Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, February 19, 2017

KES PEMBUNUHAN ABANG TIRI PRESIDEN KOREA SELATAN: 4 SUSPEK DITAHAN, 7 LAGI DIBURU!!!



BERIKUT ialah fakta kes mengenai kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-Un mengikut rekod rasmi polis.

Maklumat ini diberikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ahad.


Fakta kes:

- Pada 13 Februari 2017, kira-kira pukul 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), seorang lelaki Korea mendekati pegawai perhubungan pelanggan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan memberitahu bahawa dua wanita tidak dikenali telah menyapu mukanya dengan cecair dan dia berasa pening.

- Pegawai polis yang bertugas telah membawa lelaki itu ke Menara Medical Clinic di aras 2 KLIA2.

- Selepas memeriksa keadaannya, mereka mengambil keputusan untuk membawa lelaki itu ke Hospital Putrajaya.

- Ketika hadir di hospital pada kira-kira pukul 11 pagi, doktor yang bertugas mengesahkan dia mati.

- Berdasarkan dokumen peribadi iaitu pasport, mangsa dikenali sebagai "Kim Chol" dengan pasport bernombor 836410070, berumur 47 tahun.

- Dia tiba di Malaysia pada 6 Februari dari Macau menggunakan pesawat AirAsia AK8321.

- Dia dijadualkan meninggalkan negara ini pada 13 Februari ke Macau pada pukul 10.50 pagi dengan pesawat AirAsia.




Fakta siasatan:

Sehingga kini empat suspek telah ditahan:


1) Doan Thi Huong, 28, (Vietnam)
- Pekerja pusat hiburan.
- Tiba di Malaysia pada 4 Februari 2017
- Dijadual tinggalkan negara pada 23 Februari
- 7 hari reman (16-22 Februari)


2) Muhammad Farid Jalaluddin, 26, (Malaysia)
- Pekerja katering
- 7 hari reman (16-22 Februari)


3) Siti Aisyah, 25, (Indonesia)
- Pekerja spa
- Tiba di Malaysia 2 Februari 2017 dari Batam
- 7 hari reman (16-22 Februari)

4) Ri Jong Chol, 47, (Korea Utara)
- Pekerja IT di Cheras
- 7 hari reman (18-24 Februari)


Berdasarkan perkembangan siasatan, empat suspek telah dikenalpasti iaitu:

1. Rhi Ji Hyon, 33, tiba di Malaysia pada 4 Februari 2017

2. Hong Song Hac, 34, tiba pada 31 Januari 2017

3. O Jong Gil, 55, tiba pada 7 Februari 2017


4. Ri Jae Nam, 57, tiba pada 1 Februari 2017


Polis juga masih mencari tiga lagi individu bagi membantu siasatan iaitu:

1) Ri Ji U, 30, Korea Utara. Dia menggunakan nama samaran "James"

2) -sedang dikenal pasti-

3) -sedang dikenal pasti-


Poses siasatan:

- Bedah siasat telah dilakukan pada 15 Februari di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

- Punca kematian masih belum diketahui, polis masih menunggu laporan toksikologi dan patologi.

- Polis ingin mendapatkan kerjasama orang awam di Malaysia dan siapa juga yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi polis atau kedutaan bagi melengkapkan siasatan.

1 comment:

Anonymous said...

Adakah Malaysia menyediakan kemudahan bagi aktiviti2 M16 Dan CIA utk mengenakan Korea Utara. Malaysia dah jauh menyimpang dari ajaran Islam seperti juga keluarga Al Saud yg dapat penaungan Israel/Anerika/Britain utk kesenimbungan pemerintahan elit yg rakus.

 
Blogger Templates