Secara tiba-tiba, semua pelaburan yang masuk ke negara ini diistilahkan sebagai PENJAJAH ASING yang mahu menguasai segala-galanya. Konsep JOINT-VENTURE, perkongsian, kerjasama dan sebagainya, sudah tidak wujud lagi sebaliknya semua itu adalah PENJUALAN ASET NEGARA kepada kuasa asing.
Tidak sedikit orang yang terpengaruh dengan dakyah dan dogma bodoh seperti ini.
Hakikatnya, Aramc tidak membeli Petronas sebagaimana yang cuba digambarkan atau dipercayai oleh para pentaksub dan penyokong DAP serta Mahathir.
Sebaliknya Aramco hanya membeli pegangan sebanyak 50% bernilai RM31 bilion di dalam projek-projek penapisan RAPID yang merupakan sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Pengerang.
Projek-projek inilah yang mana Aramco melabur di dalamnya, masih belum siap sepenuhnya sehingga 2019.
Pelaburan-pelaburan sebegitu bukanlah sesuatu yang asing kepada Aramco memandangkan mereka telah membuat pelaburan yang serupa dalam bidang penapisan di seluruh dunia di mana mereka bertindak sebagai pembekal minyak mentah utama kepada kilang-kilang penapisan berkenaan.
Secara tidak langsung, Petronas juga akan mendapat faedah daripada pembekalan minyak mentah ini memandangkan Malaysia bukanlah pengeluar minyak mentah besar.
Projek Pengerang sebenarnya adalah saingan terbesar kepada negara jiran di seberang tambak, terutama sekali yang membabitkan tanah dan kapasiti.
Sekalipun Singapura telah pun memulakan fasiliti minyaknya menerusi pelaburan besar pangkalan tentera laut yang ditinggalkan oleh British, tiada sebab mengapa Malaysia boleh terus membenarkan Singapura berada dalam perdagangan minyak dan menjadi hub pemprosesan di Asia selama beberapa dekad sehingga ke hari ini, sekalipun pada masa yang sama, kita mengeluarkan minyak dan gas kita sendiri sedangkan Singapura pula tidak.
Singapura telah lama terkenal sebagai hub minyak Asia dengan industri minyak di negara itu menyumpang kepada Pendapatan Negara Kasar sebanyak 5% atau lebih kurang RM60 bilion setahun.
Faktor ini jugalah yang membolehkan Singapura menarik industri petro-kimia dan industri-industri berkaitan serta pengilang-pengilang untuk bertapak di negara itu.
Selepas berdekad-dekad, daripada hanya menjadi pengimport produk-produk minyak yang telah ditapis, RAPID dan pelaburan dari Aramco akan membolehkan Malaysia menjadi pengeksport produk-produk minyak yang telah ditapis, sekaligus akan mengambilalih tugas serta keuntungan besar Singapura yang cuba dipertahankan oleh sesetengah pihak di dalam Malaysia sendiri.
Seperkara yang barangkali tidak begitu diketahui oleh rakyat Malaysia yang setiap hujung bulan akan mula meracau-racau kerana spekulasi kenaikan harga minyak semasa, industri penapisan minyak sebenarnya akan menjana keuntungan lebih besar ketika harga minyak dunia rendah. Perdagangan untuk penyimpanan minyak juga akan menjadi lebih besar ketika harga minyak meningkat dan penawaran pula rendah.
Ini akan membolehkan negara kita dan Petronas lebih berkeupayaan untuk menstabilkan dan bertahan daripada pergerakan turun naik harga minyak dunia.
Walaupun mungkin agak terlewat, tetapi setidak-tidaknya, kewujudan RAPID yang sebelum ini telah disabotaj oleh DAP, akan membetulkan kesilapan pentadbiran pada masa lalu.
2 comments:
Nampak jelas Petronas iaitu lubuk rasuah UMNO selama ini nak mati bersama Aramco. Cuma yg mudah sekarang ialah Kita talqinkan kedua dua nya sekali.
Berapa Najib dapat selepas memberi Tanjung Pagar kpd Singapura.
Post a Comment