Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, February 12, 2017

MAHATHIR BOLEH PUJUK KIT SIANG BAGI KERUSI KEPADA CAP BUNGA SELEPAS 4 WAKIL RAKYAT DAP MELAKA LETAK JAWATAN DAN KELUAR PARTI!!!



Semalam, Azmin Ali menguwar-uwarkan sekaligus mencetuskan 'kekalutan' media apabila mendakwa, seorang Menteri Kanan akan meletakkan jawatan dalam tempoh yang terdekat kerana sudah tidak mampu menanggung beban dan masalah 1MDB lagi.

Beberapa nama disebut termasuklah Ismail Sabri, Anifah Aman, Khairy Jamaluddin dan terbaharu, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, apa yang dikatakan oleh Azmin Ali tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya yang meletakkan jawatan dan keluar parti adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang Chin Choon Seong.

Alasan yang mereka berikan adalah, hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan terutama kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta kerjasama membabitkan DAP dan Cap Bunga. Menrut Sim Tong Him yang menjadi jurucakap kumpulan tersebut, DAP telah menyeleweng daripada objektif dan matlamat asal parti. Selain itu, mereka turut meminta maaf kerana berkempen untuk PAS pada PRU yang lepas.

Sim dan Goh sebenarnya telah digantung keahlian pada tahun lepas dari 7 Februari lagi oleh Jawatankuasa Disiplin DAP kerana mencemarkan nama parti kerana mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli parti yang lain.

Tindakan keempat-empat mereka, menyebabkan DAP hilang semua kerusi Parlimen dan hanya mempunyai 3 orang ADUN sahaja lagi di Melaka.

Geng-geng RBA mengerumuni portal-portal berita dan melemparkan pelbagai caci maki serta sumpah seranah kepada keempat-empat bekas wakil rakyat DAP itu sekaligus mempamerkan sikap yang bertentangan ketika mereka memuji dan menyanjung wakil-wakil rakyat PAS yang keluar parti untuk menyertai PAN.

Ternyata Azmin Ali sudah tersalah menerima berita. Mungkin kerana dia terlalu berkhayalkan ada Menteri Kabinet yang akan meletak jawatan dan keluar parti, sehinggakan berita empat orang wakil rakyat DAP yang hendak keluar parti pun jadi tertukar.

Teruk juga bahana SIASATAN SPRM yer... apalah agaknya yang cuba dilindungi oleh Azmin Ali sampai dia tersalah cakap dan menyampaikan maklumat yang silap?


1 comment:

Anonymous said...

Pan bersedih...

 
Blogger Templates