival syarikat kroni yang menyedut keuntungan Proton selama syarikat itu wujud.

Seperkara yang tidak dikatakan oleh Mahathir ialah, Proton bukan lagi syarikat negara, sebaliknya dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari menerusi syarikatnya, DRB-HICOM. Mahathir sendiri yang mahukan Proton dimiliki oleh DRB-HICOM. Kemudian, Mahathir sendiri yang mendesak agar kerajaan memberikan geran dan pinjaman mudah yang bernilai berbilion-bilion ringgit untuk syarikat tersebut.

Di dalam blognya, Mahathir kata, dia kecewa Proton akan dijual kepada syarikat asing, sekaligus menyebabkan pembekal barangan (vendors) kepada Proton akan hilang mata pencarian. Mahathir cuba membuat manipulasi kononnya, dia boleh terima Proton mempunyai rakan strategik tetapi kecewa kerana pegangan ke atas syarikat tersebut dijual kepada syarikat asing.

Walhal, seperti yang diketahui, Proton tidak dijual sepenuhnya kepada syarikat asing sebagaimana yang didakwa oleh Mahathir. Malah antara syarat yang diberikan oleh Kerajaan ketika menghulurkan pinjaman mudah sebanyak RM1.6 bilion kepada Proton yang dimiliki oleh DRB-HICOM ialah, mencari rakan strategik bagi memulikan Proton yang telah dirosakkan dengan teruk oleh Mahathir.

Semenjak sepuluh tahun lalu, Proton berusaha mencari rakan strategik. Tujuannya ialah untuk membolehkan Proton menembusi pasaran antarabangsa secara lebih tuntas selain membawa masuk kepakaran automotif yang lebih baik berbanding sekarang.

Barangkali ramai yang tidak tahu bagaimana Mahathir sentiasa mencari jalan menggagalkan kerjasama dengan syarikat asing menerusi pelbagai syarat dan pandangan tidak masuk akal menyebabkan syarikat-syarikat besar termasuklah Volkswagen (2007) terpaksa melupakan Proton. 

Dan bukan juga rahsia, Mahathir sebenarnya tidak pernah berniat untuk mempertingkatkan industri automotif atau memajukan Proton sebaliknya berusaha melindungi syarikat-syarikat kroninya yang telah lama menghisap keuntungan dari Proton. Antara syarikat tersebut adalah Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. yang dimiliki oelh anak saudaranya, Rahmat Abu Bakar yang diberikan konsesi lumayan bermula dari tertubuhnya Proton.

Tulisan Mahathir kononnya vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai, selain ramai pekerja yang akan kehilangan pekerjaan dan kapasiti kejuruteraan Malaysia yang akan merosot, adalah cubaan untuk menyelamatkan kedudukan syarikat-syarikat kroninya yang bakal ditendang atau keuntungan mudah mereka dikerat. Kebimbangannya konon, Malaysia akan kekal sebagai negara dunia ketiga tidak ubah seperti sebuah propaganda gagal.

Setelah lebih 30 tahun, Proton masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Selama lebih 30 tahun juga, Proton tidak memberikan sebarang impak kepada bidang kejuruteraan bertaraf global. Malah selama lebih 30 tahun juga, Proton masih gagal menembusi pasaran antarabangsa. Kalau ada pun, hanya sedikit di sana sini  yang dijual dengan harga di bawah pasaran berbanding harga yang ditawarkan di dalam negara. Tanpa pembelian lokal, Proton barangkali sekarang ini sudah boleh mengira keuntungan daripada jualan besi buruk, sama seperti Perwaja yang juga rosak di tangan Mahathir!

Dan kalaulah tidak dibantu oleh kerajaan, pastinya syarikat-syarikat kroni Mahathir seperti Jurumuda juga sudah lama tutup kedai.

Hakikatnya, kebimbangan Mahathir sebenarnya ialah, kehilangan besar kepada keluarga Mahatir sendiri apabila Proton dipegang oleh syarikat asing. Sudah pastilah, pembekal sedia ada yang tidak kompetitif dan hanya MENTEKEDAGHAH kerana sifat kroninya, akan digantikan dengan syarikat-syarikat baharu yang lebih baik. Inilah sebenarnya yang amat dibimbangi oleh Mahathir.

Ironinya, Mahathir cuba menyalahkan Najib Abdul Razak walaupun Proton adalah milik DRB-HICOM sepenuhnya. Kalau pemiliknya, Syed Mokhtar Al-Bukhari membuat keputusan untuk menjual Proton sepenuhnya, apa kena-mengena dengan Najib pula?

Untung betul sesiapa yang menjadi kroni Mahathir... walaupun negara lingkup dan wang negara diculalangkitkan, mereka tetap terbela dan tidak mengalami kerugian!!!


4 comments:

Anonymous said...

kroni taklah jadi isu kalau kompetitif tapi kalau kroni/monopoli, yang ini menanti saat KEBABOOM.

Anonymous said...

Yang penting Mualim perlu terus bernafas meskipun orang luar yang masuk
Yang penting pekerjaan untuk anak tempatan terus ada meskipun vendors adalah muka-muka baru.
Yang penting jualan kereta harus meningkat kerana ia bakal menyumbang dalam bentuk cukai, keuntungan dan penabungan.
Paling penting ada batas dan had dalam setiap satu misi dan visi. Kalau had dan batas telah dilepasi tetapi misi dan visi tak ke mana-mana. Cukup-cukuplah.

Anonymous said...

Kejap cakap .
Seperkara yang tidak dikatakan oleh Mahathir ialah, Proton bukan lagi syarikat negara, sebaliknya dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari menerusi syarikatnya, DRB-HICOM. Mahathir sendiri yang mahukan Proton dimiliki oleh DRB-HICOM.

.kejap cakap..Setelah lebih 30 tahun, Proton masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

Mana satu daaaaa....oppss..salah spin...

Anonymous said...

Proton dah sedut semua kekayaan Rakyat dan Bumi Malaysia. Orang yg lantang bercakap pasal Bumiputera Lah menjadi penyamun di kemudian hari. Pakailah otak dan logik lain kali. Hari ini Malaysia dah ketinggalan 30 thn sebab Mahathir. Sepatutnya pada masa Negara diambang kegemilangan sepatutnya Mahathir menabung Dan membasmi kemiskinan tapi dia curi, boros Dan membahagikan hasil2 Negara kearah pembangunan yg diusahakan oleh kroni. Hari ini prasana2 tersebut hanya dapat diguna dengan harga yg mahal yg tidak termampu dibayar Rakyat pada masa hadapan. Manakala yg dah buat duit dah lari ke seluruh pelusuk dunia termasuk Mahathir dan Badawi Si Unta. Inikah yg digelar Negarawan.....

 
Blogger Templates