Lim Guan Eng yang sepatutnya sudah digantung tugas dan tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas berkaitan Ketua Menteri Pulau Pinang dan yang berkaitan dengannya kerana berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna di mahkamah, sedang cuba mempertahankan bapanya dan partinya daripada mendapat malu.
Ancaman untuk menyaman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih belum direalisasikan walaupun pada masa yang sama, DAP masih berterusan cuba menggilap imej mereka sebagai bukan anti-Islam.
Apa yang dilakukan oleh DAP itu, mudah dibaca. DAP mahu menanam kepercayaan di kalangan orang ramai terlebih dahulu bahawa mereka sebenarnya bukan anti-Islam. Dan apabila melihat gelombang kepercayaan ramai bahawa DAP memang bukan anti-Islam, maka barulah saman akan dibuat.
Namun, bagi yang mengikuti perkembangan kerjaya politik Lim Guan Eng, sudah tentu tahu, sebenarnya yang benar-benar sakit hati, bukannya Lim Kit Siang tetapi Lim Guan Eng. Lim Guan Eng cukup terkesan apabila dia bakal diheret ke penjara kerana kesalahan rasuah dan salahguna kuasa.
Walaupun Lim Guan Eng dan para penyokongnya cuba menggambarkan kononnya apa yang berlaku kepada Lim Guan Eng sebenarnya tidak lebih daripada konspirasi politik semata-mata, hakikatnya para peguam Lim Guan Eng sendiri terpaksa bertungkus-lumus mencari sisi-sisi teknikal yang boleh dimanipulasikan sebagaimana yang dibuat dalam setiap kes saman fitnah membabitkan Lim Guan Eng. Mereka tidak mencari fakta tetapi technical fault yang lebih mudah dimanipulasikan dan kemudian kemenangan berpihak kepada Lim Guan Eng.
PAS mungkin ada helahnya yang tersendiri apabila menghantar Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berbincang dengan Mukhriz Mahathir. Apatah lagi selama ini pun, Tuan Ibrahim Tuan Man kerap benar menunjukkan 'warnanya' dalam banyak kenyataan serta sikapnya yang bertentangan dengan Presiden.
Namun yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah akan membuatkan Lim Guan Eng dan juak-juaknya semakin marah.
Mohd Nor dalam satu kenyataannya berkata, berbanding Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang tidak memiliki rumah yang berharga jutaan ringgit sama ada 'terdapat kolam renang atau tidak' sepanjang dia menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu. Sebaliknya Hadi hanya memiliki dua buah rumah kayu untuk kedua-dua orang isterinya dengan Laut China Selatan sebagai 'kolam renang' mereka.
Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh sepenggal menjadi Menteri Besar Terengganu, baik Presiden PAS itu mahupun ahli keluarganya tidak didakwa melakukan jenayah atau rasuah.
2 comments:
kalau di negara maju, tertuduh kes jenayah kolar biru tentunya di suruh kosongkan jawatan. berbeza di antah berantah yang mana tertuduh tak perlu kosongkan jawatan sementelahan bapa ada di sisi?
Dap dah pening akibat perbuatan sendiri. Silap perhitungan politik.
Post a Comment