Dari malam tadi, berpusu-pusu gerombolan manusia berbaju hijau dan merah menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya ke Padang Merbok yang terletak bersebelahan dengan Bukit Aman.
Senarai aturcara telah pun diedarkan sama ada menerusi cetakan, mahupun digital dan media sosial. Bermula dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir dan pada sebelah malamnya, aturcara berakhir dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
300,000 orang umat Islam dan segelintir bukan Islam yang tidak menyokong DAP, akan bersama-sama berhimpun di Padang Merbok, lokasi yang dibenarkan oleh PDRM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi bersolidariti menyokong RUU355 yang kuat ditentang oleh PKR, DAP, Cap Bunga dan PAN serta beberapa parti komponen BN yang jumlah pemilikan kerusi mereka tidak sepadan dengan sembang lebat tentang RUU355.
Himpunan RUU355 sebenarnya merupakan satu manifestasi dan 'saingan' kepada Himpunan BERSIH 5.0 yang telah diadakan pada November lepas hasil gabungan NGO yang di belakang mereka adalah George Soros dan pro-DAP, PKR, DAP sendiri, Cap Bunga dan PAN. Jumlah kehadiran dalam Himpunan BERSIH 5.0 bagaimanapun, jauh menurun berbanding jangkaan asal iaitu 50,000 orang. Dan walaupun pihak berkuasa telah membenarkan BERSIH 5.0 mengadakan demonstrasi di Padang Merbok atau Stadium Merdeka, mereka tetap bertegas untuk berdemonstrasi di jalanraya di sekitar Dataran Merdeka bertujuan untuk melumpuhkan aktiviti perekonomian Kuala Lumpur secara keseluruhannya.
PAS mula tidak terlibat dengan sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP-PKR dan NGO George Soros bermula dari BERSIH 4.0. Sebaliknya setiap kali DAP-PKR dan NGO George Soros mengadakan demonstrasi di jalanraya Kuala Lumpur, PAS mengadakan aktiviti yang menghimpunkan ahli-ahli dan penyokongnya dalam jumlah berkali-kali ganda.
Dan kali ini, PAS sekali lagi mahu membuktikan kepada DAP dan PKR, bahkan Cap Bunga dan PAN yang kerapkali mengejek serta memperlekeh-lekehkan PAS, kekuatan serta kesetiaan ahli-ahli serta penyokong PAS, jauh lebih hebat berbanding gabungan DAP-PKR-Cap Bunga-PAN. Bahkan jauh lebih tersusun berbanding NGO George Soros seperti BERSIH.
Hari ini, 300,000 orang akan menunjukkan kepada golongan yang kerapkali mempertikaikan kedudukan agama Islam, institusi-institusi agama Islam bahkan sebarang kaitan dengan umat Islam di negara ini yang mereka bersedia mempertahankan hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, terutama membabitkan kewujudan dan pemerkasaan mahkamah syariah walaupun pada masa yang sama, musuh-musuh Islam termasuklah mereka yang bersekongkol dengan DAP cuba mengelirukan dengan membayangkan RUU355 adalah permulaan kepada perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia.
3 comments:
Dalang pun umno jgk..tak ada masa org nak pegi tampal lah..spin jgn tak spin ye..
anon 12.11, camana boleh ckp dalang tu umno...org baik dia tak tuduh orang tanpa bukti..jd dr tuduh suka hati apa kata diam saja kan itu lg bagus...
Semoga himpunan berjaya wlpun ada penghasut dan pemfitnah yg tak setuju.
Post a Comment