Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 20, 2017

TRAGEDI 8 BUDAK BASIKAL MAUT... LANGSUNG TIDAK ADA SUARA DAP, PKR MAHUPUN NGO PEJUANG HAK ASASI!!!



Isu tragedi yang mengorbankan 8 orang budak berbasikal di Johor Bahru terus menjadi hangat di media-media sosial. Pelbagai spekulasi, teori dan kesimpulan dibuat.

Pada masa yang sama, dua buah negeri telah menguatkuasakan undang-undang 'berkurung' serta-merta ke atas kanak-kanak bawah umur.

Bermula dengan Johor, menguatkuasakan serta-merta larangan kanak-kanak bawah umur berada di tempat awam bermula jam 10 malam. Kanak-kanak tersebut akan dibawa ke balai polis, dan ibu bapa serta kanak-kanak tersebut diwajibkan menjalani sesi kaunseling selama dua bulan bahkan ancaman penjara kepada ibu bapa sekiranya berulang.

Perlis mengikuti tindakan ini dengan menguatkuasakan larangan yang sama bahkan ancaman yang sama.

Larangan dan penguatkuasaan ini sebenarnya sudah lama wujud. Di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, 'SESEKALI' pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang kecil tersebut. Beratur remaja bawah umur di Balai Polis Dang Wangi dan ibu bapa terpaksa datang untuk mengambil anak masing-masing dengan sedikit kaunseling.

Bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan juga. Pihak polis pula yang dipersalahkan kerana 'menangkap' remaja bawah umur. Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda jadi sandaran hujah untuk menyalahkan pihak polis.

Di Melaka juga penguatkuasaan pernah dilakukan secara bermusim. Juga mendapat tentangan orang ramai, bahkan turut melibatkan campurtangan orang politik apabila ada anak orang politik yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Ada undang-undang yang akan mensabitkan ibu bapa serta penjaga remaja bawah umur terutama yang membabitkan pengabaian. Bahkan hukuman penjara 2 tahun dan denda jika sabit kesalahan, turut termaktub dalam undang-undang berkenaan.

Namun apabila berlaku tragedi seperti beberapa hari lepas, masyarakat umumnya menyalahkan pihak lain, termasuklah pemandu dan pihak berkuasa, bahkan remaja-remaja yang menjadi mangsa tragedi. Tiada mana-mana pihak yang mencuit ibu bapa remaja-remaja tersebut. Malah ada media yang memberikan laporan, membela ibu bapa remaja-remaja tersebut dengan cerita-cerita sedih.

Ironinya, dalam beberapa isu yang melibatkan 'kaum', DAP dan PKR adalah pihak yang paling ke hadapan dan paling lantang menyuarakan keadilan. Dalam satu isu membabitkan seorang remaja Melayu yang mencuri kereta keluarganya dan kemudian mati ditembak oleh seorang anggota polis setelah enggan berhenti bahkan memecut laju untuk melarikan diri, tekanan dan kecaman telah dibuat terhadap PDRM, terutama apabila DAP dan PKR pada waktu itu sedang memperjuangkan isu kezaliman polis yang dikatakan telah 'membunuh' tahanan di lokap.

Namun dalam isu yang membabitkan seorang pemandu wanita berusia 22 tahun melanggar mati dan membunuh sekurang-kurangnya 8 orang (setakat ini kerana beberapa orang mangsa lain masih koma dan di Unit Rawatan Rapi), DAP dan PKR langsung tidak ada bunyi.

Begitu juga dengan NGO-NGO hak asasi manusia yang sebelum ini cukup hebat bersuara dan sangat lantang memperjuangkan pelbagai isu yang boleh dilihat menentang pihak berkuasa. Dalam isu ini, langsung tidak ada reaksi. Berbeza benar dengan isu yang membabitkan bas pesiaran jatuh gaung dan kemudian membunuh beberapa orang pelancong Taiwan di Genting Highland tidak lama dahulu.

Pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang seharusnya memperkasakan undang-undang larangan dan 'perintah berkurung' terhadap remaja-remaja bawah umur tanpa bermusim atau berjadual.

Benar seperti titah KDYMM Sultan Johor, biarlah anak-anak menangis daripada kita menangis kemudian hari!


9 comments:

Anonymous said...

Punca nya adalah UMNO yg menjadikan kereta tu sbg keperluan asas rakyat. Mana Ada Negara yg buat cam Ni. Otak org2 UMNO tu berulat bab membawa pembangunan rakus yg menjadikan rakyat jadi bodoh.

Anonymous said...

Kalau gitu semua orang otak berulatlah

Anonymous said...

Otak polis raja di malaysoa pun reput, statement awal dr pihak polis kemalangan di sebabkan basikal telah diubahsuai sehingga membahayakan pamandu

Anonymous said...

Cuba sesiapa siasat pemandu cina tu anak pembesar mana, baru kita akan faham

Wadan Kassim said...

Di Jepun sudah lama ada undang2 melarang kanak merayap waktu malam. Anak-anak jepun memang berdisplin dan berperangai baik. Kenapa orang Malaysia lebih suka membiarkan anak-anak mereka jadi pelesit?

Unknown said...

Memang bukan salah pemandu kete tu la.. dh terang2 depa halang jalan buat keje bodoh malam2.. bukan nak mengata yg dh meninggal ke ap.. tp dh mmg fitrah dunia yg tuhan ciptakan malam utk berehat dan bukannya naik basikal ramai2 kat jalan!!!!!!!!

Unknown said...

Palo bapok mung...kematian 8 orang,tmpt kejadian sisi jalan belah kiri,rempuhan arah belakang,lagi mau salah kan budak2 sebab keluar malam...habis yg pemandu kereta tu,dari awal kejadian sampai kesudah xde ancaman...lu ad otak lu pikir...kalau kereta tu tak laju takkan lah sampai 8orang mangsa nahas...kalau pemamdu tu tak lalai..takkan 30 org budak2 penunggang basikal pun tak nampk..xpyh nk tegakkan benang yg basah lah...dunia mungkin terlepas...akhirattt sorry to say bro

Unknown said...

Isu sekarang bukan naik basikal malam2 ke apa...isu sekarang kemalangan jalan raya..lu rasa kalau 8org mangsa meninggal dunia laju ke tak kereta tu...lu rasa otak lu boleh pikir tak sebanyak 30 budak2 basikal malam kalau kata pemandu tu cakap xperasaan...budak2 tu kena langgar tepi jalan belah kiri...langgaran pula dari arah belakang...

Unknown said...

A

 
Blogger Templates