Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 2, 2017

LIM GUAN ENG ANGIN BILA TENGKU ADNAN CADANGKAN PULAU PINANG JADI WILAYAH PERSEKUTUAN TANPA SEDAR, PULAU PINANG DIPAJAK DARI SULTAN KEDAH!!!!



Kelam-kabut sungguh Lim Guan Eng apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor mencadangkan agar Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka dijadikan Wilayah Persekutuan serta diletakkan di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung. 

Sudah tentulah, 'PENJAJAH' seperti Lim Guan Eng akan benar-benar tercabar dengan kenyataan sebegitu. Dia yang merupakan bukan anak tempatan Pulau Pinang, malah tidak peduli pun dengan sejarah Pulau Pinang selain status Pulau Pinang yang masih tergantung dengan Kedah, menolak cadangan tersebut mentah-mentah. 

"Kita tidak akan menyerahkan negeri kita. Ini tidak boleh diterima. Kita akan memberitahu Adnan, "Tidak, pu yao dan mudiathu," kata Lim Guan Eng yang menterjmahkan perkataan 'tidak' kepada perkataan Mandarin dan Tamil dalam satu sidang media di pejabatnya di Komtar hari ini. 

Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng juga menggelarkan Tengku Adnan sebagai 'penakluk' yang berkata, kementerian Tengku Adnan sepatutnya mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri yang 'terjejas' sebelum mengumumkannya kepada orang awam. 

Tengku Adnan dilaporkan membuat kenyataan tersebut dalam temubualnya di stesen radio BFM89.9 semalam.

Kata Lim Guan Eng, tindakan menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu Wilayah Persekutuan merupakan perbuatan pelik dan sumbang. Rakyat Pulau Pinang katanya tidak akan gembira kerana negeri mereka akan pupus. Malah kenyataan dan cadangan Tengku Adnan itu lebih merupakan kepada perbuatan menghasut. 

"Anda telah mengancam integriti penyatuan Pulau Pinang dalam Malaysia. Anda mahu mengeluarkan Pulau Pinang. Saya tidak mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang terakhir. Akan terdapat Ketua Menteri lain selepas saya. Saya tidak mahu menjadi pembelot dan pengkhianat," kata Lim Guan Eng.

Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah sehinggalah dipajak oleh Francis Light pada tahun 1786. Manakala bahagian Seberang Perai di tanah besar pula telah dipajak oleh Francis Light pada tahun 1800. Keseluruhan pajakan Pulau Pinang termasuklah Seberang Perai yang dijelaskan oleh British kepada Kerajaan Negeri Kedah adalah 10,000 dolar. Apabila Pulau Pinang dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, Pulau Pinang membayar pajakan kepada DYMM Sultan Kedah pada kadar 18,800 dolar setahun. 

Bagaimanapun, pajakan tersebut tidak dibayar oleh Pulau Pinang, sebaliknya yang membayar adalah Kerajaan Malaysia. Secara tidak langsung, Kerajaan Malaysia sebenarnya adalah pemajak negeri Pulau Pinang bukannya Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang!

Status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat, masih lagi kabur kerana perjanjian dengan DYMM Sultan Kedah. 

Jadi, yang Lim Guan Eng nak memekak dan berlagak seolah-olah dia adalah pemilik negeri Pulau Pinang, di mana asasnya? 

Mana yang lebih baik, menjadikan Pulau Pinang sebagai salah sebuah Wilayah Persekutuan selain Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan atau pulangkan Pulau Pinang kepada Kedah?

Dia sedar ke tidak, dia tu siapa?


12 comments:

Anonymous said...

Tiu niah mah chor hai anak kit sial dapigs parti anti Melayu!

Anonymous said...



Tokong Lim Sial sudah mau masuk dalam penjara maa.. apa peduli dia menyalak.
Muka tak malu punya CinaDapig... itu Seberang Perai (SPU-SPT-SPS) dan seluruh Pulau Pinang itu Sultan Kedah yang punya. Wilayah negeri Kedah yang hanya diPAJAK!!

INIKALILAH kasi ajar lu punya muka Lim Gone Eng! DAMN U!

Anonymous said...

laksanakan saja, jika undang2 & perlembagaan membenarkan...jgn cuma ckp macam burung kakak tua... wahai menteri....

Anonymous said...

Mungkin boleh mulakan dengan Kedah mengambil semula Seberang Prai. Bahagian pulau biarkan dulu. Dengan ambil balik Seberang Prai secara tak langsung Kedah dapat kekuatan ekonomi Prai dan selesai masalah ambil air di oleh Pulau Pinang di Sungai Muda.

Anonymous said...

Tak guna jadi sebahagian dari WP, sebab tanah dan rumah semua dibolot org2 kaya dan kroni2 UMNO. Apakah keuntungan pada rakyat. Tempat2 spt Labuan mana boleh org2 biasa tinggal. Rakyat perlulah takut kalau ada projek 2 UMNO sebab kos asal ditambah dgn 1000% krn nak bayar natang2 UMNO. Proton je sudah makan kekayaaan rakyat.

Anonymous said...

Takleh menang kat KL tapi masih berkuasa pakai menteri WP dan datuk bandar. Demokrasi buatan sendiri. Gila kuasa. Boleh percaya monyet jgn percaya UMNO.

Anonymous said...

ULANGAN CAKAP LGE

"Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah sehinggalah dipajak OLEH Francis Light pada tahun 1786"

SEPATUTNYA

"Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah sehinggalah dipajak KEPADA Francis Light pada tahun 1786"

BAHASA MELAYU LGE FAIL.... BUTA SEJARAH....

Anonymous said...

LGE BUKAN ANAK PULAU PINANG PUN..DIA PEDULI APA... JUAL SEDIKIT DEMI SEDIKIT.. TANPA RAKYAT PULAU PINANG SEDARI....HAHAHAHH.....

Anonymous said...

Dia tak sedar bahawa dirinya adalah taik.

Anonymous said...

Takleh menang rampas terus. Itulah UMNO.

Anonymous said...

Konsep WP dah gagal sebab hanya orgyg berada mampu memiliki rumah di WP. UMNO tak pandai mengurus negara sampai semua benda dah melambung.

Anonymous said...

Orang2 UMNO dah lapar tunggu sekian lama, manakala rakan2 mrk di negeri2 lain dah kenyang.

 
Blogger Templates