Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 20, 2017

NGA KOR MING TUNJUK PERMUSUHAN DENGAN LIM GUAN ENG... CABAR PAS TERUS DEDAH KELAKU JAHAT GUAN ENG DI PULAU PINANG!!!



Malang bertimpa-timpa untuk DAP dan Lim Guan Eng!

Setelah amukan dan ugutannya terhadap PAS bukan sahaja tidak menjadi, bahkan PAS bukan sahaja mengejek, malah menakutkan DAP kembali dengan pelbagai pendedahan terutama yang membabitkan sikap pembuli dan tuan besar DAP dalam Pakatan Rakyat, kini pembohongan dan helah yang digunakan oleh Lim Guan Eng dalam pentadbiran Pulau Pinang untuk menunjukkan pentadbiran DAP adalah prihatin, pula didedahkan.

Sebelum ini, ramai golongan yang berotak singkat memuji-muja Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang paling hebat dan paling prihatin dengan rakyat. Apa-apa sahaja yang diisytiharkan oleh Lim Guan Eng, walaupun sekadar pengisytiharan tetapi tidak pernah dikotakan, dianggap sebagai satu 'keajaiban' dunia politik, bukannya retorik orang politik yang mahu meraih undi dan sokongan.

Terbaharu ialah apabila pendedahan tentang pembohongan Lim Guan Eng membabitkan pemotongan GST dan cukai ke atas rumah kos rendah dan sebagainya dibuat, golongan yang memuji-muji Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang seperti baru tersedar yang mereka sebenarnya telah dibohongi selama ini.



Seperti yang didedahkan oleh Lim Sian See, salah seorang Facebooker tersohor yang merupakan musuh utama Tony Pua secara peribadi, tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya menyerap cukai pintu untuk semua pemilik harta serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban rakyat adalah satu pembohongan semata-mata.

Ini adalah kerana DAP terlebih dahulu telah menaikkan kadar cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40 tiga bulan sebelum GST dilaksanakan.

Seperti yang didedahkan, penduduk Pulau Pinang pada tahun 2014 hanya membayar cukai pintu berjumlah RM583.80. Bagaimanapun, pada tahun 2015, tiga bulan sebelum perlaksanaan GST, cukai pintu itu telah dinaikkan kepada RM667.20.

Di sebalik pengumuman pemotongan cukai pintu enam peratus untuk kesemua  jenis hartanah, penduduk bagaimanapun, masih perlu membayar sebanyak RM627.60 iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding jumlah cukai yang perlu dibayar pada tahun 2014.

Permainan 'naik-dan-potong' ini sebenarnya amat menarik. Ini adalah kerana Lim Guan Eng tahu, rakyat pasti akan marah apabila dikenakan kenaikan cukai. Jadi, mengambil kesempatan sebelum GST dilaksanakan, Lim Guan Eng mahu memindahkan kemarahan tersebut kepada Kerajaan Pusat yang diketuai oleh Najib Abdul Razak.

Caranya yang mudah ialah, naikkan kadar cukai terlebih dahulu sebanyak RM83.40 yang langsung tiada kena-mengena dengan GST dan kemudian memberikan pengurangan sebanyak RM39.60 kononnya Kerajaan Negeri menyerap GST yang dikenakan oleh Kerajaan Pusat kepada penduduk.

Hakikatnya, CUKAI PINTU SEPENUHNYA DIKECUALIKAN DARIPADA GST. Jadi, sebarang kenaikan cukai pintu adalah keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Resit-resit cukai pintu kediaman di Seberang Jaya yang dimuat naik, jelas menunjukakn perbezaan jumlah yang perlu dibayar penduduk dalam tempoh empat tahun bermula tahun 2014.

Ironinya, pembohongan Lim Guan Eng terlalu mudah tetapi amat berkesan dalam usaha Lim Guan Eng memindahkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat kepada Kerajaan Pusat dan pentadbiran Najib Abdul Razak.


Dan lebih ironi, adakah rakyat terlalu bodoh untuk mengetahui bahawa SEMUA CUKAI PINTU ADALAH DIKECUALI SEPENUHNYA DARIPADA GST sehinggakan pembohongan Lim Guan Eng kononnya, pemotongan selepas kenaikan yang dibuatnya, untuk menyerap GST?

Dan tidak hairanlah mengapa SETERUSNYA DI PERAK, Nga Kor Ming cuba mengalihkan kemarahan kepada PAS dan RUU355, bukannya membela Lim Guan Eng dan pembohongan yang dibuatnya!


1 comment:

Anonymous said...

Nga kor meng..
what kind of org dewasa he is?
Posting mcm budak2..
What kind of politician he is?
Merapu giler kot. Main politik mcm budak2..
This is a guy tht DAP calls a pemimpin? What a joke..

 
Blogger Templates