Apabila media-media Australia mengesahkan bahawa wang berkenaan sememangnya adalah derma daripada Arab Saudi, bukannya 1MDB, bahkan Najib langsung tidak salah untuk menerima dana politik tersebut bagi tujuan politik dan perkembangan Islam, HARAM TAK SATU PUN AYAT yang disebut oleh puak-puak pentaksub Mahathir. (RUJUK SINI)
Malaysiakini yang merupakan antara portal berita pro-DAP yang juga sangat aktif memainkan isu berkenaan bagi menimbulkan kemarahan kepada Najib Abdul Razak, sekaligus menimbulkan prasangka bahawa pemimpin Melayu UMNO memang kaki pencuri duit rakyat seperti Lim Guan Eng yang bakal berhadapan dengan proses perundangan kerana rasuah dan salahguna kuasa, turut mengubah sikap dan tajuk berita mereka.
Yang tidak berubah cumalah BOBOI, anak Mahathir!
Malang buat Mukhriz Mahathir, lembabnya masih berterusan sehingga ke saat ini. Ketiadaan bakat dalam kepimpinan dan sebagai ahli politik, amat terserlah dengan kenyataan bingainya itu. Apakan tidak, RM2.6 bilion terlalu kecil berbanding jumlah USD7 bilion atau bersamaan dengan RM30 bilion yang dibawa oleh rombongan Raja Arab Saudi ke Malaysia atas nama pelaburan.
Dan lebih malang lagi ialah, kebingaian Mukhriz Mahathir amat terserlah bilamana dia seperti tenggelam punca dan langsung tidak mengetahui, Arab Saudi dan rajanya telah mendermakanya beratus-ratus bilion dolar Amerika untuk beberapa buah negara di dunia ini, sama ada bagi tujuan kemanusiaan, politik mahupun atas nama agama Islam.
Bahkan Mukhriz Mahathir sebagai si Boboi yang sentiasa mengharapkan bantuan bapanya, seperti seolah-olah tidak tahu, bantuan daripada Arab Saudi pernah mencurah ke Malaysia terutama menerusi pembinaan infrastruktur termasuklah Lebuhraya Timur-Barat dan pelbagai infrastruktur lain sehinggalah dikhianati oleh bapanya menerusi Isu Tapak Berjaya Times Square!
Maka tidak hairanlah mengapa dia terus meroyan dan meroyan walaupun dia sebenarnya telah dilanda sindrom kebingaian melampau!!!
2 comments:
Hanya si bingai @ lembam shj yg kawan dgn si Boboi @ lembam.
Bak pepatah melayu;
Enggang sama Enggang,
Pipit sama Pipit,
Boboi sama fan Boboi (terbaru)
Salam.
Boleh tolong jelaskan isu tapak Berjaya Times Square?
Post a Comment